Reviu Eksklusif: HTC U Ultra, Model Pertama HTC Dengan Sokongan Panel Belakang Kaca Serta Dwi Skrin

HARGA: RM2,599

Sebut sahaja jenama HTC, rata-rata daripada kita sudah tentunya sedia maklum bahawa ia sememangnya terkenal dengan rekaan kerangka unibodi yang kelihatan menarik dan premium. Kini buat pertama kalinya, HTC telah tampil dengan kelainan pada model terbaru keluarannya iaitu HTC U Ultra, apabila ia menggunakan panel belakang yang diperbuat daripada kaca dengan sentuhan unik yang dikenali sebagai ‘Liquid Surface’. Tidak cukup dengan itu, ia juga menjadi model pertama HTC yang menyokong dwi skrin yang membezakan HTC U Ultra dengan kebanyakan pesaingnya yang lain.

 

SPESIFIKASI

  • Sistem Operasi: Android 7.0 Nougat
  • CPU: Qualcomm MSM8996 Pro-AB Snapdragon 821, Quad Core 2.15GHz
  • GPU: Adreno 530
  • Kad SIM: Dual SIM / nano SIM
  • Skrin: 5.7 inci Super LCD5 (Corning Gorilla Glass)
  • Kamera Utama: 12 Megapiksel
  • Flash: Dual LED flash
  • Auto Fokus: PDAF + Laser Focus
  • Kamera Depan: 16 Megapiksel
  • Bluetooth: v4.2
  • WiFi: 802.11 a/b/g/n/ac
  • NFC: √
  • Memori: 64GB ROM (UFS 2.0), 4GB RAM (LPDDR4)
  • Kad microSD: Sehingga 2TB
  • Bateri: 3000mAh (Quick Charge 3.0)

 

PILIHAN WARNA

(Dari kiri) Brilliant Black, Ice White, Cosmetic Pink dan Sapphire Blue

 

PAKEJ PEMBELIAN

  1. HTC U Ultra
  2. Sarung pelindung lutsinar
  3. HTC Rapid Charger 3.0 (5V2.5A / 9V1.7A / 12V1.25A) (15W)
  4. Kabel USB Type-C
  5. Earphone (USB Type-C connector)
  6. Earbuds
  7. Kain mikrofiber
  8. Pin slot kad
  9. Buku manual / waranti

 

FIZIKAL

Dwi Skrin

Keistimewaan paling utama yang cuba diketengahkan pada HTC U Ultra sudah tentunya pada sokongan dwi skrin yang kelihatan sangat menarik perhatian. Paparan utama menyokong skrin berukuran 5.7 inci Super LCD5 dengan resolusi 2560 x 1440 piksel, manakala paparan skrin kedua pula tampil dengan ukuran 2.05 inci Super LCD5 dengan resolusi 1040 x 160 piksel.

 

Pengimbas Cap Jari

Walaupun bezel di bahagian bawah paparan skrin kelihatan agak besar, HTC U Ultra telah mengoptimakan ruang tersebut dengan menempatkan sensor pengimbas cap jari jenis kapasitif yang juga berfungsi sebagai butang Home. Bersebelahan sensor itu turut ditempatkan dua butang kawalan Back dan Recent Apps dengan nyalaan LED putih.

 

Speaker Stereo

Sokongan dua buah speaker yang terletak dii lubang earpiece dan juga lubang speaker di bahagian bawah kerangka, HTC U Ultra telah menerima teknologi audio yang sangat berkualiti dari HTC BoomSound dengan sentuhan Edisi HiFi. Selain itu, ia juga turut menyokong fungsi HTC USonic dan juga keupayaan rakaman audio 3D atau Hi-Res Audio Stereo.

 

HTC UltraPixel 2

Kamera utama menyokong lensa 12 Megapiksel dari HTC UltraPixel 2 yang hadir dengan saiz piksel yang besar iaitu mencecah 1.55μm, Aperture f/1.8 dan juga teknologi OIS. Malah ia juga turut menyokong fokus yang sangat pantas dengan sokongan teknologi PDAF serta Laser Focus, tetapi agak mengecewakan kerana permukaan lensa yang timbul telah mencacatkan penampilannya.

 

USB Type-C

Sebagaimana peranti premium yang lain, HTC U Ultra turut dilengkapi dengan sokongan port USB Type-C dengan sokongan teknologi pengecas pantas daripada Quick Charge 3.0. Apa yang pasti, penyediaan adapter pengecas dengan output sehingga 12V1.25A atau bersamaan 15W ini sememangnya menjanjikan masa mengecas yang sangat pantas.

 

Slot Kad Hibrid

Slot kad jenis hibrid yang disokong oleh HTC U Ultra ini memerlukan anda untuk membuat pilihan sama ada ingin menggunakan dua kad SIM bersaiz nano, ataupun menggunakan satu SIM nano dan juga satu kad microSD. Untuk mengakses slot kad yang terletak di bahagian atas kerangka HTC U Ultra, anda perlu menggunakan pin khas yang disediakan.

 

APA YANG COOL?!

Panel Skrin Tambahan

Kelebihan panel skrin tambahan ini bukan sahaja memberi akses pantas terhadap aplikasi kegemaran yang sering anda akses, tetapi ia juga membantu anda untuk melihat penerimaan notifikasi tanpa perlu meleretkan ruangan notifikasi ke bawah. Penyediaan skrin tambahan ini sememangnya sangat praktikal terutamanya ketika anda sedang menonton video, bermain permainan dalam mod skrin penuh ataupun ketika peranti dalam mod standby atau tidak aktif.

Mod Skrin Tidak Aktif

Mod Skrin Aktif

Kemasan ‘Liquid Surface’

Selain daripada sokongan panel skrin tambahan yang agak unik jika dibandingkan dengan kebanyakan peranti lain di pasaran, HTC U Ultra juga kelihatan sangat menonjol penampilannya dengan kemasan ‘Liquid Surface’ pada panel belakangnya.

Berbeza dengan peranti dengan sokongan panel belakang kaca yang lain, HTC U Ultra menawarkan permukaan yang sangat berkilat dengan efek mutiara (pearl) yang sangat cantik apabila terkena cahaya. Cuma kekurangan utama sentuhan sebegini adalah ianya mudah untuk menerima cap jari pada permukaannya.

 

Swafoto HDR + Screen Flash

Sekiranya anda merupakan penggemar swafoto, HTC U Ultra menyokong kamera depan beresolusi 16 Megapiksel dengan dua mod tambahan yang sangat praktikal iaitu HDR dan juga screen flash. Kedua-dua fungsi ini sedikit sebanyak membantu anda untuk mendapatkan gambar yang lebih baik di dalam senario yang berbeza iaitu di dalam persekitaran yang terlalu terang ataupun sebaliknya.

 

HTC Sense Companion

Sokongan HTC Sense Companion pada HTC U Ultra berupaya memastikan kelancaran aktiviti harian anda kerana ia akan sentiasa mempelajari corak penggunaan peranti tanpa anda sedar. Dengan adanyan fungsi ini, ia mampu mencadangkan anda untuk membawa payung ataupun keluar lebih awal ke tempat kerja bergantung kepada ramalan cuaca dan juga keadaan trafik.

Malah ia juga boleh mengingatkan anda untuk membawa powerbank sebelum anda menempuhi perjalanan yang panjang dan juga mencadangkan restoran serta menempah meja di restoran tersebut pada hujung minggu.

 

Earphone HTC USonic

Setiap individu memiliki bahagian dalam telinga yang berbeza, sama seperti cap jari mereka. Oleh itu, HTC U Ultra turut dilengkapi dengan earphone HTC USonic yang akan menganalisa keupayaan pendengaran anda agar bunyi yang dihasilkan berjaya disesuaikan dengan tahap pendengaran setiap individu. Malah ia juga turut menampilkan sambungan jenis USB Type-C bagi disesuaikan dengan HTC U Ultra yang tidak memiliki port audio.

 

ZON UJIAN

Quick Charge 3.0

Port mengecas jenis USB Type-C yang disokong oleh HTC U Ultra ini telah dilengkapi dengan teknologi pengecasan pantas dari Quick Charge 3.0 yang menjanjikan masa mengecas yang sangat laju. Bahkan penyediaan adapter pengecas pantas dengan ouput 5V2.5A / 9V1.7A / 12V1.25A atau bersamaan 15W ini sangat membantu dalam memastikan peranti anda sentiasa kekal aktif.

Tetapi berdasarkan perbandingan masa mengecas penuh yang telah dijalankan, kepantasan mengecas HTC U Ultra boleh dianggap sederhana jika dibandingkan dengan pesaingnya yang memiliki kapasiti bateri yang lebih besar.

 

Prestasi Benchmark

HTC U Ultra menampilkan sokongan pemproses yang berkuasa dari Qualcomm Snapdragon 821, setanding dengan kebanyakan peranti flagship di pasaran. Jadi untuk itu, kami akan menjalankan beberapa ujian benchmark yang berbeza pada HTC U Ultra dengan beberapa peranti lain sebagai rujukan dan juga panduan anda akan kemampuannya.

 

HASIL GAMBAR

Makro
Malam
HDR

 

PRO

  • Rekaan premium dengan sentuhan panel belakang kaca yang sangat menarik warnanya.
  • Kualiti speaker stereo dengan teknologi audio HTC BoomSound HiFi Edition sememangnya sangat baik.
  • Paparan skrin 2K berukuran 5.7 inci kelihatan sangat baik kualitinya.
  • Tidak didatangkan dengan aplikasi bloatware pra-pasang.

KONTRA

  • Ketahanan bateri berkapasiti 3000mAh yang agak lemah terutamanya untuk paparan 2K dengan skrin tambahan.
  • Kualiti penggambaran sememangnya tidak setanding peranti premium lain, terutamanya mod penggambaran HDR.
  • Panel belakang kaca terasa agak nipis dan sangat berisiko untuk pecah sekiranya terjatuh.
  • Tidak menyokong fungsi kalis air dan debu.

 

KOMEN EDITOR

Dengan harga jualan yang kini boleh dimiliki pada harga RM2599, sememangnya HTC U Ultra merupakan sebuah peranti yang unik untuk pengguna yang inginkan kelainan. Ini jelas dapat dilihat melalui sokongan panel skrin tambahan yang sememangnya sangat praktikal untuk memudahkan anda memantau notifikasi dan juga mengakses aplikasi atau fungsi dengan lebih pantas. Malah ia juga menawarkan kamera depan beresolusi 16 Megapiksel dengan mod HDR, dan juga pengimbas cap jari yang sangat pantas. Tidak cukup dengan itu, penampilan panel belakang dengan sentuhan unik yang dipanggil ‘Liquid Surface’ juga sememangnya kelihatan sangat memukau. Kehebatan audio peranti ini juga boleh dianggap antara yang terbaik dengan sokongan speaker stereo HTC BoomSound dengan sentuhan HiFi Edition dan juga keupayaan rakaman audio 3D berdefinisi tinggi.

Namun begitu, HTC U Ultra masih memiliki kekurangannya seperti ketiadaan sokongan teknologi pengecas tanpa wayar, kapasiti bateri 3000mAh yang boleh dianggap sangat kecil bagi peranti dengan sokongan skrin berukuran 5.7 inci, tidak menyokong dwi lensa sebagaimana trend kebanyakan pengeluar, dan yang paling mengecewakan adalah ketiadaan port 3.5mm audio jack yang memerlukan pengguna untuk membeli adapter USB Type-C ke 3.5mm audio jack secara berasingan bagi membolehkan earphone standard digunakan bersama-sama peranti ini.

 

 

You might also like