
CES 2017: Peranti Elektronik Rumah Terbaru Dari Sony
Siri baru A1E BRAVIA OLED membawakan teknologi kualiti gambar yang terbaik dari Sony, termasuk 4K HDR Extreme X1 yang digunakan di dalam siri Z9D. X1 Extreme akan menyerlahkan visual kandungan 4K HDR, memperlihatkan potensi penuh pemancar panel OLED dalam menghasilkan warna hitam yang mendalam dan kecerahan yang lebih tepat.
Siri A1E juga dilengkapi dengan teknologi Acoustic Surface yang menjadi output utama. Teknologi ini menggunakan skrin paparan sebagai pemancar audio dengan memindahkan getaran ke permukaan ini. Hasilnya adalah sebuah unit paparan tanpa speaker fizikal, menjadikan A1E sebuah TV yang mempunyai reka bentuk minimal dan elegan.
Siri BRAVIA X93E pula merupakan satu lagi model TV 4K HDR yang dilengkapi Slim Backlight Drive bagi memaparkan kecerahan dan kontras warna yang lebih baik. Selain itu, pemproses X1 Extreme juag dilengkapkan ke dalam model ini bagi pemprosesan imej yang terbaik.
https://www.youtube.com/watch?v=4AKV_mSWMqw&feature=youtu.be
Di dalam profil peranti audio pula, Sony mengumumkan sebuah soundbar, HT-ST5000 yang bukan sahaja menyokong Hi-Resolution Audio, malah ia juga menyokong teknologi Dolby Atmos 3D yang akan memberikan anda pengalaman audio yang lebih imersif. Ia juga mempunyai teknologi pancaran bunyi S-Force PRO Front Surround yang memancarkan gelombang bunyi ke arah yang betul untuk mengisi sepenuhya ruang kediaman dengan audio.





