Mobileum Inc. Mengambil Alih Developing Solutions

Pengambilalihan Memperluas Kepimpinan Pasaran Mobileum dalam Ujian 5G

CUPERTINO, California, 23 Jun 2021 /PRNewswire/ — Mobileum Inc. (“Mobileum”), penyedia penyelesaian analitik global yang terkemuka bagi perkhidmatan perayauan dan rangkaian, keselamatan, pengurusan risiko, ujian dan pemantauan, dengan sukacitanya mengumumkan bahawa ia telah mengambil alih Developing Solutions, penyedia perisian ujian rangkaian yang fokus terhadap ujian rangkaian teras bagi model penggunaan muatan dan makmal yang merangkumi 3G, 4G, 5G dan Subsistem Multimedia IP (“IMS”).  

Pengambilalihan Developing Solutions ini meneruskan strategi pertumbuhan Mobileum iaitu pembinaan platform analitik berfokuskan telekomunikasi menggunakan infrastruktur ujian yang kukuh dan satu set antara muka rangkaian yang tersebar luas yang membolehkan pengendali mengoptimumkan kecekapan operasi dan meningkatkan pengalaman pelanggan ketika mereka beralih kepada rangkaian 5G dan rangkaian generasi seterusnya.

“Pengambilalihan Developing Solutions merupakan langkah yang betul dalam evolusi Mobileum ketika kami terus menyatukan pasaran dan membangunkan platform analitik yang boleh diguna pakai berserta infrastruktur ujian serba lengkap untuk menyokong pengendali telekomunikasi di sepanjang perjalanan transformasi mereka. Dengan kemunculan 5G, pengendali harus cepat menyesuaikan diri dengan perubahan pasaran, sambil mengekalkan standard tertinggi dalam prestasi perkhidmatan. Oleh sebab itu, semakin penting bagi syarikat pengangkut untuk memiliki kemampuan ujian teras bersepadu mengatasi ekosistem 5G dan kuasa untuk memantau prestasi data ketumpatan tinggi dalam latar belakang rangkaian yang semakin kompleks, automatik dan dinamik,” ulas Bobby Srinivasan, Ketua Pegawai Eksekutif Mobileum.

“Apabila rangkaian 5G kendiri dilancarkan, model penggunaan IoT baharu dan penghirisan rangkaian terus dipercepat, keupayaan pengendali telekomunikasi untuk mengautomasikan sepenuhnya ujian perkhidmatan dan aplikasi baharu sangat penting untuk meningkatkan ketangkasan perniagaan mereka dan menyokong aliran hasil baharu. Dengan menyertai Mobileum, kami akan dapat menawarkan penyelesaian bersepadu kepada pelanggan kami yang merangkumi semua keperluan ujian mereka – daripada makmal hingga kepada rangkaian langsung,” ulas John Minnis, Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengasas Developing Solutions.

Mobileum telah memperluas rangkaian tawaran analitiknya secara konsisten selepas diambil alih oleh Audax Private Equity pada tahun 2016. Dengan pengalaman kepemimpinan dalam perayauan selama 19 tahun, Mobileum bergantung kepada pengetahuan telekomunikasi mudah alihnya untuk membangunkan platform ‘Active Intelligence’ (Kecerdasan Aktif) dengan mendayakan pemahaman masa nyata yang boleh diguna pakai di seluruh domain perayauan, ujian, pemalsuan dan keselamatan.

Developing Solutions telah sekian lama menjadi rakan kongsi Mobileum dalam domain ujian. Pengambilalihan ini akan membolehkan kedua-dua syarikat membangunkan kerjasama mereka dan menyepadukan produk dsTest Developing Solutions dengan penyelesaian Active Testing Mobileum, SITE. Penyelesaian yang digabungkan ini akan menyediakan pengendali telekomunikasi dengan penyelesaian ujian dan pengesahan yang serba lengkap untuk keseluruhan kitaran hayat rangkaian dan perkhidmatan, daripada makmal hingga kepada pengeluaran. Tawaran Mobileum yang diperluas akan menyediakan pengangkut dengan platform ujian aplikasi yang lengkap dan boleh disesuaikan yang mudah bersepadu dengan alat automasi lain serta mengurangkan kos operasi dengan membolehkan penyepaduan moden dan berterusan serta penghantaran menggunakan pendekatan DevOps.

Penyepaduan ini akan membolehkan ujian automatik dalam persekitaran Integrasi Berterusan dan Penggunaan Berterusan (“Continous Integration, CI/ Continous Deployment, CD”) yang memberikan keupayaan emulasi teras 5G, ujian API serta keupayaan automasi ujian 5G secara meluas. Gabungan kedua-dua buah syarikat ini akan memudahkan pembangunan dan penggunaan ujian baharu, meningkatkan fleksibiliti dan membolehkan pengguna menangani sebarang senario ujian 5G sekali gus mendorong pelancaran perkhidmatan yang lebih pantas dan mengurangkan kos operasi.

Pengambilalihan ini juga akan memperkukuh pasukan kejuruteraan Mobileum dan meningkatkan kemahiran serta kepakaran Rangkaian Teras 5G-nya dengan keupayaan yang dipertingkatkan untuk membantu menyelesaikan beberapa cabaran paling kompleks yang muncul di tengah-tengah rangkaian dan untuk memberikan perkhidmatan kepada lebih 900 pelanggan syarikat ini di seluruh dunia.

Tentang Audax Private Equity

Audax Group ialah pengurus pelaburan alternatif terkemuka yang mempunyai pejabat di Boston, New York dan San Francisco. Sejak penubuhannya pada tahun 1999, firma ini telah memperoleh modal bernilai lebih $27 bilion di seluruh perniagaannya yang merangkumi Ekuiti Swasta dan Hutang Swasta. Audax Private Equity telah melaburkan lebih $6 bilion dalam lebih 135 platform dan di lebih 950 buah syarikat tambahan dan kini melaburkan dana ekuiti swastanya yang keenam bernilai $3.5 bilion. Melalui pendekatan berdisiplin Beli & Binanya, Audax berusaha membantu syarikat platform melaksanakan pengambilalihan tambahan yang mendorong pertumbuhan hasil, mengoptimumkan operasi dan meningkatkan nilai ekuiti dengan ketara. Dengan lebih 250 orang pekerja dan lebih 100 orang profesional pelaburan, firma ini merupakan rakan kongsi modal terkemuka bagi syarikat pasaran pertengahan Amerika Utara. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Audax Private Equity: www.audaxprivateequity.com atau ikuti kami di LinkedIn.

Tentang Developing Solutions 

Developing Solutions yang ditubuhkan pada tahun 2002, merupakan sebuah firma peralatan ujian dengan pengalaman yang luas dalam industri Telekomunikasi dan Datakom. Syarikat ini terletak di DFW Metroplex. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.developingsolutions.com/  

Tentang Mobileum Inc.

Mobileum ialah penyedia analitik Telekomunikasi yang terkemuka untuk perayauan, perkhidmatan rangkaian, keselamatan, pengurusan risiko dan ujian kesalinghubungan domestik dan antarabangsa. Lebih 900 pengendali bergantung pada platform Active Intelligence yang menyediakan penyelesaian berasaskan analitik canggih, membolehkan pelanggan menghubungkan kecerdasan operasi dengan tindakan masa nyata sekali gus meningkatkan hasil, pengalaman pelanggan dan mengurangkan kos.  Mobileum beribu pejabat di Silicon Valley dan mempunyai pejabat global di Dubai, Jerman, India, Portugal, Singapura dan UK.

Ketahui lebih lanjut di www.mobileum.com dan ikuti @MobileumInc di Twitter 

Logo – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2021/06/mobileum-inc-mengambil-alih-developing-solutions.jpg

Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Acquisitions, mergers, takeovers

Source: PRNEWSWIRE

You might also like