- Iklan -

Cyclica menggunakan Pangkalan Data Excelra GOSTAR untuk membangunkan Pengetahuan Algoritma Terperinci berasaskan AI & ML untuk Pengenalpastian Sasaran Ubat

HYDERABAD, India dan TORONTO, 21 Oktober 2020 /PRNewswire/ — Excelra, organisasi terkemuka Data & Analitik global, hari ini mengumumkan bahawa ia telah melesenkan Pengkalan Data Hubungan Struktur Aktiviti Global Dalam Talian (GOSTAR) kepada Cyclica Inc., sebuah syarikat bioteknologi terkemuka yang mempunyai platform AI-terimbuh bersepadu yang membolehkan penggunaan polifarmakologi pelbagai tujuan dalam reka bentuk molekul ubat.

GOSTAR merupakan pengkalan data hubungan struktur aktiviti secara dalam talian terbesar yang mengandungi lebih 5.5 juta molekul halus dengan ciri-ciri kimia, biologi dan farmakologi yang berkaitan. Pangkalan data tersebut diuruskan oleh pasukan saintifik kami yang memetik dan memperkaya set data daripada cerakin fungsian, melalui kajian secara dalaman dan luaran. Satu lingkungan aktiviti molekul halus yang merangkumi SAR, fizikokimia, metabolik, ADME dan profil toksikologikal diambil dan disusun dalam pangkalan data hubungan. Akhirnya GOSTAR melengkapkan para penyelidik dengan kefahaman yang mendalam untuk menerbitkan idea baharu dalam rekaan ubat pada peringkat permulaan serta pengoptimuman penciptaannya.

Dr. Raveendra Dayam, Pengarah Khidmat Kimia, Excelra berkata: “GOSTAR menyediakan akses kepada lebih 28 juta interaksi kuantitatif yang dicapai melalui eksperimen antara molekul halus dan sasaran yang boleh diubatinya yang luas. Pemahaman mendalam yang dihasilkan oleh interaksi pelengkap kaedah polifarmakologi Cyclica dalam penciptaan kompaun ubat baharu. GOSTAR merupakan satu set data kualitatif dan kuantitatif yang kaya yang digunakan oleh kebanyakan syarikat AI/ML dan kami berasa gembira kerana data tersebut akan membantu Cyclica dengan analisisnya yang boleh diramal.”

Keluasan data yang disediakan oleh GOSTAR akan memperluas domain yang boleh diaplikasi oleh model Cyclica, seperti yang dinyatakan oleh Dr. Stephen MacKinnon, Naib Presiden R&D di Cyclica : “Kerjasama dengan GOSTAR memperkukuh data latihan Cyclica pada model platform kami dengan membenarkan Cyclica menganotasi data saringan proteom, seterusnya memperkukuhkan keupayaan interaksi yang diramalkan. Ini mempunyai kesan langsung ke atas pembangunan ubat yang lebih tepat dan berkesan untuk pesakit yang memerlukan.”

Tentang Cyclica 

Cyclica merupakan syarikat pertama yang menggunakan kaedah polifarmakologi dengan platform ciptaan siliko AI terimbuh berasaskan struktur, yang bertumpu pada ‘Ligand Design’ dan ‘Ligand Express’. Didayakan oleh MatchMaker, teknologi pemahaman saringan proteom proprietari dan POEM, teknologi kajian inovatif dengan pemantauan untuk meramalkan sifat-sifat molekular. Untuk maklumat lanjut, sila layari  www.cyclicarx.com

Tentang Excelra: 

Penyelesaian data dan analitik Excelra telah memperkayakan inovasi sains hayat daripada molekul ke pasaran. Penemuan Excelra datangnya daripada penggabungan siri aset data, kemahiran domain dan data sains, untuk mempercepatkan penyelidikan dan pembangunan ubat-ubatan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.excelra.com

Hubungan Media: 
Dorothy Paul – Pengarah Pemasaran
E-mel:  dorothy.paul@excelra.com

Logo: https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/10/cyclica-menggunakan-pangkalan-data-excelra-gostar-untuk-membangunkan-pengetahuan-algoritma-terperinci-berasaskan-ai-ml-untuk-pengenalpastian-sasaran-ubat.jpg

Keywords: Biotechnology Computer/Electronics Health Care/Hospital Pharmaceuticals Contracts Data Analytics

Source: PRNEWSWIRE

You might also like