Adyen diberi lesen untuk membuka cawangan di AS

- Iklan -

AMSTERDAM, 14 Jun 2021 /PRNewswire/ — Comptroller of the Currency (OCC) (Pengawal Mata Wang) Pejabat AS telah meluluskan permohonan Adyen untuk menubuhkan Cawangan Persekutuan Asing di San Francisco, California. Kelulusan OCC dan penganugerahan piagam cawangan tersebut serta kelulusan Rizab Persekutuan untuk permohonan pada 24 Mei 2021 membenarkan Adyen memulakan operasi sebagai Cawangan Asing Bersekutu. 

Dengan memperoleh lesen cawangan AS ini, Adyen dapat meningkatkan aktiviti dan operasinya di AS selaras dengan aktiviti yang dijalankan di Eropah di bawah lesen perbankan Eropah (diperoleh pada tahun 2017). Manfaat yang ada termasuk peningkatan kebolehskalaan operasi melalui platform tunggal Adyen dan keupayaan untuk menawarkan perkhidmatan yang dipertingkatkan kepada para pedagangnya. 

“Lesen ini merupakan langkah seterusnya yang wajar bagi Adyen dan ia telah lama dirancang,” kata Pieter van der Does, Pengasas Bersama merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Adyen. “Saya teruja untuk melihat kesan yang positif pada para pedagang kami yang beroperasi di AS – kami berada pada kedudukan yang baik untuk membantu mereka berkembang. “

Siaran akhbar ini mengandungi maklumat yang layak disifatkan, atau mungkin layak disifatkan sebagai maklumat dalaman dalam ruang lingkup maksud Artikel 7(1) Peraturan Penyalahgunaan Pasaran EU. 

Tentang Adyen 

Adyen (AMS: ADYEN) ialah platform pembayaran pilihan bagi kebanyakan syarikat terkemuka di dunia yang menyediakan infrastruktur serba lengkap lagi moden dan dihubungkan terus ke Visa, Mastercard serta kaedah pembayaran pilihan pengguna secara global. Adyen menyediakan pembayaran yang sangat lancar meliputi saluran dalam talian, mudah alih dan di kedai. Dengan pejabat yang terletak di seluruh dunia, Adyen memberikan perkhidmatan kepada pelbagai pelanggan termasuk Facebook, Uber, Spotify, Microsoft, Casper, Bonobos dan L’Oréal. 

Notis Kawal Selia Penting 

Pengumuman ini bukan untuk penerbitan, edaran atau keluaran langsung atau tidak langsung, di dalam atau ke dalam Amerika Syarikat (termasuk wilayah dan jajahannya, mana-mana negeri Amerika Syarikat dan Daerah Columbia), Kanada, Afrika Selatan, Australia atau Jepun atau mana-mana bidang kuasa lain yang menyifatkan pengumuman sedemikian sebagai menyalahi undang-undang. Edaran pengumuman ini mungkin dihadkan oleh undang-undang dalam bidang kuasa tertentu dan individu yang memiliki dokumen ini atau maklumat lain yang dirujuk di sini hendaklah mengambil maklum dan mematuhi apa-apa sekatan yang berkaitan. Sebarang kegagalan untuk mematuhi sekatan ini boleh membawa kepada pelanggaran undang-undang sekuriti dalam mana-mana bidang kuasa berkaitan. 

Sekuriti Adyen tidak pernah dan tidak akan didaftarkan di bawah Akta Sekuriti A.S. 1933, seperti yang dipinda dan mungkin tidak ditawarkan atau dijual di Amerika Syarikat tanpa pendaftaran di bawah akta ini atau berdasarkan pengecualian yang tersedia dalam akta ini. Dokumen ini dan maklumat yang terkandung di dalamnya tidak merangkumi atau membentuk sebahagian daripada tawaran untuk menjual, atau permintaan tawaran untuk membeli sekuriti di Amerika Syarikat. 

Pengumuman ini bukanlah suatu tawaran sekuriti atau pelaburan untuk dijual atau permintaan tawaran untuk membeli sekuriti atau pelaburan dalam mana-mana bidang kuasa termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Afrika Selatan, Australia atau Jepun. Pengumuman ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalam dokumen ini tidak membentuk asas, atau dijadikan sandaran bagi apa jua tawaran atau komitmen sekali pun dalam mana-mana bidang kuasa. Tiada tindakan telah diambil bagi membenarkan penawaran sekuriti atau pemilikan atau edaran pengumuman ini dalam mana-mana bidang kuasa yang memerlukan tindakan diambil bagi tujuan tersebut. Individu yang telah menerima pengumuman ini dikehendaki mengambil maklum tentang dan mematuhi mana-mana sekatan yang berkaitan. 

Maklumat yang terkandung dalam pengumuman ini adalah untuk tujuan latar belakang sahaja dan tidak dimaksudkan sebagai maklumat penuh atau lengkap. Maklumat yang terkandung dalam pengumuman ini, atau ketepatan dan kesempurnaannya, tidak boleh dijadikan sandaran atas apa jua tujuan. Pengumuman ini tidak bertujuan untuk mengenal pasti atau mencadangkan risiko (langsung atau tidak langsung) yang mungkin berkaitan dengan pelaburan dalam sekuriti Adyen. Sebarang keputusan pelaburan berkaitan dengan sekuriti Adyen mestilah dibuat semata-mata berdasarkan semua maklumat yang tersedia kepada umum yang berkaitan dengan sekuriti Adyen. 

Komunikasi ini mungkin dihadkan oleh undang-undang dalam bidang kuasa tertentu dan individu yang menerima komunikasi ini perlu mengambil maklum dan mematuhi apa-apa sekatan berkenaan dan tidak boleh dalam apa jua keadaan sekali pun, memajukan maklumat ini kepada mana-mana individu lain. Kegagalan untuk mematuhi sekatan sedemikian boleh melanggar undang-undang sekuriti dalam mana-mana bidang kuasa berkaitan. 

ADR yang tidak ditaja:  Pada 10 Oktober 2008, Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa AS (SEC) telah menerbitkan kemas kini Akta Pertukaran Peraturan 12g3-2(b) yang membenarkan institusi depositori mewujudkan program ADR yang tidak ditaja tanpa penyertaan daripada penerbit bukan AS. Adyen NV tidak memberi kebenaran ke atas pembentukan mana-mana program ADR tidak ditaja, dan seterusnya tidak membenarkan, mengendors, menyokong atau menggalakkan pembentukan mana-mana program ADR yang tidak ditaja yang berkaitan dengan sekuritinya. Adyen NV tidak akan mengambil bahagian secara aktif, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam pembentukan mana-mana program ADR yang tidak ditaja. Adyen NV menafikan secara khusus apa jua liabiliti sekali pun yang berpunca daripada atau yang berkaitan dengan mana-mana program ADR yang tidak ditaja. Adyen NV tidak mewakili mana-mana institusi depositori atau individu lain, mahupun mana-mana institusi depositori atau mana-mana individu yang bersandarkan kepercayaan bahawa laman web Adyen NV menyertakan semua maklumat yang diterbitkan dalam bahasa Inggeris atau bahawa Adyen NV sebaliknya telah memenuhi kriteria pengecualian yang ditetapkan dalam Akta Pertukaran Peraturan 12g3-2(b). 

Logo – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2021/06/adyen-diberi-lesen-untuk-membuka-cawangan-di-as.jpg

Source: Adyen Inc.

Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Licensing/marketing agreements Financial Technology

Source: PRNEWSWIRE

You might also like