Sistem LANEXO™ Baharu Merck Tingkatkan Produktiviti Saintis dalam Makmal

–  Penyelesaian informatik makmal digital pertama dipasarkan dengan label RFID untuk akses pantas kepada data reagen

–  Meningkatkan pengurusan inventori; memudahkan pematuhan kawal selia; meminimumkan sisa reagen

–  Mengurangkan masa terhadap tugasan yang cenderung membuat kesilapan dan berulang

DARMSTADT, Jerman, 3 Mac 2020 /PRNewswire/ — Merck, sebuah syarikat sains dan teknologi yang terkemuka, hari ini melancarkan Sistem Inventori, Keselamatan dan Pengurusan Pematuhan Makmal LANEXO™, penyelesaian informatik makmal digital baharu yang direka untuk mengurangkan1 masa dalam makmal secara drastik dan meningkatkan kualiti serta kebolehkesanan data.

Merck's new LANEXO™ System — with first-to-market features — underscores the company's commitment to advancing and commercializing laboratory informatics
Merck’s new LANEXO™ System — with first-to-market features — underscores the company’s commitment to advancing and commercializing laboratory informatics

“Hari ini, 85 peratus daripada makmal menggunakan kertas atau Excel bagi mengurus data guna habis manakala 25 peratus masa diperuntukkan bagi mengurus data ini — menjauhkan saintis dari kajian di makmal,” kata Jean-Charles Wirth, ketua Penyelesaian Gunaan, Life Science di Merck. “Kecekapan makmal adalah kritikal memandangkan ia memberi lebih banyak masa kepada saintis untuk menumpu pada kerja-kerja penyelidikan dan analitik mereka dan sedikit masa pada tugasan pentadbiran, yang akhirnya menjurus kepada pembangunan ubatan yang lebih pantas. Sistem LANEXO™ kami — dengan ciri-ciri pertama dibawa ke pasaran – menekankan komitmen Merck untuk memajukan dan mengkomersialkan informatik makmal.”

Informatik makmal merupakan aplikasi data menggunakan platform perisian, alatan pengurusan data dan peralatan yang membolehkan data saintifik diperoleh dan ditafsirkan untuk kegunaan segera dan kemudiannya disimpan untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan akan datang. Pasaran informatik makmal, yang menyumbang sebanyak $2.4 bilion pada tahun 2018, dijangka mencecah $5.45 bilion menjelang tahun 2027, menurut laporan tinjauan pasaran global Research and Markets

Merck merupakan yang pertama menawarkan label pengenalan frekuensi-radio (RFID) yang mendaftar tarikh buka dan menghitung tarikh luput secara automatik. Melalui perolehan data digital ini, Sistem LANEXO™ mendokumentasikan dengan pantas data reagen makmal pada waktu sebenar. Inventori didigitalkan, pengawasan tamat tempoh dan penyimpanan mengurangkan kesalahan manusia dan risiko keselamatan serta meningkatkan keandalan dan kebolehkesanan dokumentasi pematuhan. Akhirnya, setiap reagen, termasuk persediaan dalaman, boleh dipadankan serta merta dengan laporan audit penuh. Dalam aliran kerja eksperimen, sistem ini membolehkan semakan identiti reagen yang mudah dan memberi isyarat automatik, membantu saintis untuk mengelakkan penggunaan reagen yang telah tamat tempoh dan meminimumkan ralat eksperimen.

Sistem LANEXO™ berasaskan awan ini boleh disediakan dengan mudah dan disepadukan dengan pantas ke dalam aliran kerja makmal sedia ada. Ia termasuk aplikasi mudah alih (Android) dan web serta direka untuk digunakan dalam makmal analitikal dan penyelidikan yang sangat dikawal selia dalam pasaran farmaseutikal, jaminan kualiti / kawalan kualiti serta pengujian perindustrian.

Tahun lalu, Merck melancarkan Milli-Q® Connect, portal perkhidmatan berasaskan awan untuk sistem penulenan airnya dan juga memperoleh BSSN Software, sebuah syarikat informatik makmal yang menjadikan data lebih mudah diakses untuk kemudahan penyepaduan, kolaborasi, analisis dan pengarkiban jangka panjang.

Merck memperkenalkan Sistem LANEXO™ semasa satu sidang media di Persidangan & Ekspo Pittcon 2020 di Chicago, Illinois, AS. Sistem ini merupakan satu peluasan portfolio Merck dengan penyelesaian produktiviti makmal digital. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.SigmaAldrich.com/Lanexo.

Semua siaran berita Merck diedarkan melalui e-mel pada masa yang sama turut tersedia di laman sesawang Merck. Sila ke www.merckgroup.com/subscribe untuk mendaftar secara dalam talian, menukar pilihan anda atau menghentikan perkhidmatan ini.

Latar Belakang Merck
Merck, sebuah syarikat sains dan teknologi yang terkemuka, beroperasi merentas segmen penjagaan kesihatan, sains hayat dan bahan prestasi. Sekitar 56,000 kakitangan bekerja untuk membawa perubahan positif kepada berjuta-juta kehidupan individu saban hari dengan mencipta cara yang lebih menyeronokkan dan mampan untuk menjalani kehidupan. Bermula dengan memajukan teknologi penyuntingan gen dan menemui cara-cara unik bagi merawat penyakit yang paling mencabar hinggalah kepada mendayakan kecerdasan peranti, Merck terdapat di mana-mana sahaja. Pada tahun 2018, Merck menjana jualan sebanyak €14.8 bilion di 66 buah negara.

Penerokaan saintifik dan keusahawanan bertanggungjawab menjadi kunci kepada kemajuan teknologi dan saintifik Merck. Dengan cara inilah Merck berkembang maju sejak ditubuhkan pada tahun 1668. Keluarga pengasas kekal sebagai pemilik majoriti syarikat senaraian awam ini. Merck memegang hak global untuk nama dan jenama “Merck”. Satu-satunya pengecualian ialah Amerika Syarikat dan Kanada, yang mana sektor-sektor perniagaan beroperasi sebagai EMD Serono dalam bidang penjagaan kesihatan, MilliporeSigma dalam sains hayat dan EMD Performance Materials.

1 Merck menganggarkan Sistem LANEXO™ menyediakan 97 peratus penjimatan masa pada pengurusan inventori dan 92 peratus penjimatan masa dalam menyediakan eksperimen dan dokumentasi.

Foto – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/03/sistem-lanexo-baharu-merck-tingkatkan-produktiviti-saintis-dalam-makmal.jpg

Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals New products/services STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)

Source: PRNEWSWIRE

You might also like