Nxchange memperoleh Bondex, sebuah pasaran swasta berasaskan rantaian blok

101
- Iklan -

– Pemerolehan strategik yang mengukuhkan kedudukan Nxchange sebagai destinasi tujuan bagi pentokenan aset

AMSTERDAM, 4 Mei 2021 /PRNewswire/ — Hari ini, Nxchange mengumumkan pemerolehan Bondex secara rasmi, sebuah platform berasaskan rantaian blok yang boleh dilesenkan oleh syarikat untuk mendigitalkan daftar pemegang saham mereka atau mentokenkan penerbitan saham atau bon mereka. Pemerolehan ini akan memperluas lagi tawaran perkhidmatan Nxchange dan akan terus mendorong misi syarikat untuk menjadi destinasi tunggal bagi pentokenan dan perdagangan aset alternatif di Eropah. Bondex telah diperoleh sepenuhnya oleh Nxchange, tetapi ia akan terus beroperasi sebagai sebuah entiti bebas. Pengasas, Jos van Alphen akan menjadi sebahagian daripada ahli Lembaga Pengarah Nxchange.

Nxchange acquires blockchain-based private market, Bondex
Nxchange acquires blockchain-based private market, Bondex

“Nxchange telah sekian lama menyatakan minat untuk memajukan penggunaan struktur Pembiayaan Terpencar (DeFi) dan kami telah diberikan suatu peluang untuk bekerjasama dengan pasukan yang komited dan bersemangat yang benar-benar sejajar dengan misi kami di Nxchange. Misi ini bertujuan menyediakan penyelesaian kewangan yang inovatif bagi pelaburan alternatif,” kata Marleen Evertsz, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Nxchange. “Dengan kedudukan Nxchange di Eropah sebagai kawasan pelaburan dan perdagangan aset alternatif dalam Pasaran Terkawal, memanfaatkan platform penerbitan swasta yang mantap yang mampu memberikan pengalaman seperti yang diharapkan oleh para pengguna Nxchange sememangnya sepadan dengan kami.”

Bondex menyediakan platform berasaskan rantaian blok yang boleh dilesenkan oleh syarikat untuk mendigitalkan daftar pemegang saham dan mentokenkan saham atau bon mereka. Dengan melesenkan platform, sesebuah syarikat boleh menstrukturkan sendiri penerbitan saham atau bon pada rantaian blok dengan melibatkan kakitangan mereka, pelanggan langsung atau pihak berkepentingan lain, atau sekadar menggunakan platform Bondex untuk menguruskan pemegang saham mereka, pada masa yang sama, platform menyediakan fungsi seperti proses KYC / AML untuk kemasukan pelabur, pembayaran, perdagangan OTC, pengurusan dana dan pengurusan sosial.

Nxchange percaya bahawa pentokenan aset alternatif akan memainkan peranan penting dalam ekosistem kewangan pada masa hadapan. Dengan penyertaan kelas aset ini, Nxchange kini memperoleh kedudukan yang unik sebagai suatu penyelesaian menyeluruh terhadap semua keperluan pelaburan warga milenium di Eropah.

“Kami ingin komuniti kami mengetahui bahawa langkah ini akan membawa kepada ciri-ciri yang lebih besar dan menarik pada masa akan datang dan mereka boleh mengharapkan versi yang dipertingkatkan untuk platform yang selama ini mereka gemari,” ujar Jos van Alphen, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Bondex.

Bondex akan berada di ibu pejabat Nxchange di Amsterdam. Kemas kini tentang hala tuju produk Nxchange serta ciri-ciri baharu yang dinantikan oleh para pengguna Nxchange akan dikongsikan pada suatu tarikh kelak.

Tentang Nxchange 

Nxchange ialah Bursa Sekuriti Eropah pertama yang dikawal sepenuhnya untuk sekuriti (yang ditokenkan) dan aset terdigit yang membolehkan perdagangan, penjelasan dan penyelesaian masa nyata serta perdagangan setara selama 24 jam sehari. Nxchange ialah platform perdagangan yang komprehensif yang dibangunkan melalui kerjasama rapat bersama AFM (Pihak Berkuasa Belanda untuk Pasaran Kewangan) dan memegang lesen Pasaran Terkawal, lesen MTF dan lesen firma Pelaburan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Belanda dan AFM. Nxchange bekerjasama rapat dengan Pengawal Selia Eropah dan telah membina perkongsian yang kukuh dengan pemain tradisi dan baharu dalam pasaran modal seperti bank ABN Amro Clearing, Rabobank dan Euroclear.

www.nxchange.com 

Foto – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2021/05/nxchange-memperoleh-bondex-sebuah-pasaran-swasta-berasaskan-rantaian-blok.jpg

Untuk pertanyaan akhbar, sila hubungi: 

Joris de Vor 
j.devor@nxchange.com 
press@nxchange.com 
+31 (0) 6 40103501

Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Acquisitions, mergers, takeovers Blockchain Financial Technology

Source: PRNEWSWIRE