
Penyepaduan ElectrifAi dengan Snowflake bagi Membantu Meningkatkan Prestasi Perniagaan
![]() |
Syarikat pembelajaran mesin ini merancang untuk bersepadu dengan UDF Java dan Snowpark milik Snowflake
JERSEY CITY, New Jersey, 10 Jun 2021 /PRNewswire/ — ElectrifAi teruja untuk bersepadu dengan UDF Java dan Snowpark milik Snowflake selepas pelancaran terakhirnya, suatu perkhidmatan yang merangkumi sokongan natif untuk pelbagai bahasa pengaturcaraan yang membolehkan pembangun, jurutera dan saintis data menulis kod dalam bahasa pilihan mereka. Langkah ini akan memudahkan ElectrifAi menyepadukan pustaka model pembelajaran mesin prabinanya dengan Awan Data Snowflake.
ElectrifAi yang diasaskan sejak 17 tahun yang lalu, merupakan penyedia utama kecerdasan buatan praktikal untuk perusahaan di AS dengan lebih 1,000 model pembelajaran mesin prabina berada dalam portfolionya. Pustaka model pembelajaran mesin ElectrifAi yang besar menyasarkan model interaksi perniagaan bernilai tinggi yang tersedia kepada syarikat-syarikat pelbagai sektor dan saiz termasuk Perbankan, Perkhidmatan Kewangan, Insurans, Telekomunikasi dan Peruncitan. Penyelesaian perniagaan siap tersedia ElectrifAi membolehkan syarikat-syarikat tersebut memanfaatkan teknologi AI dan ML dengan cepat untuk memaksimumkan masa ke pasaran, mengurangkan kos dan risiko serta mempercepat kejayaan projek mereka.
Melalui Snowpark dan UDF Java/Scala, Snowflake dan ElectrifAi membolehkan jurutera data, saintis data dan pembangun yang lebih gemar menggunakan pelbagai bahasa untuk memanfaatkan kemampuan platform dan kelebihan Awan Data Snowflake yang terkemuka dalam industri.
“Kami teruja untuk bersepadu dengan keupayaan Snowpark Snowflake,” kata Luming Wang, Ketua Pegawai Teknologi ElectrifAi. Langkah ini akan memudahkan penyepaduan model pembelajaran mesin prabina kami yang terkemuka dalam industri dengan Awan Data Snowflake. Ia merupakan data sains yang benar-benar sepadan.”
“Data merupakan aset pelanggan kami yang paling penting dan kemampuan mereka untuk menggunakan data tersebut bagi memanfaatkan model pembelajaran mesin ElectrifAi boleh membantu meningkatkan prestasi perniagaan mereka,” kata Tarik Dwiek, Pengarah Teknologi Bersekutu Snowflake. “Penyepaduan ElectrifAi dengan Snowpark dapat membantu menjadikan ia lebih berpotensi.”
Dengan UDF Java, pelanggan boleh menjalankan fungsi yang terdapat di JVM (Mesin Maya Java) daripada platform tunggal dan bersepadu Snowflake.
Tentang ElectrifAi
ElectrifAi ialah peneraju global dalam model pembelajaran mesin yang siap tersedia untuk perniagaan. Misi ElectrifAi adalah untuk membantu organisasi mengubah cara mereka bekerja melalui pembelajaran mesin: mendorong peningkatan pendapatan, pengurangan kos serta peningkatan keuntungan dan prestasi. Ditubuhkan pada tahun 2004, ElectrifAi menawarkan kepemimpinan industri yang berpengalaman, suatu pasukan global dengan kepakaran domain serta rekod yang terbukti dalam mengubah data berstruktur dan tidak berstruktur pada skala. Sebuah pustaka produk berasaskan Ai yang besar menjangkaui keseluruhan fungsi perniagaan, sistem data dan pasukan untuk mendorong hasil yang unggul dalam jangka masa yang singkat. ElectrifAi mempunyai kira-kira 200 orang saintis data, jurutera perisian dan pekerja dengan rekod yang telah terbukti dalam urus niaga dengan lebih 2,000 pelaksanaan pelanggan yang kebanyakannya untuk syarikat Fortune 500. Teras bagi misi ElectrifAi ialah komitmen untuk menjadikan Ai dan pembelajaran mesin lebih difahami, praktikal dan menguntungkan bagi perniagaan dan industri di seluruh dunia. ElectrifAi beribu pejabat di New Jersey serta mempunyai pejabat-pejabat yang terletak di Shanghai dan New Delhi. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari www.electrifAi.net dan ikuti kami di Twitter @ElectrifAi serta di LinkedIn.
Keywords: Computer/Electronics Joint ventures Licensing/marketing agreements New products/services Data Analytics
Source: PRNEWSWIRE