
MWC 2017: Surge S1, Cip Pertama Dari Xiaomi
Pada acara MWC 2017, Xiaomi mengumumkan cip pemproses pertama mereka yang akan digunakan di dalam telefon pintar terbaru mereka, Mi 5C.
Cip yang dikenali sebagai Surge S1 merupakan hasil usaha kajian dan pembangunan jurutera di Xiaomi bagi menawarkan cip berprestasi tinggi Octa-core ARM Cortex-A53 menggabungkan empat teras 2.2GHz dan empat teras 1.4GHz. Di dalam ujian Geekbench, Surge S1 mengatasi catatan skor yang baik dan menewaskan skor cip seperti Snapdragon 625.
Mi 5C akan menjadi telefon pintar yang pertama yang akan mempamerkan kelebihan Surge S1. Ianya dibina di dalam badan logam, paparan 5.15 inci dengan berat hanya 135g. Mi 5c dilengkapi dengan kamera 12 megapiksel yang sensitif kepada cahaya, menurut Xiaomi kamera Mi 5C mempunyai kebolehan yang hebat di dalam keadaan cahaya terhad.
Mi 5C mula dijual di China pada 3 Mac pada harga RMB 1499 (RM 967.29) melalui laman Xiaomi China dan juga beberapa pengedar mereka.

