Reviu Eksklusif: HONOR Band 6 Hadir Dengan Bateri Padu & Pengecasan Pantas!! Skrin Pon Onz!

HONOR Malaysia telah menambah satu peranti sebagai ahli baru HONOR, iaitu HONOR Band 6 yang baru dilancarkan! Gelang pintar ini direka khas untuk orang muda, mempunyai skrin yang lebih besar, kelajuan pengecasan lebih cepat dan jangka hayat bateri yang lebih panjang untuk memberi pengalaman pengguna yang lebih baik. Sudah tentu, HONOR Band 6 juga mempunyai fungsi pengesanan data latihan dan kesihatan untuk membolehkan pengguna menikmati gaya hidup yang sihat. Jom reviu fungsi gelang ini bersama dengan admin!

Rupa sebenarnya dari segi 360°

Salah satu titik penjualan utama HONOR Band 6 ialah paparan skrin yang lebih besar. Skrin 1.47 inci di pergelangan tangan membawa pengalaman visual yang lebih baik kepada pengguna. Sudah tentu, gelang ini juga lebih ringan daripada generasi sebelumnya, dan tali getah silicon yang lembut juga memberi rasa yang selesa.

Bahagian kanan gelang dilengkapi dengan satu butang fizikal, dan terdapat garis merah di atasnya. Dari segi sisi yang lain, logo HONOR dicetak pada bingkai kiri. Reka bentuk keseluruhannya sangat ringkas.

Dua titik di bahagian atas belakang adalah kontak logam untuk mengecas bateri; tiga sensor di bahagian bawah adalah sensor pecutan, sensor giroskop, dan sensor denyutan jantung optik.

Skrin besar AMOLED 1.47 inci

HONOR Band 6 adalah gelang pertama yang dilengkapi dengan skrin penuh. Gelang ini dilengkapi dengan paparan warna AMOLED 1.47 inci yang beresolusi 194 × 368. Kawasan paparan HONOR Band 6 telah meningkat sebanyak 148%, dapat mencapai kesan visual yang lebih cerah dan terang berbanding dengan gelang generasi sebelumnya.

Di samping itu, HONOR Band 6 menyokong pelbagai wajah jam yang boleh disesuaikan mengikut kegemaran anda. Korang boleh memperibadikan paparan jam tangan mengikut gaya sendiri, hanya perlu memilih atau memuat turun dari aplikasi “HUAWEI Health”. Korang bukan sahaja boleh menetapkan gambar kegemaran korang dari galeri telefon, bahkan juga boleh menyesuaikan widget pada wajah jam!

Fungsi pengesanan data kesihatan

HONOR Band 6 menyokong pelbagai fungsi pengesanan data kesihatan termasuk pemantauan ketepuan oksigen darah SpO2, pemantauan denyutan jantung yang berterusan 24/7, pemantauan tidur dan pengesanan tekanan. Korang dapat melihat data kesihatan ini secara langsung dari gelang, dan tidak ada masalah untuk melakukan pengesanan secara nyata. Sekiranya korang nak analisis data yang lebih terperinci, korang juga boleh beralih ke aplikasi “HUAWEI Health” untuk memperhatikannya.

Di samping itu, pemantauan denyutan jantung secara berterusan terhadap gelang dilakukan melalui teknologi TruSeen ™ 4.0. Sekiranya degupan jantung terlalu tinggi atau terlalu rendah, gelang akan menghantar peringatan untuk memberitahu korang untuk mengaktifkan fungsi pengesanan yang berterusan dalam aplikasi. 

Sekiranya korang memakai HONOR Band 6 semasa tidur, korang juga dapat menggunakan teknologi TruSleep ™ untuk mendapat catatan pengesanan tidur harian yang tepat. Korang boleh memahami status tidur korang dengan lebih baik. Melalui jadual analisis, korang juga dapat memerhatikan waktu tidur dan bangun, serta tahap tidur yang berbeza yang dialami semasa tidur, termasuk tidur ringan, tidur nyenyak dan REM. Aplikasi ini juga akan memberi lebih daripada 200 cadangan yang peribadi untuk membantu korang meningkatkan kualiti tidur, dan mendapati kebiasaan tidur yang sesuai untuk korang.

Untuk membantu pengguna menguruskan tahap tekanan sepanjang masa, HONOR Band 6 dapat mengesan ketika korang rasa tertekan dengan menganalisis degupan jantung korang. HONOR Band 6 juga menyediakan fungsi senaman pernafasan yang efektif untuk membimbing korang mengurangkan tekanan.

Yang perlu disebut bahawa HONOR Band 6 menyediakan pelacak kitaran haid untuk pengguna wanita. Gelang ini meramalkan dan mengingatkan korang mengenai masa haid dan masa pembiakan yang akan datang berdasarkan rekod sebelumnya, membantu pengguna wanita menguruskan kitaran haid dengan lebih baik. Pada masa yang sama, pengguna wanita juga dapat merakam pelbagai gejala fizikal dan bahagian yang menyakitkan dalam tempoh ini.

Mod sukan dan senaman

Selain mengesan data kesihatan, HONOR Band 6 juga komited untuk membantu korang memahami kecergasan korang dengan jelas pada bila-bila masa. Gelang ini menyokong 10 mod latihan yang utama termasuk larian di luar/ dalam rumah, berjalan kaki di luar/ dalam rumah, berbasikal di luar/ dalam, berenang di dalam, dan lain-lain. Apabila korang memakai gelang untuk bersenam, gelang ini akan merakam langkah korang, jarak liputan, pembakaran kalori, kadar denyutan jantung secara nyata dan data lain.

Yang perlu dinyatakan bahawa HONOR Band 6 yang menyokong prestasi kalis air sepanjang 50 meter. Korang yang suka berenang boleh memakai gelang untuk bersenam, melihat status latihan dan data kesihatan dalam masa nyata.

Di samping itu, HONOR Band 6 telah menggunakan algoritma latihan khas secara automatik, dapat mengesan 6 jenis senaman termasuk berlari/ berjalan di dalam rumah, berlari/ berjalan di luar, mesin elips (Elliptical) dan mesin mendayung (Rowing). Setelah korang menghidupkan fungsi ini, gelang akan meminta korang untuk memulakan latihan ketika mengesan aktiviti yang lebih sengit.

Fungsi pintar lain

Sudah tentu, setelah HONOR Band 6 disambungkan ke telefon bimbit, gelang ini juga menyokong banyak fungsi pintar termasuk memulakan rana kamera, menerima panggilan masuk, pemberitahuan maklumat, bermain, mengawal muzik, laporan cuaca, jam randik dan lampu suluh. Korang boleh mencari telefon bimbit melalui gelang jika perlu menggunakan fungsi ini!

Hayat bateri dan pengecasan

Dari segi kapasiti bateri dan daya tahan bateri, korang tidak perlu risau kerana HONOR Band 6 dapat digunakan selama 14 hari dengan pengisian sekali. Walaupun penggunaan sering bertambah, baterinya dapat digunakan selama 10 hari. Walau bagaimanapun, HONOR Band 6 menggunakan pengecasan pantas magnetik mudah alih. Reka bentuk baru menjadikan pengecasan lebih mudah berbanding dengan gelang generasi sebelumnya, korang perlu mencari dok pengecasan sebelum ini, tetapi sekarang hanya perlu menyentuh untuk mengecas secara langsung. Yang paling penting ialah menambahkan teknologi pengecasan pantas! Masa pengecasan hanya 10 minit sudah cukup untuk menghidupkan HONOR Band 6 selama 3 hari, dan hanya memerlukan 80 minit untuk mengisi penuh gelang.

Apa Kata Editor!

HONOR Band 6 kali ini fokus pada paparan skrin yang lebih besar. Walaupun skrinnya besar, admin tidak akan rasa tidak selesa ketika memakai gelang ini, rasa okay juga semasa memakainya untuk tidur. Di samping itu, hayat bateri dan pengecasan pantas gelang juga sangat bagus. Korang langsung tidak perlu risau memakainya secara lama akan kehabisan kuasa, dan tidak perlu tunggu terlalu lama untuk mengecas. Sudah tentu, yang paling penting ialah HONOR Band 6 menyediakan fungsi penjejakan data kesihatan yang lengkap, bukan sahaja menguruskan latihan asas, tetapi juga memeriksa keadaan fizikal dalam masa nyata untuk membolehkan korang memahami kesihatan korang dengan lebih baik.

HONOR Band 6 sudah mula dijual di Malaysia, harganya adalah RM189, dan menawarkan pilihan warna Meteorite Black, Seagull Grey, Coral Powder. Korang yang berminat boleh pergi ke semua kedai HONOR di Malaysia, kedai flagship HONOR dalam Lazada atau Shopee.

You might also like