Coca-Cola Beverages Africa bekerjasama dengan Flintfox dan Microsoft untuk memperkemas harga, promosi dan pengurusan rebat

- Iklan -

LONDON, 3 Jun 2021 /PRNewswire/ — Sebagai sebahagian daripada program transformasi digital yang sedang berlangsung di kilang pembotolannya, Coca-Cola Beverages Africa (CCBA) bekerjasama dengan pakar pengurusan harga dan rebat iaitu Flintfox dan Microsoft untuk memodenkan cara ia menggunakan teknologi. Kerjasama ini akan membantu syarikat gergasi pembotolan tersebut menghentikan penyelesaian warisan untuk menguruskan harga dengan lebih baik dan mengatasi cabaran sedia ada pada semua peringkat rantaian bekalan.

Coca-Cola Beverages Africa collaborates with Flintfox and Microsoft to streamline pricing, promotions, and rebate management
Coca-Cola Beverages Africa collaborates with Flintfox and Microsoft to streamline pricing, promotions, and rebate management

Pengurusan Hasil Perdagangan dan enjin penetapan harga RMx memberikan CCBA kemampuan untuk menguruskan penetapan harga dan promosi canggih, mengurangkan kos operasi serta memantau margin. Dengan mengembangkan kemampuan Microsoft Dynamics 365 dan menyepadukan platform automasi e-dagang dan tenaga jualan sedia ada, Flintfox akan mendayakan penetapan harga hiper pantas dalam masa nyata serta membantu memberikan harga yang tepat di seluruh rantaian bekalan.

Kerjasama antara Microsoft dan Flintfox membantu CCBA untuk mempercepat perjalanan transformasi digitalnya melalui sistem digital yang lancar yang membolehkan keseluruhan perniagaan beroperasi sebagai satu entiti.

Pengarah EMEA Flintfox, Mark Conway berkata: “Ini merupakan masa yang amat memberangsangkan untuk bekerjasama dengan CCBA ketika mereka merealisasikan visi transformasi digital mereka melalui Microsoft Dynamics 365 dan menetapkan hala tuju pertumbuhan yang pantas. Penyelesaian pintar kami akan mengurangkan kos operasi, menghasilkan laba produktiviti dan operasi yang kalis masa depan. Tambahan pula, kami akan memberikan ketepatan harga masa nyata di seluruh saluran CCBA dan menyampaikan pulangan pelaburan (ROI) yang signifikan serta boleh diukur kepada perniagaan.”

Ketua Pegawai Maklumat Coca-Cola Beverages Africa iaitu Joshua Motsuenyane berkata: “Oleh kerana CCBA berasal daripada penggabungan syarikat-syarikat yang berbeza, terdapat beberapa pertindihan infrastruktur, duplikasi bekalan dan garis akauntabiliti yang kabur. Kami perlu menyempurnakan keupayaan perniagaan secara keseluruhan untuk beroperasi sebagai satu entiti dan meningkatkan ketelusan serta kebolehlihatan harga. Flintfox dan Microsoft membantu kami menyusun strategi tentang cara menguruskan penetapan harga, pengurusan promosi serta penetapan harga rantaian bekalan yang kompleks dan canggih dengan lebih baik serta menyediakan pelan hala tuju masa depan. Penyepaduan antara Flintfox dengan Microsoft memodenkan cara kami menggunakan teknologi di seluruh landskap IT kami dan membolehkan kami menghentikan sepenuhnya sistem yang diwarisi.”

Gavin Holme, Pengarah Perkhidmatan Perundingan Microsoft Afrika Selatan berkata: “Pengurusan Hasil Perdagangan Flintfox dan penetapan harga RMx memperluas keupayaan penyelesaian Kewangan dan Operasi kami sekali gus mendayakan transformasi digital CCBA. Dengan Dynamics 365, Microsoft 365 dan Azure, CCBA akan mencapai matlamat mereka untuk menyeragamkan operasi dan menyelaraskan proses secara pintar dalam masa nyata.”

Foto – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2021/06/coca-cola-beverages-africa-bekerjasama-dengan-flintfox-dan-microsoft-untuk-memperkemas-harga-promosi-dan-pengurusan-rebat.jpg

Keywords: Beverages Computer Software Computer/Electronics Non-Alcoholic Beverages Transportation Joint ventures New products/services

Source: PRNEWSWIRE

You might also like