
Indosat Ooredoo menjalin kerjasama dengan Comviva, peneraju dalam penyelesaian mobilti untuk mempercepat pertumbuhan
![]() |
Comviva akan menyampaikan platform analisis masa nyata generasi seterusnya.
JAKARTA, Indonesia, 8 Disember 2020 /PRNewswire/ — Comviva, peneraju global dalam penyelesaian mobiliti dan Indosat Ooredoo, operator mudah alih terkemuka di Indonesia, mengumumkan sebuah perkongsian strategik hari ini.
Perkongsian ini akan membantu memperkukuh keupayaan pemasaran mengutamakan pelanggan Indosat melalui penyelesaian automasi pemasaran dan analisis lanjutan berasaskan AI Comviva. PlatformMobiLytix™ Real Time Marketing akan memberikan inisiatif pemasaran saluran-omni yang terkini, mengikut konteks untuk meningkatkan nilai sepanjang hayat pelanggan dalam pasaran yang penuh dengan persaingan hari ini.
MobiLytix™ Real Time Marketing ialah platform automasi pemasaran digital masa nyata yang berkuasa dengan skala membuat keputusan yang sangat besar, pemprosesan hal-hal rumit berasaskan kecerdasan buatan (AI) dan keupayaan interaksi pelbagai saluran untuk membantu operator telekomunikasi mengubah inisiatif Pengurusan Nilai Pelanggan mereka.
Yang pertama seumpamanya, Indosat juga menggerakkan penyelesaian Loyalty and Rewards MobiLytix™ Comviva yang merupakan suatu sistem Pengurusan Nilai & Kesetiaan Pelanggan bersepadu untuk mendorong program kesetiaan pelanggan secara aktif. Platform Realtime Marketing & Loyalty and Rewards yang digabungkan ini merupakan penyelesaian terbaik dalam industri untuk meningkatkan penyertaan pelanggan dan memacu transformasi digital.
Vikram Sinha, Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif, Indosat Ooredoo berkata, “Kami gembira dapat bekerjasama dengan Comviva dalam menyampaikan kempen pemasaran dan program kesetiaan kontekstual kepada 60 juta pelanggan kami. Selain meningkatkan penyertaan pelanggan, penyelesaian ini juga mempunyai potensi yang hebat untuk meningkatkan pendapatan melalui pengewangan data, yang berkemungkinan mampu mempercepatkan peningkatan tawaran perkhidmatan digital kami. Ini akan mendukung hasrat kami untuk menjadi peneraju digital di rantau ini.”
Ritesh Singh, Ketua Pegawai Pemasaran, Indosat Ooredoo berkata “Perkongsian kami dengan Comviva telah membolehkan kami memperkasakan pelanggan dalam perjalanan digital mereka serta meningkatkan kepuasan dan pengekalan mereka melalui interaksi dan tawaran pelanggan yang diperibadikan. Ia bukan sahaja memberikan pengalaman yang lebih baik kepada pelanggan kami, malahan membantu menjana peningkatan pendapatan yang signifikan kepada Indosat.”
Manoranjan (Mao) Mohapatra, Ketua Pegawai Eksekutif, Comviva berkata, “Comviva telah mereka cipta platform analisis generasi seterusnya MobiLytix™ dengan mengambil kira cabaran yang dihadapi oleh rakan kongsi operator telekomunikasi. Kami gembira dapat bekerjasama dengan Indosat Ooredoo dalam menyokong perjalanan transformasi digital mereka dan memberikan pengalaman yang hebat kepada pelanggan mereka.”
MobiLytix™ Real Time Marketing Comviva ialah sebuah platform pengurusan interaksi masa nyata generasi seterusnya yang memanfaatkan algoritma kecerdasan buatan (AI) canggih dan Pembelajaran Mesin untuk memacu peningkatan pendapatan untuk perniagaan. Platform ini menggunakan data urus niaga masa nyata bersama-sama gabungan profil pelanggan yang sangat banyak untuk memaksimumkan nilai pelanggan secara individu serta interaksi minimum mereka dengan penyedia perkhidmatan.
MobiLytix Ô Loyalty and Rewards ialah penyelesaian pengurusan kesetiaan yang komprehensif yang menyokong kitaran hayat program kesetiaan sepenuhnya dan memberi ganjaran kepada ekosistem rakan kongsi.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Sundeep Mehta
Perhubungan Awam & Komunikasi Korporat
Comviva Technologies Ltd.
E-mel: pr@comviva.com
Logo: https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/12/indosat-ooredoo-menjalin-kerjasama-dengan-comviva-peneraju-dalam-penyelesaian-mobilti-untuk-mempercepat-pertumbuhan.jpg
Logo: https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/12/indosat-ooredoo-menjalin-kerjasama-dengan-comviva-peneraju-dalam-penyelesaian-mobilti-untuk-mempercepat-pertumbuhan-1.jpg

Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Electronic Design Automation Entertainment Internet Technology Mobile Entertainment Telecommunications Contracts Data Analytics
Source: PRNEWSWIRE


