- Iklan -

Jauh Mengatasi Walmart China — Kaedah VeChain dalam Menerajui Penggunaan Rantaian Blok dalam Industri Makanan di Seluruh Dunia

- Iklan -

SHANGHAI, 29 Jun 2021 /PRNewswire/ — Impak COVID-19 terus menambahkan cabaran baharu setiap hari kepada industri makanan & minuman, termasuk isu kepercayaan dari pihak pengguna dan perubahan dalam rantaian bekalan global. Pandemik menunjukkan kegagalan sistem kebolehkesanan semasa yang tidak cekap, yang kita sandarkan sebagai sebuah masyarakat global.

Far More Than Walmart China - How VeChain Leads Blockchain Adoption in the Food Industry Around the Globe
Far More Than Walmart China – How VeChain Leads Blockchain Adoption in the Food Industry Around the Globe

Teknologi rantaian blok menandakan peralihan paradigma dalam dunia rantaian bekalan dan dengan pantas menunjukkan bahawa ia adalah kaedah paling berkesan dalam menyelesaikan masalah yang dinyatakan di atas serta mampu menyampaikan keupayaan baharu dan unik kepada para pengusaha dan pengguna.

VeChain telah mengumpulkan kes penggunaan di kawasan ini sejak tahun 2019. Daripada memperkasakan nama-nama terkenal dalam industri hinggalah kepada membantu memperkemas sistem pengurusan para peladang dan pembekal yang terlalu banyak bilangannya. 

Di bawah ini, kami ringkaskan 10 Contoh Komersial Teratas bagi kes-kes penggunaan pertama seumpamanya dalam rantaian blok awam industri makanan, pastinya bukan yang terakhir.

Kes 1: Walmart China menjamin keselamatan makanan dengan VeChain
Platform Kebolehkesanan Rantaian Blok Walmart China yang didasari rantaian blok VeChainThor telah diumumkan pada ‘Seminar Pembangunan Sistem Kebolehkesanan, Minggu Publisiti Keselamatan Produk China’.Baca lebih lanjut

Kes 2: Walmart China menyatukan Sam’s Club dan VeChain untuk langkah seterusnya ke arah platform  kebolehkesanan keselamatan
makanan Sam’s Club China, satu-satunya rantaian beli-belah premium ahli sahaja yang dimiliki oleh Walmart China dan menggunakan Platform Kebolehkesanan Rantaian Blok Sam’s Club. Baca lebih lanjut

Kes 3: VeChain, DNV dan Norway in a Box mengumumkan kerjasama
VeChain, DNV dan Norway in a Box bekerjasama membangunkan perkhidmatan baharu pada My Story™, sebuah platform yang dipercayai yang dibina untuk memperkasakan pelanggan dan perniagaan.  Baca lebih lanjut

Kes 4: VeChain, ASI Group dan DNV mengumumkan FoodGates pada 2nd CIIE
FoodGates merupakan penyelesaian makanan antara benua pertama di dunia yang didayakan sepenuhnya oleh rantaian blok awam dengan maklumat yang disahkan dan diperakui tentang kitaran hayat penuh bagi produk yang dipantau. Baca lebih lanjut

Kes 5: VeChain menjadi satu-satunya protokol rantaian blok awam APAC Provenance Council
APAC Provenance Council ditubuhkan untuk menyepadukan teknologi rantaian blok ke dalam aspek kewangan rantaian bekalan makanan perdagangan AustraliaChina. Anggota pengasas utamanya termasuklah VeChain. Baca lebih lanjut

Kes 6: VeChain mendayakan Producers Market untuk mengesan produk pertanian
Didayakan oleh VeChain, aplikasi StoryBird membolehkan pengeluar pertanian, pemproses, pembungkus, pengedar, jenama dan pihak berkepentingan nilai tambah yang lain mengakses pasaran global. Baca lebih lanjut

Kes 7: VeChain memperkasa Producers Market dengan penyertaan KnowSeafood
Platform Pengimportan Makanan Laut A.S. iaitu KnowSeafood, mengumumkan pelaksanaan StoryBird, sebuah aplikasi ketelusan yang hebat. Baca lebih lanjut

Kes 8: VeChain memperkasa pengurusan kitaran hayat pengeluar daging lembu premium Australia, Latitud 28
Pembekal daging premium berjenama di Australia Barat yang dinamakan L28, bekerjasama dengan VeChain untuk membangunkan suatu penyelesaian kebolehkesanan daging. Baca lebih lanjut

Kes 9: V eChain menyertai China Animal Health and Food Safety Alliance
CAFA merupakan sebuah organisasi yang disokong oleh kerajaan secara langsung di bawah Chinese National Agricultural Science Technology Innovation Alliance dan dimulakan oleh Kementerian Pertanian Republik Rakyat China. Baca lebih lanjut

Kes 10: VeChain mendayakan Bright Foods dalam mengambil Langkah Penting Demi Merealisasikan Objektif Mereka Untuk Mendigitalkan Keseluruhan Rantaian Bekalan Dan Inventori
Jenama susu “Cupids Farm” yang dihasilkan oleh Bright Foods menjadi makanan dan minuman pertama yang dilaksanakan pada platform BrightCode. VeChain membolehkan syarikat memantau keseluruhan kitaran hayat produk mereka dan mengumpul data dalam masa nyata berserta pengesahan ke atas data-data tersebut. Baca lebih lanjut

Tentang VeChain
Dilancarkan pada tahun 2015, VeChain Technology merupakan sebuah syarikat rantaian blok mesra perusahaan yang terkemuka di peringkat global dengan matlamatnya untuk menghubungkan teknologi rantaian blok kepada dunia nyata melalui penyelesaian didayakan rantaian blok yang bersesuaian yang disediakan untuk memenuhi keperluan perniagaan para pengusaha. Ia menawarkan VeChain ToolChainTM, suatu platform Perisian sebagai Perkhidmatan berasaskan rantaian blok berkod rendah yang membolehkan pelanggan perusahaan membina dan memacu transformasi digital pada skala global dengan pantas seterusnya mendayakan evolusi ekosistem yang bebas kepercayaan dan teragih.

VeChain merupakan perintis aplikasi rantaian blok dunia nyata dengan pejabat antarabangsa yang terletak di China, Singapura, Luxembourg, Jepun, Perancis, Itali dan Amerika Syarikat. Dengan keupayaan pembangunan tersendiri yang kukuh yang digabungkan dengan bimbingan pematuhan profesional daripada rakan kongsi strategik kami, PwC dan DNV, VeChain telah menjalinkan kerjasama dengan banyak syarikat terkemuka dalam pelbagai industri termasuk Walmart China, Bayer China, BMW Group, BYD Auto, PICC, Shanghai Gas, LVMH, D.I.G, ASI Group dan lain-lain. Laman web: www.vechain.com  

Foto – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2021/06/jauh-mengatasi-walmart-china-kaedah-vechain-dalam-menerajui-penggunaan-rantaian-blok-dalam-industri-makanan-di-seluruh-dunia-1.jpg

Logo – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2021/06/jauh-mengatasi-walmart-china-kaedah-vechain-dalam-menerajui-penggunaan-rantaian-blok-dalam-industri-makanan-di-seluruh-dunia.jpg

Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Food/Beverages Survey, Polls & Research Blockchain Financial Technology

Source: PRNEWSWIRE

- Iklan -

You might also like