Sophi The Globe and Mail Menang Anugerah Pemula Berita Digital Terbaik

3988

TORONTO, 22 Mei 2020 /PRNewswire/ — Enjin pengautomatan dan sekatan berbayar prediktif The Globe and Mail, Sophi.io, memenangi Anugerah Media Digital Amerika Utara (North American Digital Media Award) WAN-IFRA bagi kategori Pemula Berita Digital Terbaik.

Sophi.io by The Globe and Mail
Sophi.io by The Globe and Mail

“Sangat kagum dengan Sophi,” tulis para hakim semasa menjelaskan keputusan mereka. “Produk yang paling penting dan menarik daripada ciptaan AI ini ialah input editorial yang menjadi kuncinya. Dalam banyak bilik berita, model perniagaan menjejaskan nilai produk utama mereka, namun daripada persembahan ini, jelas terbukti bahawa ia tidak berlaku untuk The Globe and Mail.”

Anugerah berkenaan memberi penghormatan kepada penerbit berita dari Kanada dan A.S. yang telah mencipta projek media digital yang unik dan asli. Sophi juga memenangi tempat kedua dalam kategori Strategi Kandungan Berbayar Terbaik anugerah berkenaan, sebagai pengiktirafan kepada Sophi for Paywalls, teknologi pemprosesan bahasa tabii dan sekatan berbayar prediktif berdasarkan tingkah laku penggunanya yang kompleks.

Sistem kecerdasan buatan berkenaan juga merupakan finalis dalam Global Media Awards International News Media Association, bagi memberi penghargaan kepada inovasi dan kecemerlangan dari segi khalayak, jenama dan pendapatan yang semakin meningkat, dalam kategori Teknologi Baharu atau Produk Digital Terbaik. Selain itu, Sophi merupakan finalis dalam Digiday Media Awards, yang mengiktiraf syarikat-syarikat yang berusaha untuk memodenkan media digital, dalam dua kategori: Inovasi Produk Digital Terbaik dan Strategi Pempelbagaian Pendapatan Terbaik.

Sophi dibangunkan oleh The Globe and Mail untuk membantu bilik berita membuat keputusan strategik dan taktikal yang penting. Ia merupakan suit alatan yang melibatkan Sophi Automation dan Sophi for Paywalls serta Sophi Analytics, sistem sokongan keputusan-bilik berita.

Sophi Automation meletakkan secara autonomi 99% kandungan pada semua halaman digital The Globe and Mail, termasuk halaman utama dan halaman bahagiannya. Ini membolehkan bilik berita memberi tumpuan bagi menerbitkan tulisan yang sebaik mungkin dan ia sangat berjaya sehinggakan ia kini turut digunakan untuk pembentangan cetakan.

Sophi for Paywalls menganalisis kecenderungan pengguna dan kandungan serta menentukan kandungan yang patut diletakkan secara automatik di belakang sekatan berbayar keras (hard-paywall) yang mana peluang pendapatan langganan adalah jauh lebih besar berbanding pendapatan iklan yang dilepaskan. Ia telah memperoleh pendapatan yang belum dimanfaatkan sebanyak berjuta-juta dolar untuk The Globe and Mail.

Phillip Crawley, Penerbit dan Ketua Pegawai Eksekutif The Globe and Mail, berkata: “Ini merupakan satu penghormatan untuk Sophi dinamakan sebagai pemula media digital yang terbaik. Kami sentiasa berusaha untuk menginovasi dan Sophi telah membawa pandangan yang amat berharga kepada kami selama bertahun-tahun serta memberi ruang kepada wartawan kami untuk melakukan apa yang boleh dilakukan oleh mereka sahaja. Kami berasa gembira untuk berkongsi enjin berkuasa ini bersama penerbit-penerbit yang lain dan membantu mentransformasi industri ini dengan alat ini.”

Sebagai pemenang anugerah Amerika Utara, kini Sophi merupakan pesaing untuk WAN-IFRA World Digital Media Awards, yang mana pemenang-pemenang dari Amerika Utara, Amerika Latin, Asia, Eropah, Afrika, India dan Timur Tengah bersaing.

Latar Belakang The Globe and Mail dan Sophi.io

The Globe and Mail ialah sebuah syarikat media berita yang paling utama di Kanada, yang memimpin perbincangan peringkat nasional dan melakukan perubahan dasar melalui kewartawanan yang bebas dan berani sejak tahun 1844. Liputan perniagaan, politik dan urusan negara memenangi anugerah oleh The Globe and Mail mencecah 6 juta pembaca setiap minggu dalam bentuk cetakan dan secara dalam talian. The Globe percaya bahawa masa depan bidang kewartawanan terletak pada kebolehannya untuk membawakan kepada pembaca kisah-kisah yang ingin dan perlu mereka ketahui. Atas sebab inilah syarikat melabur dalam sains data yang inovatif dan mengambil saintis data daripada kalangan pemimpin dalam industri teknologi bagi membangunkan Sophi.io – satu sistem kecerdasan buatan dengan keupayaan prediktif – dan menggunakannya untuk mengautomasikan pengaturan dan promosi kandungan.

Logo – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/05/sophi-the-globe-and-mail-menang-anugerah-pemula-berita-digital-terbaik.jpg  

Source: The Globe and Mail Inc.

Source: PRNEWSWIRE