
Pengerusi BioNTech, Helmut Jeggle menyertai Ahli Lembaga Pengarah IQM Quantum Computers
![]() |
MUNICH, 25 Mac 2021 /PRNewswire/ — IQM Quantum Computers (IQM) hari ini mengumumkan bahawa Helmut Jeggle telah menyertai syarikatnya sebagai Ahli Lembaga Pengarah. Beliau menyertai syarikat tersebut ketika di dalam fasa transformasi. Setelah berjaya menyelesaikan pusingan pembiayaan Siri A dan menjual komputer kuantum pertamanya, IQM kini bersedia untuk menerajui ekosistem Eropah dan global dengan memberi tumpuan kepada Jerman.
“Saya sangat teruja kerana Helmut menerima jemputan kami untuk menyertai barisan Ahli Lembaga Pengarah IQM. Beliau mempunyai rekod prestasi yang mantap dalam membangunkan perniagaan teknologi dan membawa bersamanya pengalaman selama beberapa dekad dalam penubuhan syarikat teknologi global yang besar. Beliau terlibat secara dekat dalam perniagaan Hexal dan telah menyokong BioNTech dalam perjalanannya meniti kejayaan sebagai sebuah syarikat global selama lebih daripada satu dekad. Kami tidak sabar menantikan sumbangan beliau dalam memaksimumkan potensi IQM dan menjadi peneraju global untuk komputer kuantum,” kata Jan Goetz, Ketua Pegawai Eksekutif IQM.
Helmut Jeggle menyertai IQM ketika syarikat tersebut berada pada kedudukan kritikal dalam fasa pembangunannya berikutan pelaburan beliau dalam syarikat yang merupakan sebahagian daripada pusingan pembiayaan Siri A pada tahun 2020 melalui medium pelaburannya, Salvia GmbH. Dengan pusingan pembiayaan baru-baru ini, IQM berada pada kedudukan utama yang akan membangunkan komputer kuantum di Jerman dan mencipta nilai melalui pendekatan reka bentuk baharu yang dilakukan bersama-sama.
“Jumlah data yang perlu diproses merupakan salah satu faktor yang membataskan kebanyakan industri. Komputer kuantum dan teknologi alternatif menyediakan peluang untuk memanfaatkan data raya dengan lebih pantas dan cekap. Satu aplikasi yang menarik juga berpotensi untuk mempercepat dan memperkemas proses pembangunan ubat-ubatan. IQM telah pun membangunkan komputer kuantum Finland yang pertama dan merupakan penyepadu sistem yang terkemuka di Eropah. Projek Jerman, Pengkomputeran Kuantum Digital Analog (Digital-Analog Quantum Computing, DAQC) merupakan bukti kerjasama kerajaan Jerman dengan syarikat permulaan, akademia, rakan penyelidikan dan industri, untuk menjadikan Eropah sebagai peneraju pengkomputeran kuantum. Bersama-sama IQM, matlamat kami adalah untuk membangunkan idea teknologi yang terperinci menjadi sebuah perniagaan global yang terkemuka,” kata Helmut Jeggle.
Helmut Jeggle memegang pelbagai jawatan dengan Hexal AG, termasuk Ketua Perancangan & Analisis Perniagaan. Beliau merupakan Pengurus Besar ATHOS Service GmbH, pejabat keluarga Strüngmann bersaudara dan juga ahli kepada beberapa buah lembaga penyeliaan.
Helmut menyertai Ahli Lembaga Pengarah IQM yang dipengerusikan oleh Dr. Axel Thierauf. Ahli Lembaga Pengarah lain termasuk Dr. Mikko Välimäki, Herbert Mangesius dan Dr. Kuan Yen Tan.
Tentang IQM Quantum Computers:
IQM merupakan peneraju komputer kuantum superkonduktor di Eropah yang beribu pejabat di Espoo, Finland. Sejak penubuhannya pada tahun 2018, IQM telah berkembang dengan memiliki lebih 90 orang pekerja dan menubuhkan anak syarikat di Munich, Jerman, untuk menerajui pendekatan reka bentuk yang dilakukan bersama-sama. IQM menyampaikan komputer kuantum di premis kepada makmal penyelidikan dan pusat superkomputer serta menyediakan akses yang lengkap kepada perkakasannya. Bagi pelanggan perindustrian, IQM memberikan kelebihan kuantum melalui pendekatan reka bentuk bersama untuk aplikasi khusus yang unik. IQM telah mengumpul dana sebanyak €71 juta melalui pembiayaan swasta dan awam malah baru-baru ini, ia turut dianugerahkan sebanyak €12.4 juta oleh Kementerian Pendidikan dan Penyelidikan Jerman untuk mengkomersialkan pemproses kuantum dengan aplikasi khusus. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.meetiqm.com.
Pejabat berdaftar:
Hubungan Media:
Raghunath Koduvayur, Ketua Pemasaran dan Komunikasi
Raghunath@meetiqm.com
+358504876509
Tentang Salvia:
Salvia ialah sebuah syarikat pelaburan swasta yang telah diasaskan dan diuruskan oleh Helmut Jeggle. Salvia melabur dalam sektor sains hayat, kesihatan digital dan teknologi terperinci, kebanyakannya sebagai pelabur persendirian dalam syarikat permulaan, namun terlibat sebagai pelabur jangka panjang dalam peringkat perniagaan seterusnya.
IQM: Fakta dan Angka
- Pejabat IQM: Espoo, Finland (Ibu Pejabat) dan Munich, Jerman.
- Bilangan pekerja pada masa ini (Mac 2021): Lebih 90 orang pekerja.
- Pembiayaan: Lebih €71 juta daripada pelabur swasta dan entiti awam.
- Tahun Diasaskan: 2018
Pengasas:
- Dr. Jan Goetz, Ketua Pegawai Eksekutif, Pengasas Bersama IQM
- Dr. Kuan Yen Tan, Ketua Pegawai Teknologi, Pengasas Bersama IQM
- Prof. Mikko Möttönen, Ketua Saintis, Pengasas Bersama IQM
- Dr. Juha Vartiainen, Ketua Pegawai Operasi, Pengasas Bersama IQM
Foto – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2021/03/pengerusi-biontech-helmut-jeggle-menyertai-ahli-lembaga-pengarah-iqm-quantum-computers-1.jpg
Foto – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2021/03/pengerusi-biontech-helmut-jeggle-menyertai-ahli-lembaga-pengarah-iqm-quantum-computers-2.jpg
Logo – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2021/03/pengerusi-biontech-helmut-jeggle-menyertai-ahli-lembaga-pengarah-iqm-quantum-computers.jpg
Source: PRNEWSWIRE