Memperkenalkan Motional: Usaha Sama Pemanduan Autonomi Hyundai Motor Group dan Aptiv Lancar Identiti Baharu

127

Pelopor pemanduan-sendiri ini menjadikan kenderaan tanpa pemandu suatu realiti yang selamat, boleh dipercayai dan dapat diakses

BOSTON, 13 Ogos 2020 /PRNewswire/ — Usaha sama pemanduan autonomi antara Hyundai Motor Group dan Aptiv PLC (NYSE: APTV) hari ini melancarkan nama rasmi dan identiti jenama: Motional. Dilancarkan secara maya kepada para pekerjanya di seluruh dunia, pelopor pemanduan-sendiri ini menjadikan kenderaan tanpa pemandu suatu realiti yang selamat, boleh dipercayai, dan dapat diakses.

Dibentuk oleh Hyundai Motor Group, salah satu pengeluar kenderaan terbesar di dunia yang menawarkan penyelesaian mobiliti pintar, dan Aptiv, salah satu penyedia teknologi industri paling inovatif, usaha sama ini ditubuhkan pada bulan Mac 2020 untuk memajukan pembangunan dan pengkomersialan kenderaan autonomi berprestasi tertinggi dan paling selamat di dunia.

“Motional, dalam semua bentuk yang sebelumnya, telah mendahului teknologi tanpa pemandu selama beberapa dekad. DNA kami – gabungan kepakaran Aptiv dalam teknologi canggih dan kepimpinan Hyundai dalam kedua-dua pembuatan kenderaan dan R&D – adalah sangat unik, dan membolehkan kami mengubah secara asasnya cara manusia bergerak dalam kehidupan mereka,” kata Karl Iagnemma, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Motional. 

 “Apa yang kami bina sekarang lebih relevan daripada sebelumnya. Pandemik ini telah memberi cabaran kepada komuniti global untuk berfikir semula mengenai pengangkutan, dan kerajaan dan individu mahukan pilihan yang lebih banyak dan lebih baik. Kami teruja untuk membawa teknologi tanpa pemandu dengan selamat dan selesa dalam kehidupan seharian.”

Motional sedang membangunkan dan mengkomersialkan kenderaan Tahap 4 SAE – kenderaan autonomi yang melakukan semua tugas memandu. Motional akan mula menguji sistem tanpa pemandu sepenuhnya pada tahun 2020, dan sistem tanpa pemandu dan teknologi sokongannya akan tersedia untuk pembekal robotaxi dan pengendali kumpulan kenderaan pada tahun 2022.

Maksud di sebalik Motional
Motional adalah gabungan dua perkataan: motion dan emotional. ‘Motion’ membawa maksud pergerakan kenderaan tanpa pemandu yang diaktifkan oleh teknologi syarikat, serta pengalaman syarikat selama puluhan tahun bagi memajukan industri ini. ‘Emotional’ pula membangkitkan pendekatan syarikat yang mengutamakan pelanggan – iaitu memfokuskan keselamatan dan kebolehpercayaan yang akhirnya memberikan ketenangan fikiran.

Iagnemma menambah, “Kami ialah peneraju dalam bidang ini. Kami telah berinteraksi dengan ramai penumpang sebenar di jalan raya berbanding syarikat lain. Logo kami adalah tanda berani dan kuat yang mencerminkan bagaimana kami akan terus menerajui industri ini dan masa depan pengangkutan dengan yakin.”

“Motional adalah satu nama besar yang akan menunjukkan kepada pengguna bahawa mereka menaiki kenderaan tanpa pemandu yang selamat untuk penumpang, bandar dan persekitaran,” kata Kevin Clark, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Aptiv. “Oleh kerana Motional berfungsi mengubah mobiliti dengan sistem pemanduan autonomi siap-pengeluaran, Aptiv akan membantu membuka jalan untuk kenderaan pemanduan-sendiri dengan platform ADAS canggih kami yang menyelamatkan banyak nyawa hari ini dan membina kepercayaan terhadap kenderaan yang amat automatik.”

Euisun Chung, Naib Pengerusi Eksekutif Hyudai Motor Group berkata, “Selama lebih daripada setengah abad, Hyundai Motor Group telah menguatkan impian ramai orang di seluruh dunia. Motional mewakili barisan inovasi seterusnya sebagai syarikat yang mempelopori era baharu pengangkutan yang selamat, mudah diakses dan hijau. Kami mempunyai sejarah panjang dalam kemajuan teknologi automotif dan berharap dapat meneruskan legasi itu bersama Motional.”

Perjalanan Motional Menjadi Peneraju Industri
Motional dipimpin oleh pelopor teknologi tanpa pemandu yang mengambil bahagian dalam DARPA Grand Challenge yang bersejarah, dan mengasaskan nuTonomy dan Ottamatika, peneraju awal dalam bidang ini. Pasukan Motional berada di belakang beberapa lonjakan terbesar industri, termasuk pemanduan merentas negara berautonomi sepenuhnya yang pertama di AS, pelancaran perintis robotaxi pertama di dunia (Singapura; 2016), dan operasi kumpulan robotaxi awam paling mantap di dunia (Las Vegas; 2018 – hingga kini). Kumpulan itu telah menyediakan lebih daripada 100,000 tunggangan, dengan 98% penunggang menilai pengalaman mereka sebagai lima bintang daripada lima bintang.

Motional berpangkalan di Boston, dengan pasukan-pasukan di Pittsburgh, Las Vegas, Santa Monica, Singapura dan Seoul. Pejabat paling baharu, di Seoul, akan berfungsi sebagai pusat teknologi utama dan lokasi ujian. Pasukan Motional ini berkembang dengan pantas.

Untuk maklumat lebih lanjut, tonton Ketua Pegawai Eksekutif Motional, Karl Iagnema, dalam sesi dengan Axios pada jam 12.30 malam ET hari ini. Ketahui lebih lanjut di www.Motional.comLinkedIn, Twitter, YouTube, Facebook dan Instagram.

Latar Belakang Motional
Motional ialah syarikat teknologi tanpa pemandu yang menjadikan kenderaan pemanduan-sendiri sebagai realiti yang selamat, boleh dipercayai, dan dapat diakses.

Pasukan Motional berada di belakang beberapa lonjakan besar industri, termasuk pemanduan merentas negara berautonomi sepenuhnya yang pertama di AS, pelancaran perintis robotaxi pertama di dunia, dan operasi kumpulan robotaxi awam yang paling mampan di dunia.

Motional ialah usaha sama antara Hyundai Motor Group, salah satu pengeluar kenderaan terbesar di dunia yang menawarkan penyelesaian mobiliti pintar, dan Aptiv, peneraju teknologi global dalam keselamatan canggih, pengelektrikan, dan keterhubungan kenderaan.

Beribu pejabat di Boston, Motional beroperasi di AS dan Asia. Unutk maklumat lanjut, layari www.Motional.com dan ikuti kami di Twitter, LinkedIn, Facebook, Instagram, dan YouTube

HUBUNGI: motionalpress@teamlewis.com, 781-418-2419

Motional
Motional
Motional
Motional

Video – https://mma.prnewswire.com/media/1226502/v11_MIX.mp4 
Foto – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/08/memperkenalkan-motional-usaha-sama-pemanduan-autonomi-hyundai-motor-group-dan-aptiv-lancar-identiti-baharu-1.jpg  
Foto – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/08/memperkenalkan-motional-usaha-sama-pemanduan-autonomi-hyundai-motor-group-dan-aptiv-lancar-identiti-baharu-2.jpg  
Logo – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/08/memperkenalkan-motional-usaha-sama-pemanduan-autonomi-hyundai-motor-group-dan-aptiv-lancar-identiti-baharu.jpg  

Source: PRNEWSWIRE