Transcend Melancarkan Hard Drive Kompak Di Dalam Kerangka Premium, StoreJet 25C3

1Transcend Information Inc, sebuah pengeluar produk penyimpanan data dan multimedia telah mengumumkan pelancaran StoreJet 25C3, hard drive mudah alih dengan aloi aluminium yang tahan lasak dan premium. Fizikal peranti ini yang nipis dan ringan bersama fungsi USB 3.0 antara muka USB memberikan apa yang pengguna mahu pada peranti storan mereka, iaitu tahan lasak dan kepantasan pemindahan data.

StoreJet 25C3 hanya berukuran 9.95mm, dan ianya mampu dimuatkan di dalam poket baju. Walaupun nipis, StoreJet 25C3 boleh didapati dalam kapasiti tinggi sehingga 2TB, yang membolehkan pengguna untuk menyimpan dan membuat sandaran bagi semua fail-fail mereka ke dalam satu lokasi. Selain penampilan yang baik, StoreJet 25C3 juga amat pantas dalam proses pemindahan data, kerana ia dilengkapi protokol USB 3.0 yang menawarkan kelajuan sehingga 5GBps.

2Transcend Elite sesuai digunakan bersama Mac OS X dan Windows. Pengguna boleh memuat turun perisian Transcend Elite dari laman web Transcend secara percuma. Perisian ini membolehkan anda membuat data sandaran, penyulitan data dan menyegerakkan data Dropbox dan Google Drive. Transcend StoreJet 25C3 ditawarkan dengan kapasiti 1TB dan 2TB dan disokong oleh jaminan selama tiga tahun.

You might also like