upGrad mencatat Kadar Unjuran Pendapatan Tahunan sebanyak USD165 juta

71
- Iklan -

Ramalan pertumbuhan keuntungan dan pendapatan sebanyak 25% pada Suku Tahunan akan datang 

BANGALORE, India, 6 April 2021 /PRNewswire/ — upGrad, syarikat teknologi pendidikan tinggi di Asia Selatan, hari ini mengumumkan bahawa ia telah mengatasi pencapaian bulanan sebanyak USD14 juta dan mencapai kadar unjuran pendapatan tahunan (ARR) bernilai USD165 juta. Syarikat teknologi pendidikan utama ini kini menyasarkan pertumbuhan pendapatan sebanyak 25% pada suku tahunan berikutnya (April-Mei-Jun) dengan keuntungan yang telah pun diperoleh.

upGrad, South Asia Largest Higher Edtech
upGrad, South Asia Largest Higher Edtech

Ronnie Screwvala berkata, “Ia merupakan tahun Covid yang sukar. Saya tahu ramai yang mengatakan bahawa tahun 2020 ialah tahun kerehatan untuk teknologi pendidikan, namun sebaliknya, saya dapat melihat dengan jelas bahawa Pendidikan Tinggi akan mencapai kemuncaknya apabila pandemik reda.  Kebanyakan daripada kita tertanya-tanya apa yang akan ‘berubah’ ketika pasca pandemik, tetapi di upGrad, kami sedang membangunkan perkara-perkara yang tidak akan berubah untuk beberapa dekad akan datang – masa depan pembelajaran dalam talian dan Pembelajaran Seumur Hidup. Dan ia membolehkan kami membina sebuah syarikat global berskala besar.”

Pengasas Bersama & Pengerusi upGrad, Ronnie Screwvala merupakan salah seorang usahawan paling berjaya di Asia dan disenaraikan sebagai 100 orang yang paling berpengaruh di dunia oleh Time 100 dan antara 25 orang Paling Berkuasa di Asia oleh Majalah Fortune. Beliau mengasaskan media konglomerat UTV yang disenaraikan di India dan di Bursa Saham London/AIM, sebelum menyalurkan pelaburan ke Walt Disney dengan nilai perusahaan sebanyak USD1.4 bilion pada tahun 2013. Screwvala bersama-sama para pengasas bersama syarikat tersebut dalam pusingan kedua komited untuk membangunkan upGrad sebagai peneraju global dalam pendidikan dalam talian.

Tahun 2020 merupakan tahun yang menyaksikan pendapatan upGrad meningkat sebanyak 100%, dengan peningkatan tawaran kursus sebanyak tiga kali ganda, permulaan program MBA global, peningkatan kerjasama dengan universiti, pengumpulan semula pasukan global yang terpisah, pencapaian pelajar melebihi 1 juta orang di lebih 50 buah negara, penyampaian pengalaman pembelajaran selama 10 juta jam dan pengambilalihan 3 buah syarikat.

Kejayaan upGrad dapat dilihat melalui peningkatan pasukan kepemimpinannya dengan pelantikan mantan pemimpin Grab, Saranjit Sangar sebagai Ketua Pegawai Eksekutif – EMEA, mantan ketua Disney, Zubin Gandevia sebagai Ketua Pegawai Eksekutif – APAC, diikuti dengan pelantikan empat orang ahli lembaga pengarahnya yang terdiri daripada pemimpin terkenal untuk operasi di UK dan pelantikan ramai lagi pemimpin yang akan memacu perniagaan & menjana kerjasama di seluruh AS & Indonesia. 

“Bagi mencapai matlamat Pendapatan USD2 Bilion kami menjelang tahun 2026, kami telah berada pada kedudukan yang kukuh dalam semua operasi perniagaan kami. Pada tahun 2021 & 2022, kami akan menghubungkan semua fasa dalam Pembelajaran Sepanjang Hayat – daripada kemasukan ke kolej, hinggalah ke persaraan dan kesemua proses pembelajaran yang berlaku antara keduanya. Gabungan pengembangan dan pengambilalihan antarabangsa kami yang strategik akan terus menjana pertumbuhan pendapatan tidak linear pada tahun 2021. Pembelajaran terperinci upGrad yang berbeza, rekod nisbah penamatan kursus sebanyak 85% berserta matlamat kerjaya pelajar yang dipenuhi di seluruh dunia, akan mengekalkan kami sebagai peneraju pasaran dan rakan kongsi pilihan kepada para pelajar dan akademia bersekutu kami di seluruh dunia,” Screwvala, Pengasas Bersama & Pengerusi upGrad, menyimpulkan.

Klik di sini untuk melawat laman web www.upgrad.com dan mengetahui lebih lanjut tentang program dalam taliannya.

Tentang upGrad
upGrad ialah peneraju pengajian tinggi antarabangsa dalam talian yang menawarkan lebih 100 jenis kursus dengan kerjasama universiti global terkemuka seperti Deakin Business School (Australia), Duke CE (AS), Michigan State University (AS), Liverpool Business School (UK), IIT Madras (India), IIM Kozhikode (India) dan banyak lagi. Teknologi pendidikan utama ini telah memberi impak kepada lebih 1 juta pelajar berdaftar di lebih 50 buah negara di seluruh dunia.

upGrad menduduki tempat Pertama dalam senarai Top Startup India 2020 LinkedIn. Ini merupakan kali ketiga berturut-turut upGrad ditampilkan dalam senarai Top Startup LinkedIn selepas tahun 2018 dan 2019. Ia juga merupakan antara 50 EdTech GSV Global.

Hubungan Media:
Neha Prasad
neha.prasad@upgrad.com

Foto – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2021/04/upgrad-mencatat-kadar-unjuran-pendapatan-tahunan-sebanyak-usd165-juta.jpg
Logo – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2021/04/upgrad-mencatat-kadar-unjuran-pendapatan-tahunan-sebanyak-usd165-juta-1.jpg
 

upGrad
upGrad

Keywords: Computer/Electronics Education Higher Education Multimedia/Online/Internet Accounting news, issues Earnings Earnings projections or forecasts

Source: PRNEWSWIRE