VeChain dan I-Dante Bersama-sama Bangunkan E-HCert, Aplikasi Rekod COVID-19 berasaskan Rantaian Blok Untuk Rakyat Cyprus

3688

SHANGHAI, 22 Mei 2020 /PRNewswire/ — Dengan pandemik yang meletakkan sistem penjagaan kesihatan dalam keadaan tertekan di seluruh dunia, sistem Rekod Kesihatan Elektronik (EHR) turut mengubah keperluan untuk keselamatan dan perkongsian data. Sebagai platform rantaian blok awam yang terkemuka, VeChain melanjutkan kolaborasi dengan I-Dante untuk bersama-sama membangunkan E-HCert App, yang menyediakan penyelesaian arkib untuk rekod COVID-19 RT-PCR (tindak balas berantai polimerase masa sebenar) dan ujian antibodi (Ujian Pantas).


Kejayaan antara VeChain dan I-Dante sebelum ini untuk penyelesaian perubatan didayakan rantaian blok membawa kepada tercetusnya idea untuk E-HCert App, yang kini diterima pakai oleh Mediterranean Hospital of Cyprus. Sistem HER baharu ini menyediakan kaedah yang selamat bagi menyediakan rantaian blok untuk ujian berkaitan COVID-19, memberi keputusan status kesihatan individu dan membolehkan semua pihak yang berkenaan mengakses maklumat kesihatan tersebut mengikut budi bicara individu berkenaan. Menerusi aturan ini, individu ini boleh menjalani kehidupan seperti biasa.

EHR Serasi Perlu Bandingkan Catatan Berhubung Pandemik

Dalam hal COVID-19, keputusan ujian rakyat amat penting untuk kebajikan awam dan hak peribadi. Pihak berkuasa di seluruh dunia menyeru institusi-institusi penjagaan kesihatan untuk menyediakan akses yang selamat dan sah kepada maklumat status kesihatan. Rakyat sendiri juga memerlukan bukti yang boleh dipercayai dan andal untuk keadaan kesihatan mereka sendiri dan kawalan penuh terhadap privasi mereka. Walau bagaimanapun, sistem HER semasa mendedahkan kekurangan yang serius dari segi ciri saling boleh kendali, kebolehubahan, pematuhan dan juga kos.

Maka, terdapatnya keperluan segera untuk pengumpulan rekod perubatan disulitkan yang boleh dipercayai dan terpiawai yang boleh dikongsi dengan selamat antara berbilang pihak. Di sinilah teknologi rantaian blok memainkan peranannya dan menjadi pilihan de facto untuk pelaksanaan sedemikian.

Pilihan Paling Layak Untuk Pembaharuan EHR: Rantaian Blok Awam

E-HCert App berasaskan rantaian blok awam ini menyediakan penyelesaian arkib untuk rekod COVID-19 RT-PCR (tindak balas berantai polimerase masa sebenar) dan ujian antibodi (Ujian Pantas), yang akan digunakan untuk meningkatkan pengurusan dan respons terhadap COVID-19 oleh hospital pada penghujung Mei 2020.

Apabila rakyat Cyprus pergi ke hospital dan menjalani ujian RT-PCR dan antibodi, rekod ujian tersebut akan dimuat naik pada Rantaian Blok VeChainThor dan keputusan rekod tidak boleh ubah kemudiannya ditunjukkan dalam E-HCert Native App. Memandangkan E-HCert mematuhi sepenuhnya dengan GDPR, Aplikasi ini membolehkan pemilik mendapat kawalan sepenuhnya terhadap profil mereka dan menggunakannya untuk membuktikan status kesihatannya apabila cuba untuk kembali bekerja, menaiki kapal terbang ke luar negara dan mendapat kebenaran untuk aktiviti-aktiviti lain.

Mendayakan Gelombang Pembaharuan Kesihatan Digital Seterusnya

COVID-19 telah mendorong pengembangan kuasa perindustrian dalam penjagaan kesihatan. Satu laporan terkini mendapati bahawa 33 daripada 50 hospital yang berpangkalan di AS yang diselidik bekerjasama dengan Amazon, Google, atau Microsoft. The Wall Street Journal berkata syarikat-syarikat gergasi internet turut bergelut untuk mendapat kawalan dalam pasaran penjagaan kesihatan.

Berbanding dengan teknologi tradisional, rantaian blok memberi peluang yang lebih baik untuk syarikat-syarikat mengkaji semula sistem data penjagaan kesihatan mereka, mengoptimumkan reka bentuk aliran kerja dan dalam masa yang sama membolehkan setiap pesakit untuk menyimpan rekod mereka dengan selamat dan berkongsi rekod berkenaan serta merta dengan mana-mana pihak di dunia.

Sebagai platform rantaian blok awam yang terkemuka di dunia, VeChain berhasrat untuk memanfaatkan pengalamannya dalam industri rantaian blok demi memperkasa lebih banyak rakan kongsi dalam sektor penjagaan kesihatan. Dengan berbuat demikian, VeChain akan memainkan peranan penting dalam mempercepatkan pendigitalan industri penjagaan kesihatan.

Latar Belakang Mediterranean Hospital of Cyprus

Mediterranean Hospital of Cyprus ialah sebuah institusi penjagaan kesihatan swasta moden, salah satu yang terbesar di Cyprus, dengan misi untuk menyediakan semua penduduk dan pengunjung negara ini dengan perkhidmatan perubatan yang selamat dan berkualiti tinggi sepanjang masa. Pengasas Mediterranean Hospital of Cyprus, Dr. Andreas Panayiotou telah menetapkan matlamat pembangunan dan penubuhan infirmari yang andal, dengan mekanisme operasi yang fleksibel, bagi mendapat kepercayaan dan pengiktirafan terhadap kualiti perkhidmatannya daripada semua orang. Mediterranean Hospital of Cyprus ialah hospital swasta pertama yang menyertai Sistem Penjagaan Kesihatan Am (GHS) Cyprus.

Laman sesawang: www.medihospital.com.cy/en/

Latar Belakang I-DANTE LTD

Ditubuhkan pada Disember 2019 oleh Etna Digital Growth (syarikat perunding – gedung perisian di Itali) dan CircleServus LTD (syarikat perunding di Cyprus) bagi membina penyelesaian penjagaan kesihatan digital yang memanfaatkan kuasa Rantaian Blok VeChainThor.

Laman sesawang: www.i-dante.com/

Latar Belakang VeChain

Dilancarkan pada tahun 2015, VeChain menghubungkan teknologi rantaian blok ke dunia sebenar dengan menyediakan struktur tadbir urus yang komprehensif, model ekonomi yang teguh dan penyepaduan IoT. VeChain ialah perintis aplikasi dunia sebenar menggunakan teknologi rantaian blok awam, dengan operasi antarabangsa di Singapura, Luxembourg, Tokyo, Shanghai, Paris, Hong Kong dan San Francisco. Bersama rakan strategik kami PwC dan DNV GL, kami telah menjalin hubungan kerjasama dengan banyak perusahaan terkemuka dalam industri yang berbeza, termasuk Walmart China, BMW, BYDr, H&M, LVMH, D.I.G, ENN, AWS, PICC, ASI dan lain-lain. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai VeChain, sila sertai VeChain BootCamp: https://VeChain.org/bootcamp

Foto – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/05/vechain-dan-i-dante-bersama-sama-bangunkan-e-hcert-aplikasi-rekod-covid-19-berasaskan-rantaian-blok-untuk-rakyat-cyprus-1.jpg
Logo – https://mma.prnewswire.com/media/738221/VeChain_Logo.jpg 

Keywords: Biotechnology Computer Software Computer/Electronics Health Care/Hospital Licensing/marketing agreements New products/services Blockchain

Source: PRNEWSWIRE