Forum Inovasi Pengajian Tinggi Asia-Pasifik: Transformasi Digital Pengajian Tinggi

SINGAPURA, 15 Jun 2021 /PRNewswire/ — Bertemakan “Mendepani Era Baharu Pendidikan Pintar”, Huawei baru-baru ini mengadakan Forum Inovasi Pengajian Tinggi Asia-Pasifik melalui penstriman secara langsung. Forum berkenaan mengundang pakar-pakar industri terkemuka daripada UNESCO ICHEI, NUS, Open University, Thammasat University, Universiti Kebangsaan Malaysia dan PwC, termasuk 450 pengarah, rakan kongsi dan tokoh perniagaan penginformasian (informatization). Pakar-pakar yang hadir secara kolektif memberikan tumpuan pada pelbagai tajuk seperti kampus pintar, pendidikan dalam talian dan bilik darjah pintar, trend pembangunan ICT pendidikan serta cabaran dan peluang untuk penginformasian pendidikan dalam era pascapandemik.

Huawei Smart Education Solutions Overview
Huawei Smart Education Solutions Overview

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, universiti-universiti di rantau Asia-Pasifik telah membangun dengan pesat dan penarafan universiti yang diraih oleh mereka juga terus mencatatkan peningkatan. Aplikasi ICT memainkan peranan yang semakin penting dalam pengajaran dan pengurusan universiti-universiti ini. Ketika upacara perasmian, Nicholas Ma, Presiden Huawei Asia Pacific Enterprise Business Group, berkongsi pandangan Huawei mengenai pembangunan ICT dalam pengajian tinggi di rantau Asia-Pasifik, serta visi pengajian tinggi pintar Huawei pada masa hadapan. Huawei telah memberikan perkhidmatan kepada lebih 300 kolej dan universiti di rantau Asia-Pasifik dengan penyelesaian ICT pendidikannya selain membina akademi ICT untuk 224 buah sekolah serta melatih lebih 10,000 orang pelajar. Huawei juga telah membangunkan lebih 4300 profesional ICT untuk pelbagai negara. Huawei akan terus berkhidmat kepada pelanggan dalam industri pendidikan dan memupuk lebih banyak bakat inovatif berkualiti lebih tinggi di seluruh rantau Asia-Pasifik.

Profesor Zhao Jianhua, Pakar Kanan UNESCO ICHEI, berkongsi pandangan beliau mengenai trend baharu dalam bidang pendidikan yang mengujakan ini. Menurut Prof. Zhao, industri pendidikan hari ini dibentuk oleh lima teknologi digital utama: Realiti Terimbuh (Augmented Reality, AR), pembelajaran hibrid diperibadikan, gamifikasi, kecerdasan buatan (AI) dan Internet benda (IoT). Ini akan ditambah pula oleh lima aplikasi baharu dalam industri pendidikan, iaitu sistem pembelajaran lebih cekap, pemantauan kesihatan mental, pendidikan jarak jauh diperibadikan, pemprosesan data automatik dan pendidikan kolaboratif diperibadikan. Pendidikan dalam talian kini mempengaruhi industri ini dengan kefleksibelannya, ketercapaian mudah dan pemperibadian pelajar. Di samping itu, e-Pembelajaran kini secara perlahan-lahan menjadi kaedah pengajaran lazim untuk pendidikan dalam talian berikutan impak daripada COVID-19.

Pelbagai gangguan (disruptions) terhadap dunia baru-baru ini dalam tempoh 18 bulan yang lalu telah memberikan kesan teruk kepada pendidikan universiti di serata dunia. Ramai guru dan pelajar tidak lagi dapat pergi ke sekolah seperti biasa. Semasa sesi panel Forum ini, ahli panel menjelaskan bagaimana universiti-universiti di rantau Asia-Pasifik menggunakan ICT untuk mengurangkan impak ini, rancangan dan visi yang diwujudkan oleh mereka untuk model pengajaran dan pengurusan masa depan, dan kaedah merancakkan transformasi digital universiti- universiti. Setiap ahli panel mengemukakan idea mereka seperti yang berikut: Prof. Andrew Zhao (Pakar Kanan ICHEI (UNESCO), Timbalan Pengarah, Pusat Penyelidikan Pengajian Tinggi, Southern University of Science and Technology) menjelaskan bahawa ICHEI baru-baru ini melancarkan sebuah platform antarabangsa bagi guru-guru pengajian tinggi, yang diberi nama International Institute for Online Education (IIOE). Salah satu matlamat IIOE adalah untuk meningkatkan kapasiti ICT guru-guru pengajian tinggi dalam mengadaptasikan transformasi pendidikan digital. Prof. Madya Erle Lim (Naib Ketua Pentadbir (Inovasi & Kualiti Pengajaran) National University of Singapore) mengingatkan forum bahawa teknologi akan membolehkan kita membangunkan sistem pengajaran dan pembelajaran (dan mengesyorkan) adaptif berkomputer yang bermanfaat untuk menilai bagaimana pelajar belajar, memperoleh set kemahiran dan mencapai kecekapan. Teknologi hanyalah sebagai pemberdaya (enabler), namun elemen manusialah yang sangat mustahak. Jika para guru tidak menetapkan nilai dengan betul (tahap kesukaran, unit pengetahuan dan set kemahiran) kepada penilaian, jika pelajar dan guru tidak memanfaatkan sendiri fungsi tersebut, sistem yang paling baik pun tidak akan berguna. Berhubung dengan cabaran utama yang dihadapi oleh universiti dan institut pengajian tinggi, Prof. Madya Jirapon Sunkpho (Naib Reaktor IT, Thammasat University) menegaskan bahawa usaha memastikan pelajar memiliki peranti yang sesuai dan sambungan Internet merupakan tugas pertama ke arah inovasi dalam pembelajaran dalam talian. Peraturan dan undang-undang di sesetengah negara masih menimbulkan cabaran dalam pemerolehan beberapa teknologi canggih. Dalam wacana mengenai penilaian dan peperiksaan, Prof Ricky (Naib Presiden (Pelajar dan Sokongan), The Open University of Hong Kong) menyatakan bahawa peperiksaan dianggap sebagai alat lama dalam konteks hari ini. Mungkin kelihatan mudah, peperiksaan mungkin bukan merupakan satu-satunya alat terbaik hari ini memandangkan terdapat begitu banyak modaliti dan bidang berbeza yang membolehkan maklumat data diperoleh sebagai suatu bentuk penilaian. Mengenai pandangan tentang faktor kejayaan penting bagi transformasi digital dalam pengajian tinggi, Joseph Ho (Pengarah, PwC Strategy&) menyatakan bahawa adalah penting untuk mengetahui cara menggunakan sistem sedia ada hari ini dan mengintegrasikan lebih banyak teknologi menerusi interaksi dalam talian dan mengekalkan interaksi untuk melakukan jauh lebih banyak daripada sekadar mengajar. Kuncinya ialah mengekalkan komunikasi yang aktif dan memastikan pelajar sentiasa terhubung. Dalam perkembangan yang sama, Profesor Madya Dr. Nurhizam Safie (Timbalan Dekan (Perangkaian & Alumni), Fakulti IST Universiti Kebangsaan Malaysia) menegaskan bahawa faktor kejayaan yang kritikal untuk transformasi digital dalam pengajian tinggi adalah untuk mendepani pedagogi dalam talian baharu dan yang paling penting, mengurus perubahan berkesan dan mengurus peralihan kepada pembelajaran dalam talian.

Dewasa ini, banyak universiti menghadapi masalah yang sama seperti kekurangan interaksi gurupelajar-bilik-darjah, perkongsian sumber pendidikan tidak mencukupi, pengurusan yang sukar akibat daripada perkhidmatan sekolah yang tidak tersusun, penggunaan tenaga yang tinggi serta kecekapan pembuatan keputusan yang rendah. Oleh yang demikian, menjadi keutamaan bagi pentadbir pendidikan dan guru untuk menangani cabaran sedemikian. Dalam forum ini, Shi Ri, Huawei APAC, memperkenalkan Penyelesaian Kampus Pintar dan Penyelesaian Bilik Darjah Pintar Huawei yang direka khusus untuk pengajian tinggi. Huawei melaksanakan kolaborasi dengan rakan-rakan kongsi industri terkemuka dan memanfaatkan platform awannya untuk menyediakan penyelesaian pendidikan pintar E2E yang mencakupi peranti pintar, rangkaian tertumpu serta aplikasi pengajaran dan pengurusan untuk pelanggan universiti di pelbagai negara, termasuk Afrika Selatan, Itali dan UAE. Melalui inovasi teknologi, Huawei membantu dalam melaksanakan mod pembelajaran hibrid OMO yang bertumpukan pelajar dan terus mengoptimumkan persekitaran pengajaran, kecekapan pengajaran, kualiti pengajaran dan kecekapan pengurusan kampus.

Akhir sekali, Dr. Teo Tee Hui, Naib Presiden The Institution of Engineers, Singapura dan Pensyarah Kanan di Singapore University of Technology and Design (SUTD), memperkenalkan pelbagai projek kerjasama antara SUTD dengan HUAWEI CLOUD. Secara khususnya, beliau menekankan Penyelesaian Pembelajaran Hibrid Pintar, yang merangkumi pelbagai modul seperti sistem pengurusan pembelajaran berasaskan awan, pelajaran hibrid pintar, peperiksaan dalam talian, pengawasan peperiksaan AI, makmal komputer maya dan infrastruktur desktop maya (Virtual Desktop Infrastructure, VDI), serta menggunakan Huawei IdeaHub untuk melaksanakan pengajaran interaktif secara dalam talian dan luar talian.

Pengajian tinggi merupakan asas bagi sesebuah negara dalam memupuk bakat yang inovatif, mengindustrikan pencapaian penyelidikan dan mentransformasikan ekonomi. Sebagai penyedia penyelesaian ICT terkemuka di dunia, Huawei akan terus-menerus berinovasi serta menyediakan produk dan penyelesaian yang dipermudah, selamat, terbuka dan pintar untuk industri pendidikan di Asia Pasifik, malah juga di serata dunia, sekali gus menyokong transformasi digital dalam pembelajaran dan pendidikan.

Keywords: Computer/Electronics Education Higher Education Multimedia/Online/Internet New products/services Trade show news

Source: PRNEWSWIRE

You might also like