
CleverTap Perkukuh Kehadiran Global dengan Pengembangan ke Timur Tengah
![]() |
Peneraju Penglibatan dan Pengekalan Pengguna Dorong Momentum dalam Pasaran Majlis Kerjasama Teluk dengan Lebih 25 Pelanggan
MOUNTAIN VIEW, California, 9 Mac 2020 /PRNewswire/ — CleverTap, platform kitaran hayat pelanggan dan pengekalan pengguna berkuasa AI yang terkemuka, hari ini mengumumkan peluasannya ke dalam pasaran Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dengan lebih daripada 25 pelanggan. Aplikasi penghantaran bahan api CAFU, platform penstriman video Shahid dan peneraju telekomunikasi serantau Ooredoo hanyalah segelintir daripada jenama-jenama baharu yang memanfaatkan platform CleverTap untuk membantu melibatkan, mengekalkan dan mengembangkan pengguna mereka. Dengan berkembang ke dalam pasaran baharu ini, CleverTap mengasaskan jejak globalnya dan mengukuhkan keupayaannya untuk menawarkan perkhidmatan kepada kumpulan pelanggannya di seluruh dunia.
“Pertumbuhan berterusan CleverTap dalam pasaran global utama menekankan komitmen kami untuk menyediakan perusahaan global dan perniagaan tempatan dengan alatan yang diperlukan oleh mereka bagi mendorong kempen pemasaran dengan berkesan dan meningkatkan penglibatan serta pengekalan pengguna sebagai pemacu pertumbuhan,” kata Malay Harsha, ketua pemasaran, Timur Tengah, Turki dan Afrika, CleverTap. “Menerusi peluasan kami ke Timur Tengah, CleverTap berkedudukan baik untuk mendayakan pelanggan semasa dan akan datang bagi membina hubungan yang setia yang dapat memacu pertumbuhan pendapatan.”
Sebagai platform pemasaran omnisaluran berkuasa AI yang terkemuka untuk perusahaan, CleverTap direka untuk membantu pemasar mengekalkan pengguna dan memaksimumkan nilai sepanjang hayat pengguna. Menawarkan pendekatan seragam bagi menangani cabaran bersama seperti silo data, CleverTap menyampaikan pesanan pemasaran individu pada waktu sebenar berdasarkan tingkah laku pelanggan—daripada sekadar profil pengguna statik—dan membolehkan perniagaan menguji, mempelajari dan mengoptimumkan strategi aplikasi untuk peningkatan penglibatan dan pengekalan pengguna dengan pantas.
“CleverTap telah membuat kemajuan hebat dalam meluaskan jangkauan penyelesaian pengekalan penggunanya yang inovatif,” kata Anand Jain, pengasas bersama dan ketua pegawai strategi, CleverTap. “Kami teruja untuk terus menyediakan cara baharu bagi kumpulan pelanggan global kami yang semakin berkembang untuk berhubung dengan lebih baik bersama pelanggan dan membawa pengalaman pelanggan yang inovatif dan transformatif.”
Untuk maklumat lanjut atau untuk menjadualkan demonstrasi disesuaikan, kunjungi clevertap.com.
Latar Belakang CleverTap
CleverTap ialah platform pengekalan pelanggan yang membantu jenama-jenama pengguna memaksimumkan nilai sepanjang hayat pengguna. Jenama-jenama pengguna di seluruh dunia yang mewakili lebih 8,000 aplikasi – termasuk Vodafone, Star, Sony, Discovery, Fandango LATAM, Carousell dan Gojek – mempercayai CleverTap untuk membantu mereka meningkatkan penglibatan dan pengekalan pengguna yang menjana pendapatan jangka panjang yang meningkat. CleverTap disokong oleh firma-firma modal usaha niaga terkemuka termasuk Sequoia India, Tiger Global Management, Accel dan Recruit Holdings, dan beribu pejabat di Mountain View, California dengan pejabat-pejabat serantau di Amsterdam, Singapura, Dubai, dan Mumbai. Untuk maklumat lanjut, kunjungi clevertap.com atau ikuti kami di LinkedIn dan Twitter.
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Corporate Expansion Licensing/marketing agreements Data Analytics
Source: PRNEWSWIRE