
HP OMEN Ranger kini kembali lagi! Nampak lebih menarik & rasa lebih hebat! Untuk kali ini, katanya pelbagai aktiviti menarik dan produk terkini menanti orang ramai – termasuk komputer riba HP OMEN, komputer riba gaming Pavilion dan aksesori menarik lain.
Bagi yang berminat, festival bermula sekarang hingg 16 Januri 2020 – Di samping itu, HP OMEN Ranger akan berhenti di beberapa lokasi terpilih sepanjang tempoh festival berlangsung. Orang ramai yang hadir bukan sahaja dapat melihat bahkan berpeluang mencuba pelbagai produk terkini daripada HP. Lokasi terpilih adalah seperti berikut :
- 21 Disember (Sabtu) – Plaza Lowyat (2pm hingga 10pm)
- 22 Disember (Ahad) – Plaza Lowyat (2pm hingga 10pm)
- 25 Disember (Cuti Krismas) – Sunway Velocity (2pm hingga 10pm)
- 31 Disember (Sambutan Tahun Baru) – Sunway Pyramid (6pm hingga 1.30am)
- Lebih banyak lokasi akan diumumkan dalam masa terdekat melalui Facebook HP Malaysia
https://www.facebook.com/HPmalaysia/videos/444955979518054/
Lebih menarik, mereka juga berpeluang bertemu empat mata dengan nama-nama terkenal daripada permainan seperti CS:GO, DOTA 2 dan PUBG. Pengunjung yang hadir juga berpeluang menyertai pertandingan ‘#PlaytoProgress CS:GO Tournament’ – pemain dengan ranking lima teratas bakal dijemput bertanding dalam pertandingan khas yang diadakan bersempena sambutan tahun baru HP dan berpeluang bawa pulang HP Pavilion Gaming Unit.




