
MSC Memperkenalkan Bil Muatan Elektronik Baharu kepada Pelanggan di Seluruh Dunia dengan Penggunaan Platform WAVE BL
![]() |
![]() |
– Pelanggan MSC akan menerima bil muatan secara elektronik tanpa sebarang perubahan atau gangguan pada operasi harian perniagaan mereka.
– Penghapusan kertas daripada transaksi perkapalan akan menjadikan setiap aspek perkapalan kontena komersial lebih mudah, lebih pantas, lebih berkesan dan lebih selamat.
– Industri perkapalan dapat menjimatkan hampir USD4 bilion dengan beralih kepada eBL.
– Bil muatan elektronik (eBL) membantu mengurangkan kesan gangguan perdagangan terhadap aliran kargo semasa pandemik COVID-19.
GENEVA, 28 April 2021 /PRNewswire/ — MSC Mediterranean Shipping Company, peneraju global dalam perkapalan dan logistik kontena memperkenalkan bil muatan elektronik (eBL) secara rasmi kepada para pelanggannya di seluruh dunia, berikutan kejayaan fasa rintis yang menggunakan penyelesaian pada platform rantaian blok bebas WAVE BL. eBL ini membolehkan penghantar dan pihak berkepentingan dalam rantaian bekalan utama yang lain menerima dan menghantar dokumen bil muatan secara elektronik tanpa sebarang perubahan atau gangguan terhadap operasi harian perniagaan.
WAVE BL ialah suatu sistem berasaskan rantaian blok yang menggunakan teknologi lejar teragih untuk memastikan semua pihak yang terlibat dalam tempahan penghantaran kargo boleh mengeluar, memindah, mengesah dan menguruskan dokumen melalui rangkaian teragih yang selamat. Pengguna boleh mengeluarkan semua dokumen asal, boleh niaga atau tak boleh niaga dan menukarnya melalui transmisi rakan ke rakan, tersulit dan secara langsung. Pengguna juga boleh mengubah dokumen. Protokol komunikasi WAVE BL diluluskan oleh International Group of Protection & Indemnity Clubs dan memenuhi standard tertinggi industri untuk keselamatan dan kerahsiaan.
“MSC telah memilih WAVE BL kerana ia merupakan satu-satunya penyelesaian yang menyerupai proses tradisional berasaskan kertas yang biasa digunakan oleh industri perkapalan dan pengangkutan kargo,” kata André Simha, Ketua Pegawai Digital & Maklumat Global MSC. “Ia menyediakan alternatif digital kepada semua keupayaan yang boleh dilakukan oleh dokumen cetakan tradisional namun lebih cepat dan lebih selamat.”
Platform WAVE BL boleh digunakan oleh pengeksport, pengimport dan pedagang secara percuma sepanjang tahun 2021 ini. Pengguna hanya membayar untuk mengeluarkan dokumen asal dan mereka tidak perlu melabur dalam mana-mana infrastruktur IT atau membuat perubahan operasi untuk menggunakan perkhidmatan tersebut. Mereka cuma perlu mendaftar melalui laman web MSC: www.msc.com/eBL.
Sokongan berterusan untuk digitalisasi dalam perkapalan
MSC telah lama mengiktiraf kepentingan digitalisasi di seluruh industri perkapalan dan merupakan salah satu pelopor di sebalik transformasi digital industri tersebut. Sebagai pengasas Digital Container Shipping Association (DCSA), MSC telah menyertai beberapa inisiatif yang memfokus dalam mendorong penstandardan, digitalisasi dan saling kendali dalam perkapalan kontena. André Simha juga merupakan Pengerusi DCSA.
Memperkenalkan penyelesaian eBL merupakan suatu langkah penting dalam digitalisasi terhadap keseluruhan industri. “Secara tradisi, industri perkapalan banyak bergantung kepada dokumen kertas fizikal. Antaranya ialah bil muatan (BL) yang merupakan dokumen pengangkutan paling penting dalam perdagangan antarabangsa,” jelas André Simha. “Walaupun terdapat percubaan untuk mencipta penyelesaian eBL pada masa lalu, kami kini berupaya untuk memperkenalkan penyelesaian yang memungkinkan penggunaan eBL secara besar-besaran dan memberi penjimatan yang signifikan kepada industri perkapalan.”
Penjimatan berbilion dolar untuk industri perkapalan
Penyelidikan DCSA menunjukkan bahawa dengan penggunaan eBL hanya sebanyak 50% menjelang tahun 2030, industri ini berpotensi menjimatkan lebih USD4 bilion setahun. Selain daripada penjimatan kos yang signifikan, eBL turut menawarkan pelbagai faedah kepada penghantar seperti menghapuskan faktor ‘Dokumen pengangkutan’ daripada rantaian bekalan. Penghantar boleh memindahkan dokumen elektronik asal dan boleh niaga dengan serta-merta merentasi sempadan. Penyelesaian ini membolehkan pemindahan dokumen yang lebih pantas seterusnya menghasilkan tempoh kitaran pembayaran yang lebih pendek. Proses elektronik juga adalah lebih rentan terhadap pemalsuan, penipuan, kehilangan atau kesilapan manusia.
Seperti penyataan André Simha, “Menghapuskan kertas daripada transaksi perkapalan akan menjadikan setiap aspek perkapalan kontena komersial lebih baik, lebih pantas, lebih berkesan, lebih selamat dan mesra alam sekitar.”
Gadi Rushin, Pengasas Bersama merangkap Ketua Pegawai Eksekutif WAVE BL, “Matlamat kami dari awal lagi adalah untuk mengubah cara dunia menjalankan aktiviti perdagangan melalui digitalisasi dokumen aliran kerja serta memastikan standard undang-undang, keselamatan dan kerahsiaan yang tertinggi. MSC membantu mewujudkan norma perdagangan baharu yang akan mempengaruhi keseluruhan pasaran dan menjimatkan berbilion dolar untuk industri perdagangan.”
Membantu negara-negara yang terjejas teruk oleh COVID-19
Walaupun MSC telah bekerjasama dengan WAVE BL dalam penyelesaian rintis eBL sejak tahun 2019, namun COVID-19 telah mendorong pelaksanaan digitalisasi BL yang lebih hebat. “Pandemik global ini telah menyekat pergerakan manusia dan pengangkutan di banyak tempat,” jelas André Simha. “Kontena yang tidak terkira bilangannya telah tersangkut di pelbagai pelabuhan, terminal, depot dan gudang di seluruh dunia kerana penerima tidak mempunyai dokumen asal BL yang diperlukan untuk mengeluarkan barangan ini di destinasi mereka.”
Kini eBL menangani keperluan semasa yang membolehkan pihak berkepentingan mengatasi sekatan sempadan, gangguan dalam perkhidmatan pos dan gangguan berkaitan pandemik yang lain. Penghantar juga boleh membenarkan para pekerja bekerja secara jarak jauh tanpa menggunakan BL dan dokumen perkapalan yang lain.
Pelaksanaan di seluruh dunia
Setelah menjalankan projek rintis yang berjaya di negara-negara terpilih sejak tahun 2019, MSC kini memperkenalkan penyelesaian digitalnya kepada semua pelanggan di seluruh dunia yang membuka laluan kepada penggunaan eBL secara meluas. MSC juga sedang meneroka platform eBL yang lain untuk disesuaikan dengan permintaan pasaran.
“Kini, kami memperkenalkan penyelesaian eBL kepada pangkalan pelanggan kami yang luas untuk memastikan lebih banyak pelanggan kami mendapat manfaat daripada kelebihan penyelesaian digital BL. Dalam masa beberapa tahun, kami menjangkakan eBL akan menjadi norma baharu.” kata André Simha.
Untuk maklumat lanjut tentang eBL MSC: www.msc.com/eBL
Untuk maklumat lanjut tentang WAVE BL: www.wavebl.com
Tentang MSC: MSC Mediterranean Shipping Company yang beribu pejabat di Geneva, Switzerland, merupakan peneraju global dalam pengangkutan dan logistik, milik persendirian dan ditubuhkan pada tahun 1970 oleh Gianluigi Aponte. Sebagai salah sebuah syarikat perkapalan kontena terkemuka di dunia, MSC mempunyai 524 buah pejabat di 155 buah negara di seluruh dunia dengan para pekerja seramai lebih 100,000 orang. Dengan akses kepada rangkaian bersepadu bagi sumber pengangkutan jalan raya, kereta api dan laut di seluruh pelosok dunia, syarikat tersebut terkenal dengan penyampaian perkhidmatan global dengan pengetahuan tempatan. Syarikat perkapalan MSC berlayar di lebih 215 laluan perdagangan dan berlabuh di lebih 500 buah pelabuhan.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.msc.com
Tentang WAVE BL: WAVE BL ialah platform kurier digital berasaskan rantaian blok yang menyerupai proses tradisional untuk memindahkan dokumen kertas yang asal — secara elektronik. Penyelesaian kami membolehkan pemindahan Bil Muatan dan dokumen digital unik yang lain dengan segera, tersulit dan disahkan. Platform WAVE BL direka untuk memenuhi keperluan setiap anggota di sepanjang rantaian bekalan daripada pengimport terkecil hinggalah kepada syarikat perkapalan terbesar serta bank.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.wavebl.com
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Maritime/Shipbuilding Transportation New products/services Blockchain Financial Technology
Source: PRNEWSWIRE