Apple Watch Dengan Sistem Operasi Windows 95

Nick Lee, seorang YouTuber dan peminat dunia teknologi berjaya melakukan sesuatu yang unik. Apple Watch beliau beroperasi dengan menggunakan sistem Windows 95, ia bukanlah tugas yang mudah kerana Nick terpaksa melakukan ubah suai kod bagi menjadikan sistem operasi itu sesuai dengan input sentuhan. Selain itu, Nick juga terpaksa membina satu peranti dari straw bagi memastikan Apple Watch tidak terpadam semasa operasi Windows Installation.

502530-windows-95-on-apple-watch-728x410Menurut Nick, beliau mendapat inspirasi apabila melihatkan spesifikasi smartwatch pada masa kini dan kebetulan beliau memiliki Apple Watch dan memutuskan untuk mencuba memasukkan sistem operasi Windows 95 pada peranti zaman kini. Hasilnya, beliau mungkin sahaja satu-satunya orang yang memiliki Apple Watch dengan sistem operasi Windows 95, sungguh unik.

 

You might also like