
MWC 2020: Nubia Red Magic 5G Bakal Diumumkan Di Persidangan MWC 2020 – Sokong Paparan 144Hz?
Bersedia atau tidak? Nubia Red Magic 5G dikatakan bakal muncul di persidangan Mobile World Congress (MWC) pada penghujung bulan ini. Pengesahan ini diperoleh daripada Presiden Ni Fei yang berkongsi pengumuman rasmi di laman Weibo.

Perkongsian tersebut mendedahkan beberapa poster mengesahkan Red Magic 5G akan memaparkan paparan 144Hz – sekaligus menjadikannya peranti permua pertama di dunia untuk didatangkan dengan kadar kesegaran ini.
Seterusnya, satu lagi imej pula mendedahkan rekaan belakang peranti dengan persediaan tiga kamera utama. Khabar angin mendedahkan peranti ini bakal dikuasakan oleh Snapdragon 865 SoC yang dipadukan dengan RAM sehingga 16GB LPDDR5.

Ia juga bakal membawakan kamera utama dengan lensa 64MP Sony IMX686 dan teknologi khas bagi mengelakkan peranti terlalu panas ketika mengecas. Apa agaknya kejutan untuk kali ini? Sama – sama kita tunggu dan kekal bersam eRing untuk lebih info terkini!

