Bank terbesar di India, SBI melabur dalam firma pembayaran digital terkemuka, Cashfree

BANGALORE, India, 8 Jun 2021 /PRNewswire/ — Cashfree, syarikat teknologi perbankan dan pembayaran digital terkemuka di India, hari ini mengumumkan bahawa pemberi pinjaman terbesar di India, State Bank of India (SBI) telah melabur dalam organisasi tersebut. Langkah ini mengukuhkan visi bersama mereka dalam mempromosikan mod digital pembayaran.

(L-R) Reeju Datta Co-Founder of Cashfree and Akash Sinha CEO and Co-Founder of Cashfree
(L-R) Reeju Datta Co-Founder of Cashfree and Akash Sinha CEO and Co-Founder of Cashfree

Sebagai peneraju dalam inovasi pembayaran, Cashfree menyediakan platform penyelesaian pembayaran menyeluruh yang membolehkan lebih 100,000 perniagaan yang sedang berkembang di India dan di seluruh dunia menerima dan membayar secara dalam talian melalui penyepaduan tunggal.

Cashfree yang kini tersenarai dalam kalangan penyedia perkhidmatan pembayaran terkemuka di India, memproses urus niaga bernilai USD 20 bilion setiap tahun. Selain daripada India, produk Cashfree digunakan di lapan buah negara lain termasuk Amerika Syarikat, Kanada dan UAE.

“Kami teruja dengan kerjasama kami dengan pemberi pinjaman yang dipercayai dan terkemuka di negara ini iaitu SBI. Pelaburan daripada bank terbesar di India ini menunjukkan kepercayaannya terhadap inovasi Cashfree dan cara kami mengembangkan perniagaan pembayaran dengan pantas. Ini juga menyerlahkan peranan Cashfree dalam membina ekosistem pembayaran yang membolehkan cara paling cepat dan mudah untuk mengutip dan membuat pembayaran bagi perniagaan yang sedang berkembang. Ketika kami berusaha ke arah pendigitan ekonomi, kami kekal komited untuk membawa keseragaman, ketelusan dan mengurangkan masa pusing balik kepada transaksi digital di kalangan perniagaan India. Pelaburan ini amat sesuai dengan strategi pertumbuhan kami sambil kami terus menumpukan perhatian kepada pengalaman pelanggan dan inovasi produk,” kata Akash Sinha, Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Eksekutif Cashfree.

Diinkubasi oleh perintis pembayaran PayPal, Cashfree disokong oleh Apis Partners, Smilegate dan Y Combinator. Cashfree digunakan oleh perniagaan yang di antaranya adalah seperti Zomato, Cred, Nykaa, Delhivery, Acko, Shell untuk pelbagai keperluan pembayaran perniagaan seperti kutipan pembayaran e-dagang, pembayaran vendor, penyelesaian pasaran dan lain-lain.

Tentang Cashfree: 

Cashfree ialah sebuah syarikat penyelesaian pembayaran dan perbankan API terkemuka. Ia menyediakan penyelesaian pembayaran lengkap yang membolehkan perniagaan di India mengutip dan membuat pembayaran melalui semua kaedah yang tersedia dengan penyepaduan yang mudah. Tawaran Cashfree merangkumi cara yang canggih dan mudah untuk menyepadukan get laluan pembayaran, penyelesaian pembayaran terpisah untuk pasaran, API pengesahan akaun bank dan Auto Collect — penyelesaian akaun maya untuk memadankan pembayaran masuk kepada pelanggan. Diasaskan oleh alumni IIT Hyderabad, Akash Sinha dan lulusan IIT Kharagpur, Reeju Datta, www.cashfree.com merupakan  antara penyedia perkhidmatan pembayaran  terkemuka  di India yang memproses urus niaga bernilai USD 20 bilion setiap tahun. Ia telah memanfaatkan teknologi untuk menerajui sektor pembayaran di India dan mempunyai bahagian pasaran melebihi 50% dalam kalangan pemproses pembayaran. Cashfree membolehkan lebih 1,00,000 perniagaan melakukan kutipan pembayaran, pembayaran vendor, pembayaran gaji, pembayaran balik pukal, pembayaran balik perbelanjaan, kesetiaan dan ganjaran. Selain daripada India, produk Cashfree digunakan di lapan buah negara lain termasuk Amerika Syarikat, Kanada dan UAE. Cashfree disokong oleh pelabur Silicon Valley iaitu Y Combinator, Apis Partners, State Bank of India (SBI) dan diinkubasi oleh PayPal.

Foto: https://ering.com.my/wp-content/uploads/2021/06/bank-terbesar-di-india-sbi-melabur-dalam-firma-pembayaran-digital-terkemuka-cashfree-1.jpg
Logo: https://ering.com.my/wp-content/uploads/2021/06/bank-terbesar-di-india-sbi-melabur-dalam-firma-pembayaran-digital-terkemuka-cashfree.jpg

Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Financing agreements Financial Technology

Source: PRNEWSWIRE

You might also like