Pensijilan Tahap 3 CMMI Sistem Kawalan Gerakan Pakar Simulator VR INNOSIMULATION

103
- Iklan -

KUALA LUMPUR, Malaysia, 21 Januari 2021 /PRNewswire/ — INNOSIMULATION, sebuah syarikat Korea yang mengkhusus dalam simulator realiti terimbuh maya, baru-baru ini memperoleh ‘Pensijilan Tahap 3’ bagi Integrasi Model Kematangan Keupayaan (CMMI) dalam perniagaan penyelidikan dan pembangunan. CMMI ialah model penilaian keupayaan perisian dan projek antarabangsa yang dibangunkan oleh University of Carnegie Mellon di Amerika Syarikat, yang bererti pensijilan Tahap 3 CMMI telah diperakui di peringkat antarabangsa untuk keupayaan pembangunan perisian dan keupayaan kawalan kualiti projek dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D).

INNOSIMULATION
INNOSIMULATION

Baru-baru ini, banyak peranti VR telah diedarkan, namun semakin anda masih asyik dalam kandungan VR, semakin pening dibuatnya ekoran percanggahan kognitif yang dialami oleh tubuh badan anda. Walau bagaimanapun, sistem kawalan gerakan INNOSIMULATION dapat mengawal pergerakan dengan tepat agar penumpang dapat merasakan pergerakan lurus atau berputar berdasarkan model matematik dan ia melegakan rasa pening melalui keharmonian seluruh sistem seperti video dan gerakan bunyi.

INNOSIMULATION ialah sebuah projek penyelidikan dan pembangunan negara di Korea dan ia mempunyai sejarah dalam menyediakan produk dan teknologi kepada Pusat Eksperimen Simulator Jalan Raya (Road Simulator Experiment Center) yang kini dikendalikan oleh Kementerian Tanah, Infrastruktur dan Pengangkutan. Simulator pemanduan jalan raya merupakan kemudahan percubaan menggunakan teknologi VR yang membolehkan simulasi pelbagai persekitaran lalu lintas dibuat seperti kemalangan lalu lintas, yang sukar dilaksanakan di jalan raya sebenar.

Tambahan pula, dengan mencerminkan teknologi kawalan gerakan, tingkah laku kenderaan seperti pertukaran lorong secara tiba-tiba dan pusingan pantas, pecutan empar, dapat dihasilkan semula sebanyak lebih 90% bagi merealisasikan keadaan pemandungan secara maya dari perspektif pemandu. Ini membolehkan penentusahan tingkah laku pemanduan bagi pemandu dibuat mengikut keadaan jalan raya melalui realiti maya dan bukannya di jalan raya sebenar, dapat membantu menyelesaikan masalah harian yang melibatkan hidup dan mati dengan kos yang lebih selamat dan lebih berpatutan.

INNOSIMULATION yang telah menerima pensijilan tahap 3 CMMI telah menembusi Malaysia sebagai teknologi utama, sistem kawalan gerakan. Sebagai respons, pegawai INNOSIMULATION berkata, “Kami menembusi Malaysia sebagai satu-satunya syarikat yang diperakui dengan tahap 3 dalam bidang penyelidikan dan pembangunan sistem simulasi VR dan kami bertanggungjawab terhadap industri VR di Malaysia.”

Maklumat terperinci mengenai INNOSIMULATION boleh ditemui di pautan di bawah.

Laman utama: www.innosim.com
YouTube: https://www.youtube.com/user/INNOSIM 
SNS Rasmi https://www.facebook.com/search/top?q=innosimulation

Source: PRNEWSWIRE