Kerjasama Terbaru Capture the Fracture® Mensasarkan Pengurangan Sebanyak 25% dalam Kejadian Keretakan Tulang Pinggul dan Vertebra Disebabkan Oleh Osteoporosis Menjelang Tahun 2025

– Kerjasama Julung Kali ini diumumkan oleh Yayasan Osteoporosis Antarabangsa Bersama Universiti Oxford, Amgen dan UCB Untuk Menangani  Beban Kesihatan Awam Global terhadap Osteoporosis[1]

– Keretakan Tulang Pinggul dan Vertebra adalah membebankan Masyarakat dan Boleh Mengubah Kehidupan Pesakit[2],[3]

NYON, Switzerland, 16 Jun 2020 /PRNewswire/ — Yayasan Osteoporosis Antarabangsa (IOF) pada hari ini telah mengumumkan satu kerjasama bersama Amgen, UCB, dan  Universiti Oxford, untuk  menyokong program Capture the Fracture®, yang bertujuan untuk mengurangkan keretakan tulang pinggul dan vertebra sebanyak 25% menjelang tahun 2025. Kini, adalah dianggarkan bahawa lebih daripada 200 juta orang di seluruh dunia menderita akibat osteoporosis,[4] yang mengakibatkan satu keretakan tulang berkaitan dengan osteoporosis setiap tiga saat.[5]

Despite its serious outcomes, osteoporosis remains vastly underdiagnosed and undertreated, particularly among individuals who have already broken a bone, and who are at high risk of suffering further fractures. The Capture the Fracture® Partnership aims to proactively implement post-fracture care coordination programs in hospitals and healthcare systems, to help prevent subsequent fractures due to osteoporosis, and improve patient care.
Despite its serious outcomes, osteoporosis remains vastly underdiagnosed and undertreated, particularly among individuals who have already broken a bone, and who are at high risk of suffering further fractures. The Capture the Fracture® Partnership aims to proactively implement post-fracture care coordination programs in hospitals and healthcare systems, to help prevent subsequent fractures due to osteoporosis, and improve patient care.

Osteoporosis ialah penyakit kronik yang serius, di mana ia melemahkan tulang dalam jangka masa panjang, menjadikan tulang lebih nipis dan lebih cenderung untuk patah,[5] namun begitu, terdapat langkah-langkah yang boleh diambil oleh pesakit dan pengamal kesihatan untuk mengurangkan risiko keretakan tulang.[1] Capture the Fracture, satu inisiatif IOF, yang kini disokong oleh Amgen dan UCB dengan kerjasama Universiti Oxford, adalah satu program global yang membantu secara proaktif dalam melaksanakan program penyelarasan penjagaan pasca keretakan tulang (`Post Fracture Care’ atau PFC) di hospital dan sistem perkhidmatan kesihatan bagi membantu pesakit menbendung keretakan tulang yang seterusnya yang disebabkan oleh osteoporosis. Walaupun selepas mengalami keretakan tulang berkaitan dengan osteoporosis,  kira-kira 80% individu yang berisiko tinggi masih tidak dapat dikenal pasti atau dirawat.[6]

“Osteoporosis kekal menjadi satu kebimbangan global, ia mengakibatkan 8.9 juta keretakan tulang dalam setahun[3] dan keretakan terdahulu meningkatkan risiko berlakunya satu lagi keretakan berkaitan osteoporosis sebanyak 86%.[7] Intervensi awal melalui penambahbaikan kepada langkah dalam pengenalpastian, diagnosis dan rawatan pasca keretakan untuk pesakit yang sesuai dapat membantu mempercepatkan pemulihan di samping mengurangkan beban kos terhadap sistem perkhidmatan kesihatan,”[5] kata Darryl Sleep, M.D., naib presiden kanan medikal Global  dan ketua pegawai perubatan di Amgen. “Sokongan terhadap Capture the Fracture menunjukkan pendekatan proaktif kami terhadap penjagaan yang diwujudkan untuk meramal dan membantu mencegah keretakan tulang yang berpotensi mengubah kehidupan sebelum ia berlaku.”

“Kini, kami menyaksikan beban penyakit yang ketara. Memandangkan populasi penduduk warga emas seluruh dunia meningkat secara berterusan, adalah penting untuk menangani impak yang disebabkan oleh osteoporosis dan keretakan tulang ke atas individu,” kata profesor Cyrus Cooper, presiden Yayasan Osteoporosis Antarabangsa dan profesor Sains Muskuloskeletal  di Universiti Oxford.

“Kami sedia maklum bahawa pelaksana penjagaan terselaras pasca keretakan tulang merupakan intervensi yang paling berkesan[8] dan cekap bagi merapatkan jurang pencegahan keretakan tulang sekunder, maka saya berbesar hati kerana Amgen, UCB dan Universiti  Oxford akan menyokong program Capture the Fracture kami dikala kami mendokong misi untuk memperbaiki mutu perkhidmatan pesakit,” kata ketua pegawai eksekutif IOF, Dr. Philippe Halbout. 

Osteoporosis dirawat oleh  pelbagai pakar kesihatan,  oleh itu koordinasi yang selaras adalah perlu bagi menyokong pesakit yang menghidap penyakit ini. Tunjang utama model Capture the Fracture adalah penyelaras jagaan yang dapat membantu pesakit keretakan tulang berkaitan dengan osteoporosis dikenal pasti, diperiksa, didiagnosis dan dirawat dengan tepat bagi mengurangkan risiko keretakan tulang  pada masa hadapan. Program penyelarasan penjagaan pasca keretakan tulang terbukti dapat menambah baik kadar diagnosis dan kadar rawatan.[8],[9] Kerjasama ini mensasarkan kenaikan jumlah program sebanyak dua kali ganda daripada 390 program Capture the Fracture yang sedia ada menjelang penghujung tahun 2022 dan akan bertumpu di wilayah-wilayah utama termasuk Asia Pasifik, Amerika Latin, Timur Tengah dan Eropah.

“Model penjagaan pasca keretakan tulang yang diperkenalkan telah diiktiraf sebagai langkah progresif dalam pengurusan osteoporosis dan keretakan tulang berkaitan dengan osteoporosis, serta kekal menjadi contoh ketara dari segi kebaikan yang dapat dilihat dalam penyelarasan penjagaan di kalangan pengamal kesihatan yang berasingan,” kata Professor Dr. Iris Loew-Friedrich, ketua pegawai perubatan dan naib presiden eksekutif UCB. “Kolaborasi dan pembelajaran silang diperlukan dikala kita menghadapi cabaran pada masa hadapan dan ingin mencari jalan untuk mengurangkan beban yang dihadapi oleh sistem perkhidmatan kesihatan serta individu yang menghidap penyakit osteoporosis. Kerjasama secara global ini menyokong cita-cita UCB untuk mencapai penjagaan kesihatan berhubungan, mencari jalan untuk memberi lebih manfaat kepada pesakit dan mengubah kehidupan individu yang menghidap penyakit yang teruk.”

Kerjasama ini turut mengalu-alukan kolaborasi daripada gabungan pencegahan keretakan tulang yang sedia ada di peringkat antarabangsa, kebangsaan dan serantau bagi memacu perubahan dari segi dasar dan keutamaan dalam pencegahan keretakan tulang. Elemen-elemen tambahan melalui kerjasama ini termasuk pembangunan  dan implementasi keberkesanan dan perkongsian amalan baik dalam laman program PFC, penciptaan alat digital yang berupaya mendokumentasi dan komunikasi PFC secara efektif, serta penyediaan bimbingan secara maya dan peribadi dan juga peluang belajar untuk pengamal perkhidmatan kesihatan.

“Capture the Fracture adalah satu peluang hebat untuk mengasah kemahiran akademik dan kepakaran daripada Universiti bagi menjana penambahbaikan terhadap penjagaan pesakit osteoporosis,” kata Dr. Kassim Javaid, profesor madya, Jabatan Ortopedik, Reumatologi dan Sains Muskuloskeletal  Nuffield (NDORMS), Universiti Oxford. Dr. Javaid, bersama-sama dengan Dr. Rafael Pinedo-Villanueva, akan bertanggungjawab untuk program bimbingan dan pembangunan laluan penjagaan dan memanfaatkan perisian kalkulator untuk program PFC. “Kami berharap agar kehidupan jutaan individu akan berubah melalui program ini , dan kami bersedia untuk bekerjasama dengan rakan-rakan sejawat di peringkat kebangsaan dan antarabangsa bagi merealisasikan visi ini.”

Untuk maklumat lanjut mengenai Capture the Fracture, kunjungi http://www.capturethefracture.org.

Latar Belakang Yayasan Osteoporosis Antarabangsa (IOF)  

IOF adalah sebuah yayasan bukan kerajaan berdaftar yang bukan berasaskan keuntungan yang berpangkalan di Switzerland. IOF telah diwartakan Status Perunding Roster dalam Majlis Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

IOF berfungsi sebagai sebuah perikatan global yang terdiri daripada persatuan pesakit, organisasi penyelidikan, golongan pengamal kesihatan profesional dan syarikat antarabangsa yang bekerjasama untuk menggalakkan kesihatan tulang dan mencegah keretakan tulang disebabkan oleh osteoporosis. www.iofbonehealth.org

Latar Belakang Amgen 

Amgen bertekad untuk menyerlahkan potensi sektor biologi untuk  pesakit yang menderita akibat penyakit serius melalui penemuan, pembanguan, penghasilan dan penyampaian terapi manusia yang inovatif. Pendekatan ini bermula dengan menggunakan mekanisme seperti kemajuan dalam genetik manusia bagi merungkai kerumitan penyakit dan memahami asas-asas biologi kemanusiaan.

Amgen memberi tumpuan kepada aspek-aspek keperluan perubatan yang kurang diceburi dan memanfaatkan kepakarannya untuk berusaha mencari penyelesaian yang dapat meningkatkan taraf kesihatan dan memperbaiki kehidupan orang ramai dengan ketara. Sebagai pelopor bioteknologi sejak tahun 1980, Amgen telah berkembang untuk menjadi salah sebuah syarikat bioteknologi persendirian yang terkemuka di dunia, memanfaatkan jutaan pesakit di seluruh dunia serta sedang membangunkan rangkaian ubat-ubatan berpotensi tinggi.  

Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.amgen.com dan ikuti kami di www.twitter.com/amgen.

Latar Belakang UCB 

UCB, Brussels, Belgium (www.ucb.com) ialah sebuah syarikat biofarmaseutikal global yang memberi tumpuan pada penemuan dan pembangunan ubat-ubatan dan penyelesaian secara inovatif bagi mengubah kehidupan pesakit yang menghidap penyakit teruk melibatkan sistem imun atau sistem saraf pusat. Dengan 7 500 kakitangan di kira-kira 40 negara, syarikat ini menjana pendapatan sebanyak € 4.9 bilion pada tahun 2019. UCB disenaraikan di pasaran Euronext Brussels (simbol: UCB). Ikuti kami di Twitter: @UCB_news

Latar Belakang Universiti Oxford 

Universiti Oxford  telah disenaraikan di tempat pertama dalam Times Higher Education World University Rankings bagi empat tahun berturut-turut dan kunci kepada kejayaan ini adalah penerajuaan dalam bidang penyelidikan dan inovasi kami.

Oxford terkenal di mata dunia untuk kecemerlangan dalam penyelidikan dan menjadi pusat tumpuan kepada golongan individu yang berbakat dari seantereo dunia. Hasil daripada usaha kami mampu membantu kehidupan jutaan orang, menyelesaikan masalah dunia melalui jaringan perkongsian dan kolaborasi yang luas. Sifat keluasan dan kepelbagaian dalam penyelidikan kami mencetuskan pandangan dan penyelesaian yang imaginatif dan berdaya cipta.

Latar Belakang Jabatan Ortopedik, Reumatologi dan Sains Rangka Otot Nuffield (NDORMS)

NDORMS ialah sebuah jabatan pelbagai disiplin yang memberi tumpuan untuk mencari punca kepada kondisi muskuloskeletal  dan keradangan bagi menjana penjagaan yang cemerlang dan inovatif yang berupaya meningkatkan kualiti hidup orang ramai. Sebagai jabatan akademik Eropah yang terbesar dalam bidang ini, NDORMS merupakan sebahagian daripada Bahagian Sains Perubatan Universiti Oxford dan merupakan komuniti berkembang pesat yang terdiri daripada lebih 500 pakar bedah ortopedik, pakar reumatologi dan saintis yang kesemuanya bekerja dalam bidang masalah muskuloskeletal. www.ndorms.ox.ac.uk 

Rujukan

  1. International Osteoporosis Foundation. IOF Compendium of Osteoporosis 2nd Edition. http://www.worldosteoporosisday.org/sites/default/WOD-2019/resources/compendium/2019-IOF-Compendium-of-Osteoporosis-WEB.pdf . Diakses 11 Mac 2020.
  2. Burge et al. Incidence and economic burden of osteoporosis-related fractures in the United States, 2005-2025. J Bone Miner Res. 2007; Mac;22(3):465-475.
  3. Johnell O, Kanis JA. An estimate of the worldwide prevalence and disability associated with osteoporotic fractures. Osteoporos Int. 2006;17:1726-1733.
  4. Reginster JY, Burlet N. Osteoporosis: A still increasing prevalence. Bone. 2006;38 (2 Suppl 1):S4-S9
  5. International Osteoporosis Foundation. Capture The Fracture – A global campaign to break the fragility fracture cycle (October 2012). http://share.iofbonehealth.org/WOD/2012/report/WOD12-Report.pdf . Diakses 11 Mac 2020.
  6. Nguyen TV, Center JR, Eisman JA. Osteoporosis: underrated, underdiagnosed and undertreated. Med J Aust. 2004;180:S18-S22.
  7. Kanis et al. A meta-analysis of previous fracture and fracture risk. Bone 2004 35;375-82
  8. Akesson et al. Capture the Fracture: a Best Practice Framework and global campaign to break the fragility fracture cycle. Osteoporos Int. 2013 Aug;24(8):2135-52
  9. Ganda et al. Models of care for the secondary prevention of osteoporotic fractures: a systematic review and meta-analysis Osteoporos Int (2013) 24:393–406

HUBUNGI: 

Yayasan Osteoporosis Antarabangsa:
Laura Misteli, Editor Komunikasi,
+41(0)78 8571777,
lmisteli@iofbonehealth.org

NDORMS, University of Oxford:
Josie Eade, Pegawai Komunikasi,
+44 (0)1865 225136,
josie.eade@ndorms.ox.ac.uk

Amgen, Thousand Oaks:
Megan Fox, 805-447-1423 (media)
Trish Rowland, 805-447-5631 (media)

UCB:
Scott Fleming, Bone Communications, UCB,
+44 (0)7702777378,
scott.fleming@ucb.com 

Keywords: Biotechnology Computer Software Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Publishing/Information Service Clinical Trials/Medical Discoveries Not for profit Survey, Polls & Research

Source: PRNEWSWIRE

You might also like