Lenovo Legion Y720 Dan Y520 Diperkenalkan Bagi Memenuhi Selera Pemain Masa Kini

Setelah Lenovo Legion terbaru untuk para gamers dilancarkan di CES 2017 pada Jan yang lalu, hari ini Lenovo Malaysia secara rasminya memperkenalkan barisan komputer riba permainan yang diinspirasi dan direka bersama-sama pemain komputer bagi memenuhi kehendak dan selera pemain masa sekarang. Dengan siri Lenovo Legion, pemain kini mempunyai akses kepada sebuah mesin permainan mudah alih yang berkuasa dan menawarkan fleksibiliti di dalam pelbagai situasi.

Lenovo Legion Y720

Lenovo Legion Y720 merupakan komputer riba pertama di dunia yang menawarkan sistem Dolby Atmos PC dan penerima signal tanpa wayar Xbox One. Ini membolehkan pemain menyambungkan dengan mudah alat kawalan mereka secara wireless untuk sesi permainan mereka.

Selain itu Legion Y720 juga dilengkapi papan kekunci bercahaya yang bukan sahaja memberikan estetik rekaan yang menarik bahkan ia memberikan kemudahan kepada pemain ketika di dalam keadaan malap. Lenovo memasang skrin 15.6 inci UHD IPS pada komputer riba ini bagi memastikan pemain menikmati kualiti grafik yang terbaik.

Spesifikasi Legion Y720
Pemproses 7th Gen Intel Core i7-7700HQ
Kad Grafik NVIDIA GeForce GTX1060 6GB GDDR5
RAM 8GB DDR4
Storan 1TB SATA HDD (5400rpm)
Sistem Operasi Windows 10 Home
Paparan Sehingga 15.6 inci 4K
Audio 2 X 2W JB: Speaker dan 3W Subwoofer Dolby Atmos
Bateri 60 Whr Li-Polymer
WLAN / WiFi Sehingga 2 X 2 WiFi 802.11 ac
Dimensi 380 X 277 X 29 mm
Harga Bermula dari RM 6,099 (mengikut spesifikasi)

 

Lenovo Legion Y520

Legion Y520 dikuasakan pemproses Intel Core i7, memberikan kuasa yang optimum kepada para pemain yang kerap bergerak ke satu lokasi permainan ke lokasi lain. Model Legion Y520 (bermula dari 2.4 kg) lebih ringan berbanding Y720 (bermula dari 3.2 kg).

Melalui model ini, pemain juga boleh memilih untuk mendapatkan sistem storan SSD ataupun HDD, bergantung kepada kehendak mereka. Lenovo juga tidak lupa melengkapkan perkakasan yang hebat seperti speaker Harman dengan pengiktirafan Dolby Audio Premium.

Spesifikasi Legion Y520
Paparan 15.6″ FHD (1920 x 1080) atau 16:9, IPS, Anti-Glare
Dimensi 380 x 265 x 25.8 mm
Berat bermula dari 2.4 kg
Sistem Operasi Windows 10 Home
Kad Grafik Menyokong sehingga NVIDIA GeForce GTX 1050 Ti
Memori Menyokong sehingga 16GB DDR4, 2 x SODIMM Slots
Kapasiti Storan 128GB/256GB/512GB PCIe SSD atau
500GB/1TB/2TB SATA HDD
Audio 2 x 2W Harman, Dolby Audio Premium
WLAN & Bluetooth 1 x 1 WiFi 802.11 ac / 2 x 2 WiFi 802.11 ac, Bluetooth 4.1
Port 1 x USB 3.1 (Type-C), 2 x USB 3.0, 1 x USB 2.0, 1 x HDMI™, Audio Jack, Microphone Jack, RJ45 LAN,
4-in-1 Card Reader (SD, SDHC, SDXC, MMC)
Bateri 45 Whr Li-Polymer
Warna Hitam

 

Harga model Legion Y520 mengikut variasi spesifikasi berikut:

  • RM3,299 : Intel Core i5-7300 HQ, 4GB DDR4, GTX 1050 2GB, 1TB HDD (5400 rpm)
  • RM4,219 : Intel Core i7-7700HQ, 4GB DDR4, GTX 1050 4GB, 1TB HDD (5400 rpm)
  • RM4,919 : Intel Core i7-7700HQ, 4GB DDR4, GTX 1050 Ti 4GB, 128GB M.2 PCIe SSD,    1TB HDD (5400 rpm)
  • RM5,419 : Intel Core i7-7700HQ, 8GB DDR4, GTX 1050 Ti 4GB, 256GB M.2 PCIe SSD, 2TB HDD (5400 rpm)
You might also like