
Cotecna memperoleh Fitosoil Laboratorios SL
![]() |
GENEVA, 8 Januari 2021 /PRNewswire/ — Cotecna dengan sukacitanya mengumumkan pengambilalihan Fitosoil Laboratorios SL, sebuah makmal Sepanyol yang terkemuka dalam pasaran pertanian dan keselamatan makanan. Fitosoil ditubuhkan dan diuruskan oleh Don Antonio Abellán serta mempunyai 70 orang juruteknik berkelayakan tinggi di makmalnya yang berpusat di Murcia.
Fitosoil menyediakan pelanggannya dengan pelbagai perkhidmatan serba lengkap daripada agronomi kepada ujian kimia ke atas pelbagai jenis produk, dengan memberi fokus terhadap buah-buahan dan sayur-sayuran serta baja. Fitosoil mempunyai kedudukan yang terkemuka dalam sektor pembajaan dan mereka telah membangunkan teknik analitikal canggih di peringkat antarabangsa dan menjadi salah satu skop akreditasi terbesar di Eropah.
Pengambilalihan Fitosoil, yang menyusul selepas pengambilalihan NOFA di Belanda dan NEOTRON di Itali, membolehkan Cotecna memperluas rangkaian makmal dan kepakarannya di Eropah dalam sektor keselamatan makanan. Cotecna mempunyai lebih 5,000 orang pekerja dan lebih 100 buah rangkaian pejabat dan makmal di seluruh dunia, menjadikannya sebagai penyedia utama untuk perkhidmatan Ujian, Pemeriksaan dan Pensijilan (Testing, Inspection and Certification, TIC) dalam pertanian dan rantaian bekalan makanan.
“Pengambilalihan ini adalah sebahagian daripada strategi kami untuk memperluas penampilan kami dalam pasaran ujian makanan dan meningkatkan portfolio perkhidmatan kami dalam segmen agromakanan yang lebih luas. Reputasi dan kemahiran analitikal Fitosoil yang unik dalam sektor pembajaan, agronomi serta buah-buahan dan sayur-sayuran mengukuhkan lagi penawaran dan keupayaan Cotecna untuk menyokong arus perubahan ke arah pertanian yang lebih organik dan lestari. Fitosoil turut mengukuhkan kedudukan kami di Sepanyol yang merupakan kawasan pertumbuhan utama Kumpulan ini,” kata Sébastien Dannaud, Ketua Pegawai Eksekutif Cotecna.
Don Antonio Abellán, Pengarah Urusan Fitosoil Laboratorios SL dan pasukannya akan terus menerajui Fitosoil dalam perjalanan baharunya bersama kumpulan Cotecna. “Saya gembira dapat menyertai kumpulan Cotecna. Saya melihat bahawa Cotecna mempunyai semangat dan prinsip-prinsip asas yang sama yang telah membentuk pembangunan Fitosoil: keusahawanan, pendekatan perniagaan keluarga, penguasaan teknikal. Rangkaian antarabangsa Cotecna sudah pasti akan menyediakan peluang pertumbuhan untuk Fitosoil dan pemelengkap dengan pemeriksaan, pensijilan dan aktiviti ujian semasa adalah sangat kukuh”.
Hubungan Akhbar Contecna
Komunikasi Korporat
+41 22 849 78 21
communication@cotecna.com
Guido DORI
Ketua Pegawai Pembangunan
Cotecna Inspection SA
M +41 79 123 50 69
Direct Line: +41 22 849 69 33
Julie ENGELEN
Pengarah Komunikasi Korporat
T. +41 22 849 78 21
M +41 79 123 44 24
www.cotecna.com
Tentang Cotecna
Cotecna merupakan penyedia utama perkhidmatan ujian, pemeriksaan dan pensijilan. Kami menawarkan penyelesaian untuk memudahkan perdagangan dan menjadikan rantaian bekalan lebih selamat dan lebih cekap untuk pelanggan kami. Rangkaian profesional kami yang dipercayai dan makmal yang diiktiraf menyediakan kepakaran di seluruh lima sektor utama: penyelesaian kerajaan & perdagangan, pertanian, keselamatan makanan, mineral & logam serta barangan pengguna & runcit. Ditubuhkan di Switzerland pada tahun 1974, Cotecna bermula sebagai sebuah perniagaan keluarga dan kini telah berkembang menjadi sebuah syarikat antarabangsa yang bertaraf dunia dengan lebih 5,000 orang pekerja di lebih 100 buah pejabat di sekitar 50 buah negara.
Logo – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2021/01/cotecna-memperoleh-fitosoil-laboratorios-sl.jpg
Keywords: Agriculture Chemical Computer/Electronics Food/Beverages Transportation Acquisitions, mergers, takeovers Corporate Expansion New products/services STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)
Source: PRNEWSWIRE