App Annie Lancar Game IQ – Produk pengelasan industri tersuai-khusus

SAN FRANCISCO, 1 September, 2020 /PRNewswire/ — App Annie, syarikat data mudah alih dan analitik yang terkemuka, hari ini mengumumkan ketersediaan Game IQ. Produk analitik yang disesuaikan secara vertikal untuk Permainan ini memberi pandangan mengenai dimensi-dimensi seperti kelas, genre, sub-genre dan tanda.

Game IQ Taxonomy: Games can now be analyzed by broad category class (tuning), genre, subgenre, and tags (modifiers) such as IP, art style, settings, monetization mechanic, and more.
Game IQ Taxonomy: Games can now be analyzed by broad category class (tuning), genre, subgenre, and tags (modifiers) such as IP, art style, settings, monetization mechanic, and more.

Pada masa lalu, permainan mudah alih telah terhalang daripada analisis pada peringkat kategori dan pengumpulan data ini sering melibatkan proses manual yang memakan masa:

  • Kategori-kategori tidak dikemas kini dan setiap syarikat mempunyai pandangannya yang tersendiri mengenai taksonomi yang menjadikannya sukar untuk menanda aras
  • Gedung aplikasi tidak menyediakan kategori-kategori permainan granular dan kurang daya tindak
  • Kekurangan titik data ciri-ciri dalam-permainan untuk menganalisis metrik yang berjaya

Game IQ mengubah segala-galanya. Produk kami memanfaatkan sains data bagi mewujudkan pandangan tersuai dan mengekalkan taksonomi bagi mengautomasikan pengkategorian permainan secara berskala.

Dibangunkan dengan kerjasama pemimpin pemikiran, Game IQ membawa kerangka visual bagi menganalisis puluhan ribu aplikasi bagi memberi jawapan terhadap persoalan seperti:

  • Saiz pasaran: Apakah peluang pasaran di bawah kategori-kategori granular yang berbeza?
  • Kelas: Adakah permainan diselaraskan untuk pemain Teras, Kasual atau Kasino?
  • Genre: Apakah genre yang sesuai dengan gaya permainan?
  • Sub-genre: Apakah gelung teras (core loop) permainan?
  • Tanda: Apakah ciri-ciri aplikasi bebas seperti IP, gaya seni, mekanik pengewangan atau ciri-ciri gaya permainan?

Pembangun permainan akan mendapat manfaat daripada pengelasan prabina yang membimbing pembangunan produk, pemerolehan pengguna, pengewangan, pemasaran dan banyak lagi.

“Permainan merupakan Penunjuk Arah untuk mudah alih. Tatkala kami melangkah ke dekad seterusnya, peluang 2.0 untuk penerbit permainan adalah untuk menganalisis persaingan pada peringkat operasi,” kata Theodore Krantz, Ketua Pegawai Eksekutif App Annie. “Memanfaatkan kejituan Game IQ, kami akan membimbing industri ini dengan pandangan genre teras, kasual dan kasino.”

“Game IQ telah menjadi asas penting dalam mengukuhkan strategi pelaburan dan M&A kami. Keupayaan untuk mengumpulkan kategori dan sub-genre tertentu membolehkan pasukan kami untuk mendapat pandangan serta merta mengenai saiz pasaran, pengusaha utama, muat turun dan maklumat hasil. Tatkala penilaian kami semakin meningkat, kami boleh menggunakan bahagian ‘pengguna bersama’ untuk mengetahui bagaiman genre tertentu sesuai dengan kumpulan pemain sedia ada kami. Game IQ dahulunya dan masih menjadi bahagian penting dalam membangunkan visi jangka panjang syarikat kami.” – Joseph Byrne, Pengarah, Pembangunan dan Strategi Perniagaan, SciPlay

“Game IQ membolehkan kami untuk menyelami dengan lebih mendalam mengenai genre, sub-genre dan ciri-ciri permainan yang berbeza bagi memahami bagaimana ia berevolusi dan berkembang…agar kami dapat mengesahkan peluang strategik dan pelaburan kami.” – Danny Moy, Naib Presiden Eksekutif Pembangunan Korporat, Playstudios

Lebih daripada 28,000 permainan telahpun ditandai dan dikelaskan dalam Game IQ.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Game IQ kunjungi: https://www.appannie.com/en/insights/app-annie-news/introducing-game-iq/

Latar Belakang App Annie
App Annie  ialah platform data mudah alih dan analitik yang paling dipercayai dalam industri.

Foto – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/09/app-annie-lancar-game-iq-produk-pengelasan-industri-tersuai-khusus-1.jpg

Logo – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/09/app-annie-lancar-game-iq-produk-pengelasan-industri-tersuai-khusus.jpg

Keywords: Electronics Gaming Computer Software Computer/Electronics Entertainment New products/services Data Analytics

Source: PRNEWSWIRE

You might also like