Anda Kini Boleh Menyemak Temu Janji Vaksin Covid 19 Anda Menerusi Laman Sesawang!!!

Ada satu update mengenai semakan suntikan Covid 19 yang mana anda kini boleh menyemak temu janji suntikan anda di laman sesawang VaksinCovid.gov.my.

Menerusi laman sesawang ini, anda hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan dan nombor telefon yang anda sudah daftarkan.

Menariknya, menerusi laman sesawang ini, anda boleh menyemak lokasi pemberian vaksin, fasiliti kesihatan dan masa temujanji.

Jadi, jangan lupa untuk mendaftar dan menyemak status suntikan pertama COVID 19 anda!!

You might also like