Kempen DigiWED Dari Digi Untuk Wanita Malaysia

Photo 2

DiGi telah melancarkan kempen untuk menyemai budaya penggunaan teknologi di kalangan wanita Malaysia. Dikenali dengan DigiWED (Digi Wanita Era Digital), kempen itu mendapat kerjasama dan sokongan dari Kementerian Komunikasi Dan Multimedia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan National Council of Women’s Organisations.

Photo 1

Antara initipati program ini adalah peluang berkongsi dan mempelajari cara-cara mengintegrasikan teknologi di dalam kehidupan seharian wanita Malaysia. Langkah ini dianggap penting kerana ia mampu mempertingkatkan pengetahuan dan memperkasakan hak wanita di negara ini. Selain itu program ini diharap dapat membantu para wanita meningkatkan mutu hidup dan pendapatan dengan membuka peluang perniagaan atas talian.

You might also like