
Berlangsung Secara Maya: OCP Umum Kemunculan Semula Sidang Kemuncak Global OCP 2020
![]() |
Di tengah-tengah Kebimbangan Kesihatan Global yang Semakin Meningkat OCP Memindahkan Sidang Kemuncak ke Dalam Talian pada Minggu 11 Mei
AUSTIN, Texas, 6 Mac 2020 /PRNewswire/ — Open Compute Project Foundation (OCP), sebuah komuniti kolaboratif yang memberi tumpuan pada reka bentuk semula teknologi perkakasan untuk menyokong dengan cekap peningkatan permintaan terhadap infrastruktur pengkomputeran, hari ini mengumumkan rancangannya untuk menjadualkan semula Sidang Kemuncak Global OCP 2020 sebagai sebuah acara maya yang berlangsung pada minggu 11 Mei. Keputusan tersebut dibuat selepas berlakunya krisis kesihatan global yang semakin meningkat sekitar COVID-19 dan sekatan perjalanan yang berkaitan. Dengan berlangsung secara maya, OCP memastikan hadirin, pempamer dan penajanya masih dapat meraih faedah daripada Sidang Kemuncak tersebut tanpa berpotensi meletakkan kesihatan mereka dalam bahaya.
Sidang Kemuncak Global Maya OCP akan menjadi pengalaman interatif dan beraneka yang dapat diakses di merata tempat di dunia sambil menggabungkan semua komponen utama Sidang Kemuncak Global tersebut, termasuk sesi ucapan dasar, trek eksekutif, Dewan Ekspo dengan ceramah Dewan Ekspo, Bengkel Kejuruteraan, Pusat Pengalaman OCP dan Simposium Teknologi Masa Depan OCP. Format ini akan membolehkan kami mendekati audiens yang lebih besar, dengan peningkatkan fungsian untuk sesi Soal Jawab (Q&A), perbincangan panel, sembang langsung serta hubungan bersemuka dengan konstituensi utama yang anda harapkan daripada Sidang Kemuncak tersebut.
“Keputusan kami untuk menjadualkan semula Sidang Kemuncak Global tersebut sebagai acara maya bukanlah sesuatu yang dibuat dengan tidak berhati-hati,” ulas Bill Carter, Ketua Pegawai Teknologi di Open Compute Project Foundation. “Akhirnya, kami memutuskan bahawa ia merupakan keputusan terbaik buat komuniti kami dan akan membolehkan semua perangkaian dan pendidikan penting yang akan berlaku di lapangan, dalam persekitaran yang jauh lebih mudah dan lebih selamat. Kami berasa teruja kerana kami dapat mengambil manfaat daripada kerja keras yang diberikan oleh Ahli dan pemimpin Komuniti kami terhadap acara ini dan terus membawa misi kami ke hadapan.”
OCP akan membolehkan penaja untuk menumpukan komitmen mereka terhadap acara ini, tanpa kos tambahan dan pihak organisasi akan menanggung perbelanjaan tambahan bagi mewujudkan acara ini.
Sila kunjungi www.opencompute.org untuk perkembangan terkini mengenai Sidang Kemuncak Global Maya OCP, yang berlangsung pada minggu 11 Mei.
Latar Belakang Open Compute Project Foundation (OCP)
Open Compute Project Foundation (OCP) dimulakan pada tahun 2011 dengan misi untuk menumpukan faedah-faedah sumber terbuka dan kolaborasi terbuka kepada perkakasan dan meningkatkan kadar inovasi, berhampiran dan sekitar peralatan perangkaian pusat data, tujuan umum dan pelayan GPU, peranti dan perkakasan storan serta reka bentuk rak yang boleh diskala dengan pantas. Model kolaborasi OCP turut diaplikasikan di luar pusat data, membantu memajukan industri telekomunikasi & infrastruktur EDGE. www.opencompute.org
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer/Electronics Telecommunications Trade show news Future Events
Source: PRNEWSWIRE