
Peminat vivo pasti teruja apabila vivo Malaysia telah melancarkan peranti terbaharu vivo V19 yang berharga RM1699.

Peranti ini tampil dengan skrin yang memukau iaitu 6.44″ FHD+ yang memberi tontonan terbaik. Turut dikuasakan oleh cip pemproses Snapdragon 712 dan dipadankan dengan 8GB RAM dan storan sebesar 256GB.
Aspek kamera tidak mengecewakan apabila ia dihadirkan dengan 48MP + 8MP + 2MP + 2MP bagi kamera belakang. Manakala kamera hadapan pula tampil dengan 32MP + 8MP.
Kapasiti bateri juga sangat besar apabila ia disertakan dengan 4500mAh dan disertakan dengan sokongan pengecasan pantas 33W.

Bagi mereka yang ingin melakukan pratempahan peranti, boleh melakukannya dari hari ini sehingga 25 April dan anda berpeluang menerima hadiah menarik bernilai sehingga RM600.

