
Platform Kecairan Kripto, Black Ocean Membuka Senarai Putih Pelanggan
ZUG, Switzerland, 23 Mac 2021 /PRNewswire/ — Projek Black Ocean telah membuka senarai putih bakal pelanggannya dan calon yang disahkan akan dimaklumkan secara peribadi tentang cara ia akan dijalankan. Sebagai peringatan, pelancaran rasmi bursa Black Ocean dirancang pada Suku Kedua tahun 2021.
Pelanggan pertama akan dapat menjalankan semua sistem dan mencuba kelebihan bursa Black Ocean. Projek ini menyediakan kedua-dua perkhidmatan ‘liquidity pool’ serta ‘dark pool’ kepada para pelanggan institusi berserta pembuat pasaran supaya semua keperluan pengguna akan dipenuhi.
Black Ocean juga mempunyai program insentif untuk pelanggan yang disenarai putih:
- Tiga Terbaik: ganjaran token $50-30-15k dan keadaan perdagangan yang lebih baik;
- Sepuluh Terbaik: keadaan perdagangan yang amat baik;
- Lima Puluh Terbaik: keadaan perdagangan yang lebih baik.
Black Ocean direka bentuk untuk menyediakan kecairan dan pelaksanaan bursa dan tanpa bursa (OTC). Oleh itu pelanggan boleh dihubungkan dengan ‘liquidity pool’ Black Ocean dan menghalakan aliran pesanannya (daripada pelanggannya) ke lokasi dagangan syarikat. Pembuat pasaran Black Ocean akan melaksanakan pesanan ini dan Black Ocean membayar aliran pesanan ini kepada pelanggan.
Bahagian kedua Black Ocean ialah ‘dark pool’. Projek ini boleh memenuhi permintaan pelanggan untuk berdagang melebihi $300k bagi setiap urus niaga pada model permintaan sebut harga (RFQ). Black Ocean mempunyai beberapa kelebihan berbanding dengan bursa biasa dan OTC:
- Tiada risiko rakan niaga – perdagangan akan dilaksanakan di bawah model bursa dan aset pelanggan disimpan dalam penjagaan berlesen (Black Ocean menggunakan Cactus Custody oleh Matrixport);
- Tiada turun naik pasaran – jika anda membuat pesanan bernilai $300k ke dalam bursa, anda akan menyebabkan pergerakan harga dan mungkin mengalami kerugian.
Projek Black Ocean bermatlamat untuk membina hubungan yang erat dengan para pelanggannya supaya semua pengguna boleh mendapatkan maklumat terperinci serta berita terkini melalui saluran rasmi. Sila layari laman web rasmi bo.market dan langgani media sosial Black Ocean untuk kekal berhubung.
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics New products/services Blockchain
Source: PRNEWSWIRE