- Iklan -

Mobileum Inc. Mengambil Alih Convene Networks

- Iklan -

Portfolio yang diperluas mengukuhkan keupayaan Rangkaian Teras 5G Mobileum untuk menyokong syarikat pembawa kecil dan rangkaian peribadi

CUPERTINO, California, 23 Jun 2021 /PRNewswire/ — Mobileum Inc. (“Mobileum”), penyedia penyelesaian analitik global yang terkemuka bagi perkhidmatan perayauan dan rangkaian, keselamatan, pengurusan risiko, ujian dan pemantauan, dengan sukacitanya mengumumkan bahawa ia telah mengambil alih Convene Networks, penyedia teknologi penyelesaian rangkaian teras bersepadu untuk rangkaian 3G/4G/5G. Pengambilalihan ini mengembangkan jejak teknologi rangkaian teras Mobileum, memperluas portfolio penyelesaian Teras 5G (“5GC”) dan menyediakan 5G dalam kotak yang tersedia secara komersial (“COTS”) untuk syarikat pembawa kecil dan rangkaian persendirian.

Pengambilalihan ini berlaku setelah pengambilalihan Developing Solutions baru-baru ini dan sejajar dengan strategi pertumbuhan Mobileum sejak pengambilalihannya oleh Audax Private Equity pada tahun 2016, ketika ia terus membina penyelesaian rangkaian analitik bersepadu untuk menyokong pengendali telekomunikasi sambil melancarkan 5G, perkhidmatan Internet Benda (IoT) baharu dan mempercepat transformasi digitalnya.

Platform Active Intelligence Mobileum merupakan teknologi analitik berfokus telekomunikasi terkemuka yang menyokong perayauan, perkhidmatan rangkaian, keselamatan, pengurusan risiko dan ujian. Convene Networks akan meningkatkan keupayaan rangkaian terasnya dengan menyediakan elemen rangkaian yang diperlukan untuk menyokong infrastruktur selamat yang dimayakan sepenuhnya dan menyampaikan pengesahan teras 5G, pengurusan langganan serta fungsi analitik yang penting. Dengan keupayaan baharu ini, Mobileum boleh menyediakan rangkaian 5G yang lebih luas kepada pengendali telekomunikasi dengan tawaran yang disampaikan sebagai pakej bersepadu yang boleh diskala dan amat cekap serta boleh digunakan untuk menyokong kes penggunaan syarikat pembawa kecil dan rangkaian persendirian.

“Convene Networks ialah sebuah syarikat teknologi cemerlang dengan satu set produk inovatif yang akan membantu mempercepat strategi pertumbuhan 5G kami. Portfolio penyelesaian rangkaian Mobileum telah membantu penyedia perkhidmatan mengewangkan persekitaran rangkaian dan perkhidmatan mereka dan membolehkan mereka menawarkan perkhidmatan B2B dan B2C generasi akan datang dengan kecekapan yang tiada tandingan. Pengambilalihan ini mengukuhkan asas kami dan memperluas penyelesaian kami pada teras 5G dan menyediakan “kubu” untuk membina dan membangun visi 5G kami,” ujar Bobby Srinivasan, Ketua Pegawai Eksekutif Mobileum.

Portfolio produk Convene Networks yang merangkumi pengawal sesi dan penghalaan ConveneGSC GTP, pelayan pelanggan rumah ConveneHSS, daftar identiti peralatan ConveneEIR akan disepadukan dengan portfolio Active Intelligence Mobileum dan pasukan kejuruteraannya yang akan memperkukuh pasukan pakar rangkaian teras Mobileum.

Tentang Audax Private Equity

Audax Group ialah pengurus pelaburan alternatif terkemuka yang mempunyai pejabat di Boston, New York dan San Francisco. Sejak penubuhannya pada tahun 1999, firma ini telah memperoleh modal bernilai lebih $27 bilion di seluruh perniagaannya yang merangkumi Ekuiti Swasta dan Hutang Swasta. Audax Private Equity telah melaburkan lebih $6 bilion dalam lebih 135 platform dan di lebih 950 buah syarikat tambahan dan kini melaburkan dana ekuiti swastanya yang keenam bernilai $3.5 bilion. Melalui pendekatan berdisiplin Beli & Binanya, Audax berusaha membantu syarikat platform melaksanakan pengambilalihan tambahan yang mendorong pertumbuhan hasil, mengoptimumkan operasi dan meningkatkan nilai ekuiti dengan ketara. Dengan lebih 250 orang pekerja dan lebih 100 orang profesional pelaburan, firma ini merupakan rakan kongsi modal terkemuka bagi syarikat pasaran pertengahan Amerika Utara. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Audax Private Equity website: www.audaxprivateequity.com atau ikuti kami di LinkedIn.

Tentang Convene Networks 

Convene Networks ialah penyedia penyelesaian perisian untuk pasaran Tanpa Wayar dan Telekomunikasi. Convene Networks menyediakan penyelesaian dengan ketersediaan tinggi dan boleh dipercayai untuk memenuhi keperluan pelanggan yang mengubah cara penyedia perkhidmatan telekomunikasi mereka bentuk dan mengembangkan rangkaian mereka.  Fokus utama syarikat ini ialah untuk membangunkan penyelesaian perisian rangkaian telekomunikasi berprestasi tinggi yang dibina khas untuk NFV. Penyelesaian Convene Networks membolehkan penyedia perkhidmatan meningkatkan nod rangkaian mudah alih yang penting dengan pantas untuk memenuhi permintaan setiap rangkaian yang sentiasa berubah sambil turut menawarkan prestasi terbaik di pasaran. Convene Networks membantu penyedia perkhidmatan telekomunikasi mempercepat inovasi dengan menghilangkan kerumitan platform perkakasan khusus supaya mereka boleh memberi tumpuan untuk memacu perniagaan mereka ke hadapan.

Tentang Mobileum Inc.

Mobileum ialah penyedia analitik Telekomunikasi yang terkemuka untuk perayauan, perkhidmatan rangkaian, keselamatan, pengurusan risiko dan ujian kesalinghubungan domestik dan antarabangsa. Lebih 900 pengendali bergantung pada platform Active Intelligence yang menyediakan penyelesaian berasaskan analitik canggih dan membolehkan pelanggan menghubungkan kecerdasan operasi dengan tindakan masa nyata serta meningkatkan hasil, pengalaman pelanggan dan mengurangkan kos.  Mobileum beribu pejabat di Silicon Valley dan mempunyai pejabat global di Dubai, Jerman, India, Portugal, Singapura dan UK.

Ketahui lebih lanjut di www.mobileum.com dan ikuti @MobileumInc di Twitter 

Logo – https://mma.prnasia.com/media2/1431792/Mobileum_Logo.jpg?p=medium600  

Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Acquisitions, mergers, takeovers Data Analytics

Source: PRNEWSWIRE

- Iklan -

You might also like