Compliance Solutions Strategies Dipilih untuk CyberTech100

CSS menerima anugerah atas tawaran teknologi dan perkhidmatannya yang membolehkan pelanggan mengambil pendekatan proaktif terhadap pengurusan risiko keselamatan siber

NEW YORK, 8 Jun 2021 /PRNewswire/ — Compliance Solutions Strategies (“CSS”), sebuah platform Teknologi Peraturan (RegTech) terkemuka yang menyediakan penyelesaian dipacu teknologi yang membantu firma perkhidmatan kewangan memenuhi keperluan pematuhan kawal selia mereka, hari ini mengumumkan penyertaannya dalam CyberTech100. Disusun oleh FinTech Global dengan para pemenang dipilih oleh barisan panel pakar dan penganalisis industri, senarai tahunan ini mengiktiraf 100 penyedia penyelesaian digital yang paling inovatif di dunia yang membantu firma perkhidmatan kewangan memerangi serangan siber dan melindungi aset data mereka.

Industri Teknologi Siber telah mengalami pertumbuhan luar biasa berikutan publisiti meluas tentang serangan siber baru-baru ini yang telah menyebabkan perubahan besar dalam rantaian bekalan global. Terdapat pelbagai faktor yang mendorong peningkatan tahap kerentanan. Oleh kerana semua syarikat semakin bergantung kepada infrastruktur teknologi dan pengurusan data, serangan siber semakin meningkat dari segi jumlah, kerumitan dan kecanggihan.

CSS menangani risiko kawal selia, perniagaan dan operasi di seluruh industri pengurusan pelaburan global yang menyokong skop luas yang merangkumi pengurus aset institusi, dana lindung nilai, firma ekuiti swasta dan syarikat insurans. Dengan pemilihannya untuk CyberTech 100, CSS terus membina momentum serta menyampaikan penyelesaian dan perkhidmatan keselamatan siber yang terkemuka di pasaran untuk memantau web tertutup, membangun dan menyemak dasar dan prosedur, ujian keselamatan, latihan siber serta penilaian kesediaan. Kepakaran CSS dalam peraturan yang mentadbir perlindungan dan penggunaan maklumat pengecaman diri (PII) seperti GDPR dan Akta Perlindungan Pengguna California (CCPA) semakin dimanfaatkan oleh pengurus pelaburan dan penasihat yang ingin melaksanakan kawalan yang diperlukan bagi mengurus data yang berkaitan dengan para pelabur dan pekerja dengan betul.  

“Kami teruja kerana tersenarai dalam kalangan syarikat keselamatan siber yang paling inovatif di dunia,” kata E.J. Yerzak, Ketua Perkhidmatan IT Siber CSS. “CSS menggunakan teknologi berasaskan AI yang disokong oleh kepakaran kawal selia dan keselamatan siber dalaman untuk bekerjasama dengan firma-firma dalam pembangunan program pengurusan risiko keselamatan siber yang komprehensif. Berita siber terkini telah mempercepat keperluan pelanggan untuk mengambil pendekatan yang lebih proaktif bagi meningkatkan kekuatan dan kematangan pertahanan keselamatan siber mereka.”

Tentang CSS:

Compliance Solutions Strategies (CSS) ialah rakan kongsi Teknologi Peraturan global yang dipercayai yang menyatukan penyelesaian dipacu teknologi inovatif secara unik untuk menyokong firma perkhidmatan kewangan mengendalikan laluan yang jelas dan strategik melalui ruang kawal selia global yang kompleks dan berpecah-pecah. Penyelesaian dan perkhidmatan kami membantu firma-firma menepati tarikh akhir kawal selia sambil mengoptimumkan data, operasi dan teknologi pematuhan. CSS meliputi rangkaian penuh disiplin pematuhan global yang merangkumi pelaporan dana, pelaporan transaksi, pemantauan pelaburan, pengurusan pematuhan, perkhidmatan pematuhan dan perkhidmatan terurus dengan suatu pendekatan pelengkap dan berpusat terhadap pengurusan strategik data kawal selia yang dipanggil RBOR (Buku Rekod Kawal Selia). Syarikat ini kini memberikan perkhidmatan kepada lebih 650 pelanggan dalam perkhidmatan kewangan vertikal yang terdiri daripada dana lindung nilai, pengurus aset tradisional dan pentadbir dana termasuk institusi sisi belian dan jualan Peringkat 1. CSS mengekalkan jejak global di seluruh Amerika Utara serta Eropah dengan pejabat perhubungan pelanggan di New York, London, Dublin, Paris, Luxembourg, Amsterdam dan Stockholm. Untuk maklumat lanjut tentang CSS, sila layari: www.cssregtech.com.

Logo – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2021/06/compliance-solutions-strategies-dipilih-untuk-cybertech100.jpg  

Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Awards Financial Technology

Source: PRNEWSWIRE

You might also like