
Huawei MediaPad M3 Lite 8.0 Dengan Speaker Harmon Kardon
Huawei baru sahaja memperkenalkan produk terbaru mereka di bawah kategori tablet yang dinamakan MediaPad M3 Lite 10, terbaru hadir lagi satu model yang dinamakan MediaPad M3 Lite 8.0. Apa yang menarikya, Huawei telah meletakkan daya tarikan yang tinggi ke atas peranti ini dengan kehadiran speaker Harmon Kardon untuk meningkatkan lagi prestasi bunyi pada tablet ini.
Paparan yang bersaiz 8.4 inci ini menghasilkan resolusi sebanyak 1920 x 1200 (224ppi) dengan bantuan cip pemproses Snapdragon 435 lapan teras 1.4GHz, memori RAM 3GB atau 4GB, storan dalaman 32GB atau 64GB dengan slot microSD dan pengimbas cap jari yang pantas sebagai tambahan.
Sudut lensa pula menerima 8 Megapiksel di kedua-dua belah kamera depan dan belakang, bersama bateri berkapasiti 4,800mAh serta dioperasikan oleh Andorid 7.0 Nougat. Huawei masih belum mengumumkan bilakah MediaPad M3 Lite ini akan dipasarkan dan juga harga yang ditawarkan.

