Huawei Umum Pelancaran Global Hab Permainan Peranti Baharu – HUAWEI GameCenter
BEIJING, 4 Ogos 2020 /PRNewswire/ — Hari ini, Huawei mengumumkan pelancaran platform perkhidmatan dan pengedaran permainan rasminya HUAWEI GameCenter di 33 negara dan wilayah seluruh dunia. GameCenter ialah platform yang direka untuk menyatukan komuniti permainan mudah alih melalui kandungan dan ganjaran berkualiti tinggi, pengguna Huawei di Asia Pasifik, Eropah, Amerika Latin, Timur Tengah, Afrika dan wilayah-wilayah lain kini dapat menikmati pengalaman permainan yang lebih beraneka dengan memuat turun dan menggunakan HUAWEI GameCenter melalui AppGallery.
Dunia permainan baharu dicipta khas untuk pengalaman permainan tahap seterusnya
GameCenter mencipta platform perkhidmatan permainan sehenti dan pengalaman yang unik buat pengguna, menyediakan pemain permainan dengan pengalaman yang lebih beraneka melalui dua perkhidmatan teras: perkhidmatan kandungan dan kebajikan pengguna. Dengan GameCenter, pengguna boleh mendapat akses kepada permainan prapesan, permainan baharu dan permainan popular. Selain itu, pengguna juga boleh memanfaatkan pakej dan tawaran permainan dalam talian eksklusif apabila bermain permainan tersebut, yang melaluinya pengguna dapat mengembangkan profil mereka, memperoleh diskaun tambahan dan menikmati faedah yang luar biasa. Faedah-faedah istimewa yang lain termasuk:
- Jadi antara yang pertama mengetahui mengenai keluaran permainan baharu dan mencuba permainan baharu
GameCenter ialah platform untuk pelancaran global permainan pilihan, eksklusif pada platform Huawei. Ini termasuk Starship Legion-AMG, BORN AS EPIC, Farm Legend, Survival Road, Ellr Land dan banyak lagi.
Pengguna juga boleh menemui permainan baharu yang lain seperti Dynasty Legends: True Hero Rises from Chaos, Goddess MUA dan banyak lagi. - Jangan ketinggalan permainan yang popular di seluruh dunia
Permainan popular yang boleh dinikmati oleh pengguna di GameCenter termasuk: Idle Heroes, The Origin of Chaos, Brain Out, AFK Arena, Rise of Kingdoms: Lost Crusade, Lords Mobile, Asphalt 9: Legends – Epic Car Action Racing Game, Saint Seiya Awakening: Knights of Zodiac, Perfect world dan banyak lagi. - Nikmati hadiah dan tawaran eksklusif, hanya di GameCenter
Pengguna akan menemui beberapa pakej kebajikan eksklusif untuk HUAWEI GameCenter. Sebagai contoh, apabila bermain Last Day Rules: Survival dan Starship Legion-AMG, pengguna boleh mendapat faedah-faedah pakej eksklusif seperti syiling emas dan alat peraga dalam tempoh yang terhad, memperoleh masa permainan yang lebih menyeronokkan. Di samping itu, terdapat faedah-faedah mengejutkan yang dapat ditemui oleh pengguna ketika mereka meneroka hab permainan baharu ini.
Dengan GameCenter, pembangun boleh menarik dan mengekalkan pemain seluruh dunia sekali gus mencapai kejayaan perniagaan
Bagi pembangun yang mencipta dengan Huawei, pelancaran GameCenter memberi peluang untuk mendekati audiens pengguna yang lebih luas merangkumi lebih 700 juta pengguna Huawei pada skala global. Sebanyak 1.6 juta pembangun HMS (Huawei Mobile Services) sudahpun mencipta pengalaman baharu yang unik, menggabungkan keupayaan Cipset-Peranti-Awan Huawei. Pembangun ini turut menyerlahkan potensi untuk mendekati lebih ramai peminat setia melalui ekosistem HMS yang menyediakan keupayaan semua-senario, saluran pengedaran global, pengurusan dan sokongan operasi kitaran penuh. Pada masa kini, HUAWEI GameCenter menjalin perkongsian dengan syarikat-syarikat permainan global yang terkemuka, seperti Lilith games, IGG, Gameloft, Forshow games dan sebagainya.
Bagi pembangun dalam sektor permainan, pengenalan GameCenter kini menyediakan faedah-faedah tambahan termasuk:
- Perkhidmatan penilaian profesional percuma untuk pembangun mendapatkan maklum balas tempatan mengenai permainan dari wilayah-wilayah luar negara. Ini adalah untuk membantu pembangun menyetempatkan aplikasi mereka agar perkhidmatan permainan akan menjadi lebih relevan dan menarik buat pemain dalam pelbagai pasaran.
- Buat pembangun yang perlu mengintegrasikan permainan mereka dengan HMS Core, Huawei akan menyediakan sokongan teknikal bagi memudahkan integrasi dengan HMS Core secekap yang diperlukan.
- Akses kepada program “Shining-Star”, yang menyediakan dana insentif bernilai $1 bilion dan menawarkan pelbagai perkhidmatan. Ini termasuk kitaran hayat pembangunan aplikasi penuh, dana untuk inovasi pembangunan, pertumbuhan pengguna, pemasaran dan aspek lain untuk pembangun.
- Pembangun mendapat bahagian hasil yang menggalakkan apabila membangun bersama Huawei. Di samping itu, kami menawarkan ruang pengiklanan dan promosi kepada pembangun dalam GameCenter untuk mendekati lebih ramai pengguna.
Untuk penaiktarafan versi akan datang, GameCenter akan menampilkan komuniti sosial dalam-aplikasi. Dengan cara ini, pemain akan dapat menggunakan platform tersebut sebagai cara untuk bersosial, berkawan dan membina komuniti peminat yang mempunyai minat yang sama.
Foto – https://photos.prnasia.com/prnh/20200803/2874313-1-a?lang=0
Foto – https://photos.prnasia.com/prnh/20200803/2874313-1-b?lang=0
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications New products/services
Source: PRNEWSWIRE