Acer Malaysia Pop Up Kiosk Di Maxis Concept Stores – Tawaran Diskaun Sehingga RM1,500!

Seiring dengan pelancaran laptop baharu ultra ringan Swift 5, Acer Malaysia juga mengumumkan kolaborasi bersama Maxis bagi membawa keseronokan kepada pengguna dengan tawaran promosi istimewa, iaitu diskaun sehingga RM1,500 kepada pembelian peranti gaming Acer di pop up kiosk yang eksklusif di Maxis Concept Stores Sunway Pyramid dan The Gardens Mall.

Bermula sekarang sehingga 11 Januari 2020, pelanggan boleh membawa pulang barangan Predator secara percuma dengan menyertai aktiviti yang dilakukan di kiosk tersebut, termasuk Predator Bomber Jacker (bernilai RM99), beg kalis air (RM99), Predator T-shirt, baucar wayang dan banyak lagi.

Pengguna Maxis juga berpeluang untuk menerima promosi eksklusif bagi Acer Nitro 50 gaming desktop, Nitro 5 gaming laptop, Nitro VG271UP gaming monitor dan peripherals.

Lebih menarik, bagi sesiapa yang membeli model Acer terpilih di Maxis Concept Stores sebelum hujung tahun ini, anda boleh menebus sama ada beg kalis air Predator, tetikus gaming Predator Cestus 310 atau E300 TrueHarmony earphones atau barangan lain. Hadiah boleh ditebus di SINI.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, boleh layari laman Facebook Acer Malaysia atau hubungi talian 1800-88-1288 (9 pagi – 6 petang, Isnin ~ Jumaat).

____________________

BACA JUGA:

 

 

You might also like