Parallel Wireless Mengumumkan Ekosistem RAN Terbuka yang Terkemuka dalam Industri di MWC21 Barcelona

Mengguna dan Menginovasi dengan ekosistem RAN Terbuka ALL G – 2G, 3G, 4G, 5G yang paling matang bersama-sama dengan Intel, GigaTera Communications, Comba Telecom, Supermicro, Silicom, Facebook Connectivity, Red Hat, Telecom Infra Project dan O-RAN Alliance 

NASHUA, New Hampshire, 8 Jun 2021 /PRNewswire/ — Parallel Wireless, Inc., syarikat RAN terbuka dan pematuhan O-RAN yang berpangkalan di A.S. yang terkemuka dan mendayakan ALL G, telah mencapai kejayaan dalam mewujudkan ekosistem terbesar rakan kongsi RAN Terbuka serta merancang untuk menunjukkan inovasi terkini dalam teknologi RAN Terbuka di Dewan 2, gerai 2015 di MWC21 – Barcelona bersama-sama rakan kongsi kami. 

Parallel Wireless menerajui pembaharuan dalam industri melalui penggunaan dan inovasi RAN Terbuka termasuk seni bina rangkaian pertama di dunia yang menyatukan semua standard ketersambungan mudah alih – 2G, 3G, 4G, 5G & Wi-Fi – menggunakan perisian yang sama. Bersama-sama dengan ekosistem rakan kongsi yang luas, Parallel Wireless dapat membolehkan Pengendali Rangkaian Mudah Alih (MNO) menggunakan rangkaian canggih terkemuka sambil mengurangkan kos dan kerumitan serta meningkatkan hasil.

Ekosistem rakan kongsi ini didorong oleh pelanggan dan memberi tumpuan untuk mengumpulkan penyelesaian yang berdaya maju yang mengembangkan seni bina modular dan terbuka, memanfaatkan input daripada pengendali terbaik di seluruh dunia yang menerajui pembaharuan RAN Terbuka seperti Vodafone, Telefonica dan MTN. Di Mobile World Congress (Kongres Dunia Mudah Alih), Parallel Wireless akan mempamerkan cara ia boleh direplika di peringkat global supaya para pengendali segera melancarkan RAN Terbuka dan 5G.

Parallel Wireless bekerjasama dengan ekosistem rakan kongsi yang luas untuk menyampaikan inovasi yang pantas merentasi domain perkakasan dan perisian. Memperbaharui Hari Ini dengan Visi Masa Depan merupakan tema Parallel Wireless untuk acara pada tahun ini dengan dua subtema iaitu Mengguna dan Menginovasi.  Demonstrasi canggih terkemuka kami dengan ekosistem rakan kongsi kami yang luas merangkumi:

MENGGUNA 

  • Mendayakan Semua G dengan RAN Terbuka: Sila lawati demonstrasi ALL G kami untuk mengetahui cara anda boleh menggunakan RAN Terbuka, natif awan dan mematuhi O-RAN di seluruh rangkaian 2G, 3G, 4G. Kami akan mempamerkan perisian CU dan DU RAN Terbuka yang paling canggih bersama-sama dengan rakan kongsi seperti Red Hat, 6Wind, Whitestack, Dell dan HP. Penyelesaian kami merangkumi ekosistem RAN Terbuka yang matang dan canggih untuk radio 7.2 bersama-sama dengan rakan kongsi seperti Comba Telecom dan GigaTera Communications. Kami juga bekerjasama dengan pembekal perkakasan pelayan seperti Supermicro dan Silicom Ltd. Penyelesaian ketersambungan dengan platform x86 Xeon® Intel dan kami merupakan sebahagian daripada kumpulan RAN Terbuka TIP Facebook.
  • RAN Terbuka mengurangkan TCO: Di demonstrasi TCO kami, anda akan mengetahui cara penyelesaian RAN Terbuka dapat mengurangkan keseluruhan Jumlah Kos Pemilikan (TCO) rangkaian anda. Kami akan menunjukkan cara penjimatan Perbelanjaan Modal (CapEx) dibolehkan melalui penggunaan perisian dan perkakasan daripada ekosistem rakan kongsi yang luas termasuk perkakasan tersedia secara komersial (Commercial-off-the-shelf, COTS) yang dikuasakan dengan alat konfigurasi kendiri. Dan dengan Perbelanjaan Operasi (OpEx) pada 70% daripada keseluruhan TCO, MNO akan mengetahui cara perbelanjaan boleh dikurangkan kepada separuh melalui penggunaan teknologi RAN Terbuka.

MENGINOVASI 

  • Perkhidmatan Baharu yang Lebih Pantas dengan Automasi: Sila lawati demonstrasi automasi kami untuk mengetahui cara ciri-ciri canggih natif awan seperti automasi RAN, konfigurasi kendiri, ujian perisian bebas tangan, penyepaduan dan penghantaran, Kecerdasan Buatan (AI) dan Pembelajaran Mesin (ML) membolehkan kebolehskalaan, fleksibiliti dan inovasi dengan keupayaan melancarkan perkhidmatan baharu dengan lebih pantas. Dengan alat automasi natif awan serta rakan kongsi seperti Red Hat, anda akan meraih manfaat bukan sekadar pilihan yang fleksibel dan penjimatan kos tetapi juga ketangkasan, kebolehskalaan serta memudahkan pengurusan dan boleh dipertingkatkan seperti yang dijanjikan oleh RAN Terbuka.
  • Mengekalkan Legasi dan Peningkatan kepada 5G dan seterusnya: MNO sering berhadapan dengan masalah mengekalkan rangkaian legasi 2G, 3G, 4G ketika merancang penghijrahan mereka kepada 5G dan seterusnya. Melalui penyelesaian yang dipacu perisian kami yang menyokong pelbagai G daripada pelayan COTS yang sama, inovasi dan peningkatan boleh dilakukan dengan lancar dan cekap. Sila lawati demonstrasi ini untuk mengetahui tentang cara anda boleh mempertingkatkan rangkaian anda kepada 5G dan seterusnya sambil terus menyokong rangkaian legasi 2G, 3G dan 4G.

Pastikan juga untuk menyertai sesi panel pada hari Isnin, 28 Jun ketika Eugina Jordan, Naib Presiden Pemasaran Parallel Wireless dan lain-lain daripada syarikat-syarikat seperti Mavenir, Orange Wholesale International Networks, Accenture, Fujitsu Network Communications, Inc. dan Spirent membincangkan tajuk “RAN Terbuka“.

Selain itu, Parallel Wireless berbangga dipilih sebagai calon untuk Anugerah Mudah Alih Global GSMA (GLOMO) 2021 dalam kategori ‘Best Mobile Technology Breakthrough’ (Pencapaian Teknologi Mudah Alih Terbaik) bagi penyelesaian RAN Terbuka Makro Bandar Semua G – 2G, 3G, 4G, 5G Parallel Wireless kami. Pemenang Anugerah akan diumumkan di MWC21 Barcelona pada hari Rabu 30 Jun, jam 12 tengahari waktu CET.

Kami berharap untuk bertemu anda tidak lama lagi di Barcelona!

Keith Johnson, Presiden Parallel Wireless berkata “Salah satu topik utama perbincangan di MWC ialah tentang keperluan perubahan dalam ekonomi industri mudah alih seiring dengan pelancaran berterusan 5G. Penggabungan selama bertahun-tahun telah menyebabkan industri telekomunikasi hanya mempunyai beberapa buah syarikat gergasi vendor teknologi Rangkaian Akses Radio (RAN). Industri telekomunikasi memerlukan rangkaian yang terbuka dan fleksibel supaya ia dapat mengurangkan kos penggunaan dan penyelenggaraan. Kami gembira dapat bekerjasama dengan Telecom Infra Project (TIP), O-RAN Alliance dan Open Compute Project untuk membolehkan ekosistem terbuka yang luas dalam penyelesaian RAN terpisah menggunakan perkakasan neutral vendor dan teknologi yang ditentukan perisian berdasarkan antara muka terbuka dan standard yang dibangunkan komuniti.”

Tentang Parallel Wireless 

Di Parallel Wireless, kami percaya bahawa perisian berkuasa untuk memanfaatkan peluang-peluang hebat di dunia. Kami mengubah cara rangkaian tanpa wayar dibangunkan dan dikendalikan. Kami sedang memperbaharui cara perkakasan, perisian dan awan bekerjasama untuk mengubah penggunaan yang ekonomi kepada para pengguna. Platform perisian pematuhan O-RAN ALL G (2G 3G 4G 5G) kami membentuk seni bina RAN terbuka, selamat dan pintar untuk memberi ketersambungan tanpa wayar, supaya semua orang boleh berhubung pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja dan dengan cara yang mereka pilih. Kami bekerjasama dengan syarikat MNO global terkemuka dan telah diiktiraf oleh lebih 74 anugerah industri. Teras kekuatan kami ialah pasukan Pembangun yang menghargai inovasi, kerjasama, keterbukaan dan kejayaan pelanggan. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.parallelwireless.com. Berhubung dengan Parallel Wireless di LinkedIn dan Twitter.

Logo – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2021/06/parallel-wireless-mengumumkan-ekosistem-ran-terbuka-yang-terkemuka-dalam-industri-di-mwc21-barcelona.jpg

Keywords: Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Wireless Communications New products/services Trade show news Future Events

Source: PRNEWSWIRE

You might also like