ZTE dan Omdia siar kertas putih mengenai Ketelusan dan Jaminan Keselamatan dalam Dunia 5G

75

SHENZHEN, China, 15 September 2020 /PRNewswire/ — ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia antarabangsa yang utama bagi penyelesaian telekomunikasi, perusahaan dan teknologi pengguna untuk Internet Mudah Alih, baru-baru ini mengeluarkan satu kertas putih, “Security Transparence and Assurance in a 5G World” (“Ketelusan dan Jaminan Keselamatan dalam Dunia 5G”) bersama-sama Omdia, sebuah organisasi penyelidikan teknologi global yang terkemuka.

ZTE dan Omdia siar kertas putih mengenai Ketelusan dan Jaminan Keselamatan dalam Dunia 5G
ZTE dan Omdia siar kertas putih mengenai Ketelusan dan Jaminan Keselamatan dalam Dunia 5G

Menurut kertas putih ini, jaminan keselamatan yang komprehensif penting untuk seluruh ekosistem dalam era 5G, bermula daripada peranti IoT kepada rangkaian 5G, daripada peraturan kepada operasi. Jaminan keselamatan yang benar-benar berkesan memerlukan kolaborasi dan penyelarasan daripada semua pihak yang terbabit, selain penilaian secara berkala, agar dapat menangani cabaran yang semakin berkembang yang dicetuskan oleh penggunaan 5G global.

ZTE telah menumpukan perhatian dalam menyelidik penyelesaian keselamatan siber secara proaktif selama bertahun-tahun. Kertas putih ini menunjukkan bahawa keupayaan keselamatan, pengalaman dan hala tuju sedia ada ZTE telah mendemonstrasikan satu mekanisme untuk kolaborasi, ketelusan dan keterbukaan, dalam usaha untuk menangani risiko dan cabaran keselamatan akan datang dalam dunia 5G.

Di samping itu, kertas putih ini menghuraikan bahawa keselamatan siber merupakan keutamaan tertinggi untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) produk serta penyampaian perkhidmatan ZTE. ZTE telah mewujudkan mekanisme jaminan keselamatan siber yang komprehensif selaras dengan undang-undang dan piawaian. Sementara itu, ZTE telah menerima pakai beberapa langkah keselamatan siber, seperti tiga barisan model pertahanan, Pasukan Respons Kejadian Keselamatan Produk (PSIRT), makmal keselamatan siber dan penilaian keselamatan.

Pada Ogos 2020, ZTE telah melepasi audit NESAS GSMA, lantas menunjukkan tahap keselamatan proses pembangunan dan kitar hayat 5G ZTE.

“Pendigitalan telah diusahakan selama bertahun-tahun dan satu jaminan keselamatan yang komprehensif diperlukan agar selaras dengan kehendak risiko. Memikirkan mengenai risiko digital dari segi orang ramai, proses dan teknologi untuk melindungi kerahsiaan, integriti dan ketersediaan (confidentiality, integrity, and availability, CIA) maklumat merupakan satu kombinasi yang akan diiktiraf oleh banyak organisasi,” kata Maxine Holt, Pengarah Kanan Penyelidikan Keselamatan Siber di Omdia. “Keselamatan siber merupakan satu cabaran global yang mana semua pengusaha harus menyumbang demi mencapai dan mengekalkan rangkaian 5G yang selamat dan andal dengan prestasi yang tinggi.”

“ZTE telah bersiap sedia sepenuhnya dan berharap untuk berkolaborasi dengan pelanggan serta pemegang kepentingan industri bagi menangani cabaran keselamatan yang akan datang,” kata Zhong Hong, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Keselamatan di ZTE. “Kami berharap dapat membina rangkaian 5G yang selamat dan boleh dipercayai bagi mendayakan kehidupan digital yang lebih baik untuk semua.”

Menuju ke hadapan, ZTE akan terus mengekalkan ciri ketelusan dan keterbukaan serta menerima pakai pendekatan berasaskan risiko untuk mengurus aspek keselamatan dalam seluruh kitar hayat produk. Tambahan pula, syarikat ini akan mematuhi keperluan peraturan dan piawaian teknikal, melaksanakan penilaian dan mendapatkan perakuan yang diperlukan oleh pelanggan dan juga pengawal selia.

Berikut merupakan pautan untuk mengakses kertas putih, “Security Transparence and Assurance in a 5G World” (“Ketelusan dan Jaminan Keselamatan dalam Dunia 5G”):

https://www.omdia.com/resources/product-content/2020/09/01/14/22/security-transparence-and-assurance-in-a-5g-world 

ZTE dan Omdia akan bersama-sama mengehoskan webinar dalam talian global, “Comprehensive Security Assurance Is Essential in the 5G Era”, (“Jaminan Keselamatan Komprehensif Penting dalam Era 5G”) pada 16 September mulai 17:00 hingga 18:00 (GMT+8). Untuk mendaftar bagi mengikuti webinar ini, sila semak:

https://www.lightreading.com/webinar.asp?webinar_id=1691&webinar_promo=5621 

Hubungan Media: 

Margaret Ma 
ZTE Corporation 
Tel: +86 755 26775189 
Emel: ma.gaili@zte.com.cn 

Foto – https://photos.prnasia.com/prnh/20200915/2917281-1?lang=0

Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Survey, Polls & Research

Source: PRNEWSWIRE