
Buat penduduk Selangor, ada sesuatu yang menarik, apabila Selangor telah membenarkan akad nikah di jalankan secara atas talian sepanjang tempoh PKP namun perlu mendapat kelulusan daripada JAIS dahulu.

Permohonan lengkap perlu diserahkan dan pengarah JAIS akan memberi kebenaran. Bagi permohonan yang sudah sah, anda perlu memaklumkan mengenai tarikh pernikahan dan sidang video tersebut bakal dijalankan.
Bagi pasangan yang sudah usai melakukan pernikahan secara atas talian ini, mereka perlu ke pejabat agama daerah setelah PKP selesai bagi mendapatkan Surat Perakuan Nikah Negeri Selangor.

