- Iklan -

Ritesh Pai menyertai TerraPay sebagai Naib Presiden Kanan Penyelesaian Produk- Pembayaran

THE HAGUE, Belanda, 2 November 2020 /PRNewswire/ — Dalam langkah strategik untuk memperkukuhkan perniagaan Penyelesaian Pembayaran, TerraPay, sebuah syarikat infrastruktur pembayaran global hari ini mengumumkan pelantikan Ritesh Pai sebagai Naib Presiden Kanan Penyelesaian Produk- Pembayaran. TerraPay merupakan peneraju dalam menyediakan pembayaran masa nyata rentas sempadan yang lancar dan selamat melalui kebolehsalingan kendali digital di pelbagai instrumen kewangan seperti dompet mudah alih dan akaun bank.

Dengan berkembangnya ekosistem pembayaran digital, peluang diperoleh daripada peningkatan dana rentas sempadan untuk mempercepatkan transaksi pembayaran dalam membolehkan hubungan yang lebih terperinci dengan pengguna dan meningkatkan pertumbuhan serta perkembangan sektor ini. Berdasarkan laporan penyelidikan oleh MarketsandMarkets, jumlah pasaran pembayaran digital global diunjurkan meningkat daripada USD79.3 bilion pada tahun 2020 kepada USD154.1 bilion pada tahun 2025, pada Kadar Pertumbuhan Tahunan Berganda (CAGR) sebanyak 14.2%. Rantau seperti Timur Tengah, Afrika, Jepun dan Korea Selatan menunjukkan potensi yang sangat memberangsangkan. Apa yang mengagumkan ialah seramai 36%* pembeli dalam talian global lebih gemar memilih untuk membayar dengan e-dompet berbanding dengan kaedah pembayaran tradisional, mencerminkan peralihan yang kuat kepada ekonomi tanpa tunai.

*   Laporan Pembayaran Global Worldpay

Kecenderungan tingkah laku pengguna yang semakin meningkat ini harus terus dipacu, seperti yang disaksikan oleh inisiatif di seluruh dunia untuk mempromosikan pembayaran digital, peningkatan pesat dalam penggunaan telefon pintar dan penembusan Internet. Namun, masih banyak kawasan yang mempunyai peratusan penduduk yang besar, yang tiada akses kepada perkhidmatan kewangan arus perdana. Hasrat TerraPay adalah untuk memastikan bahawa Penyelesaian Pembayaran boleh dicapai oleh semua peringkat di semua kawasan geografi. 

Setelah bergabung dengan TerraPay, Ritesh akan memimpin bahagian Penyelesaian Pembayaran, dalam menguruskan kerjasama strategik dan projek-projek khas. Beliau akan memainkan peranan penting dalam membayangkan dan mengembangkan infrastruktur pemprosesan bukti pembayaran Syarikat pada masa akan datang dalam menghubungkan rakan kongsi global dalam hubungan TerraPay dengan pelbagai pihak, dengan harga yang berpatutan. 

Ritesh mempunyai pengalaman kerjaya yang cemerlang selama lebih daripada dua dekad dalam domain sistem Peruncitan, Perbankan Digital dan Pembayaran. Beliau menyertai TerraPay dengan peranan terakhirnya sebagai Presiden Kanan Kumpulan & Ketua Pegawai Digital di Yes Bank, tempat beliau berjaya menerajui aspek strategi digital bank.

Sebelum Yes Bank, Ritesh telah berkhidmat dengan beberapa bank swasta terkemuka, memacu portfolio saluran digital mereka, seperti HDFC Bank, Kotak Mahindra dan RBL Bank selain jenama terkenal seperti Ratnakar Bank, REV Asia Pasific dan Fidelity National Information Systems .

Mengalu-alukan kedatangan Ritesh ke TerraPay, Ambar Sur, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, berkata, “Pengetahuan dan pengalaman Ritesh yang pelbagai dalam domain pembayaran digital serta pendekatan yang berorientasikan hasil, menjadikan beliau sangat penting dalam Penyelesaian kami. Saya yakin bahawa kepimpinannya yang inovatif dan strategik akan membawa TerraPay ke arah merekodkan gelombang baharu dalam penyelesaian pembayaran digital di seluruh pasaran global, yang memungkinkan transformasi penerimaan tanpa tunai di peringkat antarabangsa. Saya doakan yang terbaik untuk beliau.”

Ritesh Pai semasa pelantikannya mengatakan, “Evolusi industri pembayaran terus didorong oleh perubahan teknologi dan tingkah laku pelanggan. Visi kami adalah untuk memperkasakan semua rantau – baik di kawasan maju dan kawasan yang kurang kemudahan, dengan penyelesaian kewangan yang memungkinkan mereka untuk Menghantar, Berbelanja, Mengurus dan Berkembang, dengan menawarkan cadangan yang berorientasi keputusan.  Saya tidak sabar untuk menjalankan peranan di TerraPay dalam memacu inisiatif ini.”

Tentang TerraPay 

TerraPay ialah penyedia infrastruktur dan penyelesaian pembayaran digital berlesen, yang merintis jalan dalam pembayaran global. Asas syarikat yang kukuh dan teknologi platform inovatif yang berfungsi sebagai medium berbilang operasi digital, membolehkan pelanggan dan perniagaan di seluruh dunia untuk menghantar dan menerima pembayaran secara selamat, telus, cekap dan dalam masa nyata. Jaringan yang cekap menyokong instrumen pembayaran dan jenis pembayaran yang pelbagai, sambil mematuhi peraturan dan standard pematuhan yang kompleks di pasaran yang berlainan.

Logo – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/11/ritesh-pai-menyertai-terrapay-sebagai-naib-presiden-kanan-penyelesaian-produk-pembayaran.jpg

Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Mobile Entertainment Telecommunications Personnel announcements Financial Technology

Source: PRNEWSWIRE

You might also like