Agensi pembangunan perisian terkemuka Titansoft pilih PeopleStrong perkasa Teknologi HR mereka

85

SINGAPURA, 29 Julai 2020 /PRNewswire/ — Hari ini PeopleStrong mengumumkan bahawa ia telah memeterai perjanjian bagi memperkasakan teknologi Sumber Manusia (HR) untuk agensi pembangunan perisian yang terkemuka – Titansoft.

PeopleStrong akan melaksanakan Alt Recruit (sistem perekrutan generasi seterusnya), Alt Worklife (Perisian HRMS terkemuka yang menyediakan penyelesaian Ambil Bekerja hingga Bersara (Hire to Retire)) dan Alt Performance (penyelesaian pengurusan bakat dan prestasi untuk mendayakan hasil yang lebih pantas).

“Kami memilih PeopleStrong sebagai penyedia perkhidmatan sistem HR kami disebabkan oleh kefleksibelannya untuk beradaptasi dengan cara kerja kami yang tangkas dan amalan HR yang unik. Pembekal-pembekal lain tidak mempunyai sistem yang kelihatannya cukup fleksibel untuk memenuhi keperluan kami. Satu lagi faktor utama ialah ketuntasan sistem yang akan membolehkan kami mempunyai titik sentuh digital pada setiap langkah dalam perjalanan pekerja,” kata Joanna Zhan, Ketua Pasukan, Operasi Kakitangan, Titansoft. “Baik untuk pekerja mahupun calon – kami berharap agar kami dapat menyediakan pengalaman hujung-ke-hujung yang lebih baik. Dalam dunia dengan HR yang semakin menerima teknologi, kami berharap agar perkongsian baharu bersama PeopleStrong akan dapat membantu kami untuk kekal di hadapan keluk dengan data yang yang mudah diakses untuk membuat keputusan perniagaan & dasar yang bermaklumat. Ia juga akan dapat mengurangkan pertindihan dan memberi lebih banyak masa kepada pasukan HR untuk terlibat dalam inisiatif yang strategik.”

Ankur Sehgal (Pengarah Serantau, APAC, PeopleStrong) menambah, “Kami gembira dengan adanya Titansoft menyertai platform pengalaman kakitangan bersepadu PeopleStrong. Penyelesaian HCM yang mengutamakan Mudah Alih daripada PeopleStrong akan membantu Titansoft mendigitalkan pengalaman kakitangan mereka pada platform berbilang negara tunggal dan seragam. Kami tidak sabar-sabar untuk bekerjasama dengan Titansoft dalam perjalanan ini menuju Kod Kerja Baharu.”

PeopleStrong ialah syarikat Teknologi Kerja dan HR yang terkemuka di Asia, beribu pejabat di India. Menerusi sejuta pengguna daripada lebih 350 perusahaan merentas industri-industri, PeopleStrong memberi kesan kepada produktiviti kakitangan dan agenda pengalaman perusahaan serta mempercepatkan perjalanan mereka menuju #NewCodeofWork. Rangkaian produk PeopleStrong termasuk aplikasi generasi seterusnya dalam bidang Teknologi HR (Perolehan Bakat, Pengurusan Modal Insan, Pengurusan Bakat), Produktiviti, Analitik dan Platform. Terkenal dengan kecenderungannya untuk berinovasi, PeopleStrong mencapai banyak kejayaan pertama menerusi namanya, yang terbaharu ialah aplikasi Pembelajaran Mesin dalam Perekrutan (melalui Pemadanan) dan Pengalaman Kakitangan (melalui Robot Sembang HR Pertama di Asia, Jinie). PeopleStrong ialah syarikat pertama dalam bidang ini yang berjaya dinilai dengan SSAE18 dan baru-baru ini memenangi Anugerah Pilihan CIO untuk Pengurusan Bakat pada Awan yang berprestij.

Hubungi:
Adrian Tan
Adrian.tan@peoplestrong.com 
+65-98523746

Logo: https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/07/agensi-pembangunan-perisian-terkemuka-titansoft-pilih-peoplestrong-perkasa-teknologi-hr-mereka.jpg 

Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Telecommunications Workforce Management/Human Resources Contracts

Source: PRNEWSWIRE