
Samsung Galaxy S20 FE baru sahaja menjengah pasaran dan pasti ramai tertanya-tanya adakah peranti ini sebaik apa yang digembar – gemburkan atau hanya sekadar gimik dan tiada sebarang peningkatan. Jom kita usha!!!

Rupa Paras Not Bad!

Benda pertama kita kena lihat adalah reka bentu peranti ini. juka dilihat rekaannya sangat kemas dan premium. Tiada yang magis mengenai rekaannya kecuali ia tampak lebih kemas khususnya pada warna panel belakang. Ia hadir dengan warna seakan mate yang membuatkan ia selesa untuk dipegang dan dipadang.

Kamera yang disusun di dalam kotak segi empat tepat juga memberikan kekemasan aturan pada rekaannya.
Jika dilihat pada skrin hadapan pula, ia hadir dengan skrin berlubang yang berada ditengah-tengah atas skrin seperti pada peranti flagship Samsung yang lain
Jom tengok lagi rekaan keseluruhan peranti ini.
Paparan Memang Terbaik Bakhang!!!

apa yang best mengenai peranti ini adalah paparannya yang memang terbaik. Hadir dengan 6.5″ Full HD+ Infinity-O Display yang mana ia mampu memberikan kepuasan tontonan maksima kepada pengguna.
Dengan bezel yang sangat nipis memberikan paparan yang lebih luas kepada pengguna. Ditambah dengan warna yang terhasil adalah sangat virant membuatkan vidoe yang ditonton lebih hidup dan real!!!

Dengan paparan Super AMOLED Display ia, ia hadir dengan kadar segar semula 120Hz yang sangat Smooth dan jelas!!!!
Jadi, tidak kira sama ada anda ingin bermain game, menonton video, streaming atau melakukan panggilan video, sudah tidak ada masalah paparan tidak cantik kerana pastinya paparan Samsung Galaxy FE ini tidak mengecewakan.
Kamera Level Profesional!!!

Apa yang pasti, Samsung Galaxy S20 FE ini hadir dengan kehebatan kamera yang tidak boleh dipertikai. Hadir dengan 3 kamera pada panel belakang iaitu 12MP ( Wide Angle Camera) + 12MP (Ultra Wide Camera + 8MP (Telephoto Camera ) dan 32MP bagi kamera hadapan.
Tak dapat dinafikan lagi kamera peranti ini hadir dengan kualiti yang sangat menakjubkan. Perincian yang berjaya dirakam sangat baik dan pencahayaan yang terbaik juga membuatkan kualiti imej ini tampak lebih baik.

Menarik juga, ia turut hadir denfgan 30X Space Zoom yang mana ia hadir dengan 3x Optical Zoom dan 30zx Super Resolution Zoom membuatkan anda berjaya merakam imej yang jauh dengan sangat baik dan jelas.

Dengan kombinasi antara piksel yang lebih besar dan kehebatan kamera AI, kamera peranti ini mampu memberikan kualiti yang sangat memukau khsusnya dalam situasi low light.
kamera selfie juga sangat baik apabila gambar yang terhasil tampak lebih natural dan lebih vibrant. Lagi syiok laa nak selfie!! Jom layan hasil gambar peranti ini!!!
Pemproses Berdesup Kencang!!!

Kalau korang nak tau, peranti ini hadir dengan pemproses yang giler berkuasa iaitu Qualcomm Snapdragon 865 5G Mobile Platform!!! Tiada lag ketika korang menggunakan peranti ini sungguhpun korang melakukan multi tasking atau sedang bermain game.

Jadi, kami mengguji kehebatan peranti ini dengan menggunakan Geekbench 5 dan hasil keputusan memperlihatkan prestasinya sangat baik. Tak percaya? Tengok Sendiri!!!
Bateri Memang Perform!!

Bagi yang baru tahu, peranti ini hadir dengan kapasiti yang sangat baik iaitu 4500mAh yang mana ia mampu bertahan dengan sangat lama. Lebih menarik ia juga mampu mengecas dengan pantas.


Jadi kami melakukan ujian pengecasan keatas peranti ini. Kami mula mengecas ketika bateri berada pada 14% pada jam 11.52 pagi. Ia mencapai 100% pada jam 1.22 petang. mengambil masa hanya selama 1 jam 30 minit.
Apa Kata Editor

Secara keseluruhan, peranti ini tampil dengan keupayaan yang sangat memukau khususnya pada aspek kamera. Bagi mereka yang ingin membeli peranti flagship yang sangat WOW prestasinya, ini mungkin jawapan buat anda!!!!