Vymo Lancar Penyelesaian ‘Work From Home’ Jamin Kelangsungan Perniagaan untuk Bank dan Syarikat Insurans Terkemuka

Penyelesaian ‘Work From Home’ Vymo digunakan untuk memperkasa Ejen, Pengurus Perhubungan dan kakitangan Barisan Hadapan lain untuk berhubung dengan pelanggan sambil bekerja dari jauh

SINGAPURA dan BANGALORE, India, 1 April 2020 /PRNewswire/ — Hari ini, Vymo, penyedia yang terkemuka di dunia bagi penyelesaian pasukan jualan yang aktif mengumumkan versi Work From Home (Kerja Dari Rumah) bagi produk Pembantu Jualan Peribadinya untuk Ejen, Pengurus Perhubungan dan kakitangan barisan hadapan yang lain. Ia dicipta untuk menyediakan akses selamat 24/7 kepada data yang diperlukan melalui aplikasi ringkas bagi tujuan penglibatan pelanggan misi kritikal tanpa kebergantungan kepada komputer meja/di premis.

Dengan dunia yang sedang mengalami krisis yang belum pernah terjadi ekoran daripada pandemik Covid-19, bank-bank dan syarikat-syarikat insurans bergelut untuk menyokong kakitangan mereka demi memastikan kelangsungan perniagaan. Namun begitu, pelanggan mereka ingin diberi jaminan dengan perkhidmatan tanpa gangguan semasa waktu yang mencabar ini, maka kini kepimpinan adalah penting untuk membolehkan pasukan mereka mengikuti proses penilaian keperluan, tuntutan, pengumpulan atau pembaharuan.

Dengan penyelesaian ‘Work From Home’ Vymo:

  • Meneruskan penglibatan pelanggan sambil memastikan keselamatan dan pematuhan melalui persidangan panggilan dan video yang selamat
  • Mengedarkan dan menyelaraskan tugas secara berpusat dan berkomunikasi dengan berkesan melalui siaran dan pemberitahuan bersasaran
  • Menyiarkan perkembangan terkini syarikat, berita perintah berkurung, panduan keselamatan pasukan dan mendorong penglibatan kakitangan melalui pemberitahuan
  • Memperoleh keterlihatan melalui pusat arahan dengan pandangan seragam berhubung metrik utama seperti penerimaan ejen dan liputan pelanggan, dan
  • Mengumpul maklum balas dari bawah daripada pelanggan dan pasukan melalui kaji selidik

Menurut Cik Yamini Bhat, Ketua Pegawai Eksekutif Vymo,“Memandangkan Vymo yang telahpun menyokong lebih 100 ribu pengguna jarak jauh, ini merupakan satu lanjutan yang logik. Kami dapat melihat tanda-tanda yang menggalakkan menerusi beberapa penggunaan yang telahpun beroperasi sepanjang minggu lalu. Situasi sosial dan ekonomi ini ialah sesuatu yang belum pernah kita lihat sebelum ini, maka pasukan kami di Vymo komited untuk membantu organisasi-organisasi beradaptasi dengan paradigma baharu ini.”

En. Sandeep Kumar Mishra, Naib Presiden Kanan & Ketua – HDFC Bank Relationship, ABSLI, yang memimpin penggunaan Vymo untuk Aditya Birla Sun Life Insurance, berkata: “Pasukan berkenaan memberi tumpuan pada penyelesaian dan telah meluangkan masa dengan membantu kami menerusi penerimaan berkenaan. Ciri-ciri Vymo adalah hebat namun pemilikan, kefleksibelan dan ketangkasan pasukan pengguna adalah lebih baik. Di samping itu, kami benar-benar menyukai penekanan terhadap pengurusan Prestasi dan KPI. Vymo membolehkan saya untuk mengurus produktiviti pasukan saya dengan lebih baik dan menangani cabaran WFH dengan positif. Melalui ciri-cirinya yang dapat membantu mengurus rutin harian mereka dengan baik, pasukan berkenaan telah menjadi lebih berdisiplin dan mampu memberi tumpuan pada keutamaan pelanggan/jualan mereka yang paling penting.”

Penyelesaian ‘Work From Home’ Vymo ditawarkan sebagai penaiktarafan daripada versi aplikasi sedia ada dan dicipta untuk membantu pelanggan beroperasi dalam masa kurang daripada 72 jam.

Latar Belakang Vymo 

Vymo (getvymo.com) ialah Pembantu Jualan Peribadi yang pintar. Vymo mempunyai lebih 100,000 pengguna dalam lebih 60 perusahaan besar seperti AXA, Allianz, HDFC Bank, VPBank, Sumitomo Life, DuPont, dan Generali. Vymo diiktiraf oleh Gartner sebagai Vendor Hebat (Cool Vendor) dan dibiayai oleh Emergence Capital dan Sequoia Capital.

Pautan Berkaitan

Tetapkan jadual demonstrasi – https://www.getvymo.com/request-a-demo 

Laman sesawang – https://www.getvymo.com/wfh 

Muat turun logo – logo 

Hubungan Media

Gunjan Saha
gunjan@getvymo.com

LOGO: https://mma.prnewswire.com/media/1026997/Vymo_Logo.jpg

Keywords: Banking/Financial Service Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Electronic Design Automation Internet Technology Telecommunications Workforce Management/Human Resources New products/services Financial Technology

Source: PRNEWSWIRE

You might also like