Penyiar Strim Langsung Berkumpul untuk Meraikan Kehebatan dan Kreativiti di Gala Anugerah BIGO 2021

160

SINGAPURA, 15 Januari 2021 /PRNewswire/ — BIGO Technology (BIGO), syarikat yang bertanggungjawab untuk platform komunikasi baharu yang popular seperti Bigo Live (penstriman langsung) dan Likee (video format pendek), akan menganjurkan Gala Anugerah BIGO tahunan keduanya pada jam 8 malam (GTM+8) pada 21 Januari untuk meraikan  komuniti penyiarannya di sepanjang tahun lalu. Acara ini akan berlangsung melalui saluran Music Livehouse milik Bigo Live (ID Bigo: music), dengan puluhan penyiar yang diiktiraf dan dianugerahkan. Tema tahun ini adalah “Menghubungkan Dunia”. Oleh itu,  BIGO merancang acara tersebut khusus untuk memperingati penstrim terkemuka dari seluruh dunia untuk berkongsi sejauh mana perjalanan yang telah mereka lalui di sepanjang tahun yang mencabar ini.

Gala Anugerah 2021 BIGO Penyiar Global Terkemuka-Amy, @amy_tokyo
Gala Anugerah 2021 BIGO Penyiar Global Terkemuka-Amy, @amy_tokyo

Bertepatan dengan acara tahun ini yang berlangsung secara maya keseluruhannya, BIGO merancang untuk memulakan dengan ucapan pembukaan daripada maskot maya milik Bigo Live sendiri yang tidak asing lagi, DINO untuk memulakan pesta. Lebih daripada 72 keluarga, yang dibentuk oleh beberapa kumpulan pengguna dalam aplikasi Bigo Live, dan 78 penyiar akan diberi penghargaan pada Gala tahunan ini berketepatan dengan objektif BIGO merancang untuk menonjolkan kejayaan setiap orang di sepanjang tahun ini. Empat kategori pemenang anugerah ialah “Penyiar Serantau Terbaik,” “Keluarga Serantau Terbaik,” “Penyiar Global Terbaik” dan “Keluarga Global Terbaik;” menandakan yang terbaik daripada yang terbaik di peringkat rantau dan seluruh dunia. Penyiar yang terpilih pada tahun ini datang dari 150 negara dan rantau yang berlainan di seluruh dunia.

“COVID-19 telah memaksa kita untuk menjauhkan diri secara fizikal daripada orang yang paling kita sayangi dan sebilangan besar acara telah berpindah kepada persekitaran maya, yang telah menyebabkan penstriman langsung muncul sebagai saluran terbaik untuk menghubungkan orang ramai dari seluruh dunia untuk berkongsi pengalaman terkini,” kata jurucakap dari BIGO Technology. “Meskipun pandemik melanda, pengguna Bigo Live telah membuktikan bahawa anda tidak perlu bersama secara fizikal untuk menjalin hubungan yang bermakna. Kami sangat bangga dengan cara pengguna yang telah saling menyokong di sepanjang tahun yang mencabar ini dan teruja untuk meraikan impak yang telah mereka lakukan dalam menghubungkan dunia melalui penstriman langsung. Oleh kerana acara tahun ini ialah maya secara keseluruhannya, kami menjangkakan penonton yang lebih ramai berbanding tahun lalu.”

Acara ini juga akan menampilkan pelbagai persembahan yang disediakan oleh penyiar sendiri, termasuk tarian api, set DJ, tarian K-pop dan lagu-lagu Urdu. Dengan lebih daripada 400 juta pengguna global secara keseluruhannya, persembahan ini bertujuan untuk menonjolkan penonton yang pelbagai dan global yang menggunakan Bigo Live setiap hari. Gala tahun ini juga akan merangkumi cara baharu yang menarik untuk disertai oleh penonton dalam acara secara maya. Dengan mengundi penyiar, keluarga dan persembahan kegemaran mereka, ahli penonton akan mendapat tiket yang boleh digunakan dalam cabutan bertuah sebagai ganjaran. Beberapa hadiah tahun ini termasuk bantal Dino serta hadiah maya seperti loket, kesan masuk, lencana dan pingat, yang direka khusus untuk Gala ini.

Salah seorang daripada pemenang yang terkenal dari acara tahun ini adalah Ami Ohta, atau dikenali sebagai Amy dari Tokyo iaitu penyiar dari Jepun yang dinamakan Penyiar Global Terbaik nombor satu di Bigo Live. Di samping berinteraksi dengan penonton, beliau setiap hari mendapat pengikut daripada penstriman langsung semasa pengembaraan beliau sebelum melandanya pandemik ini. Bagi Amy, bahagian penstriman langsung yang paling menarik di Bigo Live ialah ciri PK, yang membolehkan pengguna bertanding sesama sendiri dalam pelbagai permainan. Beliau sering menghadiri acara antarabangsa PK dan bahkan beliau memenangi Piala Dunia PK tahun ini.

“Saya tidak dapat menyatakan betapa terhormatnya saya dianugerahkan sebagai penyiar global terbaik di Gala BIGO tahun ini,” kata Ami Ohta. “Dengan begitu banyak hal yang berlaku di dunia pada saat ini, Bigo Live telah memberikan kerja yang luar biasa untuk mengekalkan pengguna mereka terhubung dan saya gembira diiktiraf atas peranan yang saya mainkan dalam hal ini.”

Papan Iklan Anugerah Gala 2021 BIGO di Times Square, New York
Papan Iklan Anugerah Gala 2021 BIGO di Times Square, New York

Seorang lagi pemenang terkenal dari Gala tahun ini ialah Megan Nguyen, Penyiar AS terbaik Bigo Live, atau dikenali dengan nama strimnya MeganQQ. Dengan sekitar dua juta peminat di Bigo Live, MeganQQ memperoleh popularitinya melalui acara-acara besar di platform ini dan dalam acara ” Box PK”. Beliau juga boleh bertutur dalam dua bahasa, jadi beliau dapat berkomunikasi dan berhubung dengan kumpulan penonton global BIGO yang luas. “Salah satu cabaran terbesar saya tahun ini adalah berusaha menjadi penyiar terbaik di AS, memandangkan terdapat ramai penyiar berbakat dan mantap di A.S.” kata Nguyen. “Saya sangat bangga bahawa saya kini merupakan penyiar terbaik AS dan keluarga Bigo Live saya masih berkembang dengan kuat.”

Setiap pemenang akan menerima pingat dan kotak hadiah untuk pencapaian mereka, serta ganjaran dalam aplikasi. Mereka juga akan dipaparkan di pelbagai papan iklan, yang terletak di mercu tanda di 23 negara di seluruh dunia. Oleh kerana penstriman langsung menjadi bentuk maklumat hiburan terkemuka, penyiar terbaik di Bigo Live menjadi selebriti dengan cara mereka sendiri iaitu dengan peminat meraikan kejayaan mereka di seluruh dunia.

Untuk menonton Gala tahunan yang akan datang di BIGO, anda boleh menonton secara langsung melalui aplikasi Bigo Live yang boleh dimuat turun di: https://bigolive.onelink.me/sG8X/2021GALAPRGLOBAL.

Latar Belakang BIGO Technology

BIGO Technology (BIGO) ialah salah satu syarikat teknologi Singapura yang berkembang pesat dengan lebih daripada 30 pejabat dan 6 pusat R&D di seluruh dunia. Dikuasakan oleh teknologi Kecerdasan Buatan, produk dan perkhidmatan berasaskan video BIGO telah mendapat populariti yang sangat besar, dengan hampir 400 juta pengguna aktif bulanan di lebih daripada 150 negara. Ini termasuk Bigo Live (penstriman langsung) dan Likee (video bentuk pendek).

Lawati www.bigo.sg untuk maklumat lebih lanjut mengenai jenama dan produk BIGO.

Latar Belakang Bigo Live

Bigo Live ialah salah satu komuniti sosial strim secara langsung yang paling pesat berkembang di dunia di mana pengguna dapat membuat siaran dalam waktu sebenar untuk berkongsi detik kehidupan, menunjukkan bakat mereka dan berinteraksi dengan orang dari seluruh pelusuk dunia. Bigo Live mempunyai sekitar 400 juta pengguna daripada lebih 150 negara dan kini menjadi peneraju pasaran dalam industri strim langsung. Dilancarkan pada bulan Mac 2016, Bigo Live dimiliki oleh BIGO Technology yang berpangkalan di Singapura.

Keywords: Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet Awards Future Events

Source: PRNEWSWIRE