Siri ASUS ROG Phone 3 Tampil Dengan Snapdragon 865+ & RAM Sehingga 16GB – Dijual Pada Harga Bermula Dari RM3936!!

335

Siri Peranti terbaharu daripada ASUS ROG iaitu ROG Phone 3 dan ROG Phone 3 Strix Edition kini sudah rasmi dan ia dijual pada harga bermula dari RM3936.

Peranti ini hadir dengan skrin yang sangat besar iaitu 6.59” AMOLED (1080 x 2340) dan hadir dengan HDR10+ serta Kadar Segar Semula 144Hz.

Dari aspek dalaman pula, peranti ini tampil dengan pemproses Snapdragon 865+ dan disertakan dengan grafik Adreno 650 serta RAM pula dihadir sehingga 16GB bagi ROG Phone 3. Bagi Strix Edition pula ia hadir dengan Snapdragon 865 dan RAM sebesar 8GB.

Kamera juga tidak mengecewakan bagi peranti gaming apabila ia hadir dengan 64 MP (Main camera SonyIMX686) + 13 MP (125 ultrawide-angle lens) + 5 MP (Macro) bagi kamera belakang dan 24MP bagi kamera hadapan.

Kapasiti bateri juga sangat besar apabila dihadirkan dengan 6000mAh (Quick Charge 4.0).

Berikut adalah harga jualan peranti ini:

ROG Phone 3

  • (16GB + 512GB): €1099 (kira-kira RM5414.09)
  • ROG Phone 3 (12GB + 512GB): €999 (kira-kira RM4921)

ROG Phone 3 Strix Edition

  • 8GB RAM + 256GB: €799 (kira-kira RM3936)